Bab 5

11K 342 23
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Suasana didalam kereta menjadi sunyi sepi sejak keluar dari perkarangan rumah Datin Jamila. Intan Zulaikha hanya memeluk tubuh sambil melepaskan pandangan keluar kereta. Pekat malam dan lampu jalan menjadi santapan matanya. Sesekali dia memegang dadanya untuk menyedapkan hati tentang jejaka disisinya.

    Hafiz Rafael mengerling Intan Zulaikha, sudah 5 minit berlalu dalam keadaan sunyi. Hanya suara dj radio sahaja yang memecah dingin antara mereka. Hafiz Rafael berdehem sebelum tangannya laju mengetuk stereng selari irama lagu yang berkumandang. Sesekali dia turut sama menyanyi walaupun suaranya tidaklah semerdu mana. Namun sedikit pun tidak dapat menarik perhatian gadis disisinya itu

     "Ikha, kenapa diam je?" Ralph memandang pelik dengan perubahan sikap gadis itu.

     "Awak ni siapa sebenarnya?" Bergetar suara Intan Zulaikha menahan amarah dihati. Segera dia memejam matanya. Menyabarkan diri sendiri yang sedang dirasuk perasaan membara.

     "Saya Hafiz Rafael dan awak Intan Zulaikha lah." Hafiz Rafael mula berasa pelik.

     "Awak tipu! Saya cakap siapa awak sebenarnya?!" Intan Zulaikha kembali menyoal namun kali ini suaranya lebih tegas.

     "Kan saya dah cakap saya Hafiz Rafael." Lembut suara Ralph menyapa gegendang telinga Ikha. Tetapi apabila mengingatkan dirinya yang sudah dibohongi oleh orang yang dia pernah kenal dahulu, hatinya kembali mendidih.

     "Awak El kan? Anak aunty Bella? Maksudnya awak dah kenal saya lama dah. Kenapa awak tak bagitahu saya?"

      Hafiz Rafael tersengih. "Ya, saya dah kenal awak lama dah sejak kita umur 5 tahun lagi tapi saya baru jumpa awak, Ikha yang saya kenal sejak beberapa bulan yang lalu. Itu pun masa mama saya ajak saya datang rumah awak, tapi awak tak ada. Mama awak cakap awak sakit yang perempuan selalu kena tu bila time period." Selamba sahaja tutur kata yang keluar dari mulut Hafiz Rafael. Ahh, mulut tak ada insurans!

     Intan Zulaikha meneguk air liurnya. Aduhai malu! Kenapalah mama bagi alasan macam tu? Geram pulak bila ingat balik yang mamat sebelah ni mati-mati tak nak kahwin dengan aku dulu sebab aku gemuk. Nasib baik lah aku terlampau aktif waktu sekolah rendah dulu, tengoklah sekarang semua dah berubah okey. Dari budak gemuk ke ratu cantik. Opss terlebih memuji diri ni. Astagfirullah Al-azim! Jangan riak Ikha nanti Allah tarik nikmat tu balik baru tahu. Kembali Intan Zulaikha beristighfar didalam diri.

      "Awak marah lagi ke sebab peristiwa dulu?" Hafiz Rafael bersuara setelah masing-masing lama diam melayan perasaan sendiri.

     Intan Zulaikha memandang jejaka yang sedang jauh melontarkan pandangannya kepekatan malam. Wajahnya yang banjir dengan senyuman menggoda kini sudah bertukar serius sambil fokus memandu.

     Perlahan Intan Zulaikha mengeluh. "Benda dah lama lah, tak perlu nak diungkit lagi."

     Laju Hafiz Rafael memandang Intan Zulaikha. "Awak dah maafkan saya sebab hina awak dulu?"

    Oh, oksigen! Tak sangka Hafiz Rafael ingat lagi!

    Intan Zulaikha mengangguk perlahan. Dia menghadiahkan senyuman ikhlas. Peristiwa itu sudah lama berlalu. Rasanya tidak perlu dia berdendam dan membenci lelaki yang pernah mewarnai jalan hidupnya sewaktu kecil dahulu.

    "So, saya nak tuntut janji awak dulu boleh?" Hafiz Rafael tersenyum penuh makna.

    "Janji? Janji apa Ralph?" Berdebar-debar hati Ikha menanti bait bicara Ralph yang seterusnya.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now