bab 7

202 17 2
                                    

Happy reading❤

Sesudah sahaja flashback tersebut berakhir,barulah Doktor Lee teringat tentang apa yang diperkatakan oleh aku. Kemudian Doktor Lee mengukir senyuman yang manis pada pandangan aku.

"Oh,so awaklah gadis tu ? Macam mana saya boleh lupa ni ?" Bebel Doktor Lee sambil menepuk dahinya. Aku sudah tergelak apabila melihat telatahnya begitu. Aku dan Doktor Lee berbual tanpa henti,jam pula masih awal yang bermakna Farah dan Sarah masih berada disekolah. Hari keempat mereka ke sekolah tanpa aku.

Aku tahu mesti banyak hal yang berlaku,kerana Pink Princess suka cari pasal apabila aku tiada. Tetapi mereka silap,aku tetap akan tahu apa yang berlaku walaupun aku tak hadir ke sekolah.

Aku juga tahu tentang persahabatan yang baru terjalin antara Black Heart Prince dan Black Heart Princess. Seronok juga dengar,namun hati aku milik orang lain sekarang ini.

Saint Mary Private School.

5 Alpha

Farah dengan Sarah yang sedang berbual bersama Black Heart Prince tersentak apabila ada air yang menyimbah muka mereka berdua. Black Heart Prince yang duduk jauh sedikit terselamat daripada terkena air tersebut.

Farah Pov's

"Hahahahaha" Sedang seronok berbual dengan Black Heart Prince,tiba tiba ada air yang entah dari mana disimbah ke mukanya. Dengan riak terkejut,aku memandang ke arah gerangan yang berani menganggu aku.

'Huh,bitch ni lagi' Bisik hati aku.

End pov.

"What the fuck !" Jerit Sarah. Farah dan Sarah memandang ke arah Pink Princess yang sedang menunjukkan muka bengis. Muka bengis pun nampak macam beruk !

Si penyimbah tersebut ialah Fitrah,manakala Fatin dan Fatihah hanya duduk diam dibelakang. Bimbang menjadi mangsa akibat kegilaan ketua mereka yang bodoh ni.

"Tu balasan untuk kau" Bicara Fitrah.

"Apa masalah kau bitch ?!" Tengking Sarah. Black Heart Prince pula terkejut apabila melihat Sarah berubah 100%. Baru sahaja sebentar tadi mereka berbual dengan Sarah yang sopan dan lemah lembut tetapi sekarang mereka sudah melihat sisi gelap Sarah. Iaitu Sarah yang pemarah dan kejam.

"Siapa suruh kau ganggu kita orang kat cafe hari tu" Selamba sahaja Fitrah beritahu. Mukanya yang bongkak membuatkan Sarah lebih marah. Gunting dibelakang tangan disorok sorok.

Lalu tanpa isyarat Sarah menarik rambut Fitrah dan mengguntingnya sehingga pendek. Kemudian gunting tersebut ditekankan dilengan Fitrah sehingga keluar darah yang banyak. Sarah menolak Fitrah sehingga jatuh kemudian menendangnya berkali kali sehingga Fitrah pengsan. Baju yang berlumuran darah Fitrah, tak dihiraukannya.

Baru sahaja Sarah ingin memijak kepala Fitrah,Tangan Izwan segera memeluk Sarah dari belakang. Bukan mahu mengambil kesempatan tetapi hanya mahu menenangkan Sarah.

Izran dan Andra cepat cepat bawa Fitrah ke bilik rawatan. Kerana mereka tidak mahu kes ini menjadi kes bunuh. Lebih baik dirawat Fitrah sebelum keadaan Fitrah menjadi parah.

"Arghh,lepaskan aku ! Biar aku bunuh perempuan sundal tu ! Sial !" Jerit Sarah. Farah pula hanya berdiam diri apabila melihat sisi gelap Sarah. Ya,itulah Sarah yang sebenarnya. Farah segera mencapai lengan Sarah dan membawa beg mereka berdua keluar dari kelas.

Dengan langkah yang laju,Farah menuju ke tempat parkir kereta dan menyahkuncikan Mercedes miliknya lalu memecut pagar ke Saint Mary Hospital. Pakcik guard yang pada mulanya tidak mahu bekerjasama akhirnya terpaksa menurut apabila Farah mula membunyikan hon dan membingitkan suasana.

Skip. Saint Mary Hospital.

