Bab 12

227 16 0
                                    

Lima tahun berlalu.

Aku melihat pandangan yang gelap di England. Memanglah gelap. Dah malam lah Indra. Suara dikepala aku menegur. Dan kemudiannya aku tersengih sendiri.

"Sayang,kenapa tak tidur lagi ni ? Esokkan kita nak balik Malaysia. "Bisik suamiku sambil memeluk leher aku dari belakang.

Siapa suami aku ? Ala,readers mesti dah tahu daripada bab bab yang lepas kan ? Yeah Doktor Lee ialah suami aku sekarang.

Sewaktu aku tengah berperang dengan maut setelah aku selesai pembedahan barah aku tu,terus aku didiagnosis dengan kanser usus pula. Yeah banyaknya penyakitkan ?

Dan aku sekarang sudah bebas dari segala penyakit kecuali depression.  Ya aku ada depression, memang tak dapat dihilangkan tetapi aku akan kawal depression ini dengan ubat yang dibekalkan.

Oh ya tidak lupa juga,aku dan Danial dianugerahkan sepasang kembar yang comel. Danial ? Mesti readers pelikkan kenapa nama suami aku Danial.  Ianya kerana Danial kedengaran lebih manis dan comel berbanding Lee. 

"Abang,betul ke esok kita balik Malaysia ?" Soal aku buat entah kali keberapa. Aku macam tak percaya je aku akan balik Malaysia esok. Lima tahun aku duduk di England hanya kerana untuk merawat penyakit aku sehingga sembuh.

Dan Alhamdulillah aku sudah sembuh. Memang seronok sangat. Aku koma selama satu tahun dan sedar setelah sembuh dari penyakit aku.

Dan selepas itu aku melakarkan detik detik indah bersama Lee Danial iaitu doktor yang sentiasa bersama aku dan serta merta menjadi suami sah aku lima tahun lalu.

Doktor Faiz ialah sahabat baik suami aku,dan dialah yang membantu aku selama lima tahun ini.

"Ya allah,dah banyak kali sayang tanya. Ye sayang. Esok kita balik Malaysia okay. Kat sana ada surprise untuk sayang." Jawab suami aku dengan sabar. Rambut panjang aku dibelai belai olehnya.

"Abang,sayang tak percaya kita dah ada anak and sayang baru 22 tahun." Kata aku sambil menangis.

"Kenapa menangis ? Sayang tak suka ke ada anak walaupun sayang muda ?" Danial pula memujuk aku. Air mata aku diusap olehnya.

"Sayang suka,tetapi tak sangka sayang ni muda lagi." Aku menangis lagi. Dan aku lihat muka Danial seperti memikirkan sesuatu. Dan baru sahaja Danial ingin mengatakan sesuatu, aku sudah memotong percakapannya.

"Ya.... sayang belum makan ubat lagi." Semakin deras air mata aku,sejak dua menjak ni aku semakin sensitif dan aku tidak tahu mengapa.

"Sayang sayang sayang,kenapa tak makan ?? Tak apa okay. Abang ambilkan air ya. Ubat sayang atas meja cerminkan ? Jangan pergi mana mana ya." Danial berlalu meninggalkan aku di balkoni rumah dan bergegas ke dapur untuk mengambil air.

Aku hanya melihat Danial berlari dengan ekor mata. Aku berjalan dan kemudiannya duduk diatas katil aku sambil menangis. Laci disebelah aku dibuka dan aku ambil pisau lipat aku dan berlalu ke bilik air.

Aku duduk didalam tab mandi dan membuka air shower di paras sejuk. Air mata aku turun selebat shower yang menimpa aku.

Badan yang lenjun dan kesejukan tak aku hiraukan. Badan aku juga sudah menggigil kesejukan dan mula menggeletar. Pisau lipat diletakkan dipergelangan tangan,ditekan kemudiannya aku menarik selaju mungkin.

Akibat terlampau dalam pisau ditekan,luka torehan aku mula mengeluarkan darah yang banyak dan aku tahu bahawa luka aku terlampau dalam.

Aku dengar suara Danial mencari aku di merata tempat dan kemudiannya aku lihat Danial didepan aku dan gelas ditangannya terlepas. Pandangan aku pula semakin kabur dek kerana darah yang semakin banyak.

Aku pengsan ditab mandi yang sudah penuh dengan air bercampur darah. Yang aku tahu, Danial mengangkat aku keluar dari tab mandi.

Danial pov's

Aku segera naik ke bilik apabila mendengar bunyi shower dibuka. Aku tak mahu Indra mandi lewat malam begini. Sekarang sudah pukul 1 30 am dan Indra mahu mandi ? Aku takkan benarkan.

