Bab 56

5.6K 176 8
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

•••••• 

       Hafiz Rafael terjaga, tekaknya terasa loya saat ini. Dia terbatuk namun segera dia tahan tatkala melihat Intan Zulaikha disisi sedang lena tidur. Bingkas dia bangkit sambil menutup mulutnya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang bisa mengejutkan Intan Zulaikha. Mujur dia sempat muntah dan melambakkan isi yang bercampur dengan darah di mangkuk tandas. Dirinya benar-benar 'flat' saat ini.

      Intan Zulaikha membuka mata. Dia melihat jam di telefonnya yang sudah menunjukkan ke angka 3 pagi. Saat merasa ada gerakan di sebelahnya tadi dia sudah terjaga. Telinganya menangkap bunyi Hafiz Rafael yang sedang muntah-muntah. Risau juga dirinya, teruk sangat ke lelaki itu jetlag sehingga muntah-muntah?

     "Awak? Awak okey tak ni?" Intan Zulaikha mengetuk pintu tandas sambil berkerut.

      Hafiz Rafael segera menekan button flush, segera dia membasuh mukanya sendiri. Tidak menyangka Intan Zulaikha terjaga kerana mendengar dirinya muntah-muntah. Laju dia membasuh mukanya dan hidungnya yang mengalir darah pekat yang panas.

      "Abang okey sayang."

      Hafiz Rafael keluar dan duduk di birai katil. Intan Zulaikha memerhatikan wajah Hafiz Rafael yang sudah lesu itu. Tidak berkelip matanya memandang Hafiz Rafael sejak lelaki itu keluar dari tandas lagi. Laju tangannya merasa dahi suaminya.

      "Awak betul ke okey ni? Badan tak panas pun. Nak pergi klinik?"

       "Abang okey lah sayang, sayang boleh tak ambil vitamin abang dekat dalam lunggage tu?"

       "Vitamin?" Intan Zulaikha berkerut aneh, sudahnya dia hanya menurut dan mengambil botol kaca yang tidak berlabel. Makin aneh dirinya saat ini. Memikirkan pelbagai persoalan yang muncul di kepala.

       "Vitamin apa ni? Kenapa tak ada label medical prescription? " Soal Intan Zulaikha lagi.

       "Vitamin C je sayang, untuk stamina. Abang jetlag lagi ni." Bohong Hafiz Rafael. Mujur dia sudah mengisi ubatannya ke dalam botol yang lain. Bimbang Intan Zulaikha tahu.

       "Macam-macam lah awak ni. Awak jangan nak makan ubat merepek, kalau saya tahu siaplah awak."

      "Alahai sayang, lupa pulak abang kahwin dengan doktor." Hafiz Rafael sengih dan menelan pilnya. Sesekali dia terbatuk.

      Intan Zulaikha menepuk perlahan belakang Hafiz Rafael. Terbit perasaan kesian terhadap suaminya. "Awak rehatlah. Pagi nanti dah lah kena pergi conference."

       "Sayang jugak awak dekat abang kan?" Hafiz Rafael tersengih sambil memejamkan matanya.

      "Awak kan suami saya, mestilah saya sayangkan awak." Intan Zulaikha sudah baring di sebelah sambil menepuk perlahan dada Hafiz Rafael acah-acah macam nak dodoikan suaminya sendiri. Hafiz Rafael pula sudah menjerit gembira di dalam hati. Tidak menyangka kesakitan yang dirasa diganti dengan kebahagian saat ini. Dia memeluk tangan Intan Zulaikha sambil tersenyum.

      Keesokan harinya, awal-awal lagi Hafiz Rafael telah pergi ke conferencenya. Selepas sarapan pagi, Intan Zulaikha terus menuju ke farmasi. Dia ada misi yang perlu dilakukan. Sampai sahaja di farmasi terus Intan Zulaikha mencari ahli farmasi yang berada disitu.

      "Can I know what is this medicine for and it prescriptions? " Soal Intan Zulaikha kearah ahli farmasi berbangsa Arab itu. Beberapa biji pil milik Hafiz Rafael yang dibalutnya dengan tisu sudah bertukar tangan. Mujur dia ambil ubatan itu sewaktu Hafiz Rafael sedang mandi pagi tadi, kerana suaminya sentiasa membawa ubatan yang kononnya vitamin itu bersama ke conference.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now