Aku mencari Indra di balkoni kerana bilik air kelihatan kosong, tiada.  Aku cari di bilik persalinan,tiada juga. Dan aku segera masuk ke bilik air setelah melihat laci disebelah katil seperti ditarik dan dalamnya kosong.

Aku terkejut melihat Indra memandang lemah kearah aku dan serta merta gelas ditangan aku terlepas apabila terpandang pergelangan tangannya yang berdarah dan luka teruk.

Aku tahu Indra mengelar tangannya lagi,jadi aku segera mengangkatnya dari tab mandi dan menyalin pakaiannya yang basah kepada yang kering.

Tangan Indra yang berdarah aku letakkan iodin dan balutnya dengan rapi. Setelah selesai melakukan semua itu, aku baringkan Indra ke katil kami.

Sebelum itu,aku suapkannya ubat psikiatri yang tidak dimakan sebentar tadi.  Quetiapine dan Epilim. Memang diperlukan ketika malam, dan ketika siang pula Epilim 200mg. Iaitu sebiji.

Setelah memastikan Indra tidur lena,aku mencapai telefon dan menelefon seseorang yang berada di Malaysia.

Titt..titt..ttitt.

"Hello ? Ya ada apa Danial ?" Jawab si penerima panggilan.

"Ni esok jangan tak jadi pulak ya ? Tunggu dekat airport esok. Indra dah excited sangat ni." Cerita aku sambil tersenyum walaupun penerima panggilan aku tidak nampak senyuman aku.

" Eh, mesti jadi punya. Lima tahun aku dengan kawan kawan dia tunggu. Indra apa cerita ?" Soal seseorang itu.

"Hmm Indra,cut her wrist again." Cerita aku sambil menggeleng kepala.

"Wait, what ? How deep and how many she's cut her wrist ? Indra okay tak ? Mana dia sekarang ? Kenapa dengan dia ?" Soal si penerima panggilan bertalu talu. Jelas kedengaran kerisauan disuaranya.

"Not so deep and hanya satu line sahaja. Don't worry. She's okay now. And now she's sleeping. I don't know. Tadi tiba tiba dia kata dia ada anak pada usia muda and dia menangis. Tapi aku rasa sebab dia makan ubat lewat rasanya. Jangan risau ya,aku jaga dia baik baik." Pujuk aku kepada seseorang tersebut.

"Oh I see,kau jaga dia baik baik ya. Ha si kembar apa cerita ? Mana dia orang ? Senyap je."  Topik berubah kepada anak aku dengan Indra pula. Si kembar,iaitu Adrianna Mikayla dan Edrianna Mikayla.

"Anna dengan Enna dah tidur dah. Sekarang dah pukul 2 pagi kot. Tidurlah dah. Apalah kau ni.  Eh jumpa esok okay. Indra macam dah bangun je tu." Pamit aku apabila melihat Indra seakan akan terjaga dari tidur.

"Okaylah,sorry aku lupa sana dah tengah malam. Aku pun kena gerak dah ni. See you tomorrow. "  Panggilan diletakkan dan aku segera ke arah Indra yang sudah terjaga.

"Ya sayang, kenapa ni ? Bad dream again huh ?" Soal aku lembut.

"Taklah,haus je. Sorry tau abang sebab sayang langgar janji sayang dekat abang." Pinta Indra sambil menangis.

"Dah dah,abang okay je. Abang faham apa sayang rasa okay ?. Nak air ? Jap abang ambil ya." Aku pujuk Indra sambil membelai kepalanya. Aku tahu emosi nya masih kurang stabil. Aku ambil jag dan gelas kosong yang aku sudah baca sebentar dan isikan air.

Gelas yang berisi air aku suakan ke arah Indra dan Indra menyambutnya dan meminumnya sehingga kosong. Gelas kosong diletakkan semula di atas meja sebelah katil dan Indra melentokkan kepalanya di atas riba aku dan berkata.

"I love you abang." Ucapnya dan kemudian terus tertidur.

"I love you too sayang."

End pov

Hi, dah lama aku tak update story ni. Tapi aku akan terus update dan pastikan story ni habis  this year okay.

As you can see aku dah ubah tajuk dari Black Heart Princess kepada My Strong Girl kerana aku rasa jalan cerita aku lebih kepada seorang gadis yang menderita dengan penyakit lol. So yeah aku dah ubah, nak buat camne hahaha.

1179 words.

My Strong Girl [ C O M P L E T E D  ]Where stories live. Discover now