Aku yang sedang tidur terganggu lenaku akibat esak tangis dari seseorang yang berada di sebelah katil aku. Setelah penat berbual lama dengan Doktor Lee,aku tertidur kepenatan akibat kesan ubat tahan sakit yang diberikan kepada aku.

Tapi tidak sampai dua jam aku tidur,tiba tiba tidur aku terganggu. Jam didinding dikerling sekilas. Pukul 11 30 am. Masih awal untuk Farah dan Sarah pulang. Tetapi siapakah yang menangis sebelah aku.

Mata masih aku pejamkan rapat rapat,takkan mummy pula. Tengku Maria sudah beritahu aku bahawa dia dan Tengku Afwan terpaksa bergerak ke Bandung kerana urusan kerja yang mustahak. Irfan juga beritahu yang dia tak dapat datang kerana urusan pertunangan yang masih belum selesai.

Doktor Lee pula sudah keluar bersama Doktor Faiz kerana mesyuarat yang akan dijalankan beberapa jam lagi. Tiba tiba seseorang yang menangis sebelah aku itu bertindak memegang lengan aku.

"Aku tak sengaja pukul dia. Dia yang memaksa aku buat macam tu weh" Cerita Sarah sambil menangis teresak esak. Farah pula hanya menggosok bahu Sarah. Mereka tahu,aku akan marah kepada mereka jika mereka melakukan sesuatu yang teruk tanpa pengetahuan aku.

"Janganlah macam ni Sarah,kenapa kau tiba tiba jadi hati tisu ni" Pujuk Farah lembut. Sudah lama dia tidak lihat sisi gelap Sarah,mungkin hari ini kesabarannya telah diuji dengan teruk. Kali terakhir Sarah berkelakuan kasar kemudian menangis seperti ini ialah pada tahun lepas. Tetapi kini,Sarah sudah kembali.

Aku juga terkejut apabila melihat Sarah yang dahulu sudah kembali. Aku bersusah payah memujuk Sarah agar meninggalkan sisi hitamnya yang dashyat itu,tetapi hari ini ada orang berani mengembalikannya semula. Penumbuk digenggam geram. Sakit hati apabila melihat kawan aku diperlakukan sedemikian rupa.

"Hey babe,siapa buat kau ni ? Cerita dekat aku." Aku pula memujuk. Agak tersentak Farah dan Sarah kerana mereka menyangkakan aku masih tidur. Sarah cuba tersenyum namun gagal,akhirnya Sarah mengalirkan air mata lagi.

"Pink Princess sial tu lah ! Tapi Fitrah yang start dulu. Dia kata sebab kami serang dia kat cafe sebab ambil meja kami. Padahal tu memang meja kita,siap ada nama lagi. Dia tu ha bebal tak tahu membaca ! Bodoh !" Maki Farah sambil bercerita.

"Aku pukul Fitrah teruk,Dira. Aku kelar lengan dia,aku gunting rambut dia. Sumpah teruk babe." Mengalir lagi air mata Sarah. Membuatkan aku berasa sakit hati. Pink Princess tu memang nak mampus !!

"Tak apa. Aku okay dengan masalah tu. Stop crying,kau menyakitkan aku dan Farah tahu tak ?. Malam ni aku akan minta keluar ward. Kemudian esok kita serang mereka." Pujuk aku lembut. Akhirnya tangisan Sarah berhenti juga. Setelah berbual bual hampir ke pukul 2 petang. Farah dan Sarah meminta izin untuk pulang ke rumah.

Aku memerhatikan langkah Farah dan Sarah yang sedang meninggalkan ward aku. Lamunan aku terhenti apabila teguran dari Doktor Lee menyapa telinga aku.

"Eh,dah bangun dah. Rancak sembang ?" Usik Doktor Lee.

Aku hanya tersengih sambil berkata.

"Doktor,boleh tak saya nak keluar dari ward ni malam ni ?" Tanya aku.

"Kenapa nak keluar awal ?" Soalan berbalas soalan.

"Saya rindu sekolah. Boleh tak ?" Pinta aku lagi. Tapi kali ini aku lembutkan suara aku.

"Ha boleh. Tapi jangan lupa makan ubat dan jangan cederakan diri awak tu lagi ya." Pesan Doktor Lee.

"Nanti saya call Irfan okay" Sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk angguk sambil memandang luka torehan yang hampir sembuh. Cuma tinggal parut saja.

Aku tak sabar nak balas dendam bagi pihak Sarah. Tiada sesiapa dapat buat Sarah sedih seperti itu lagi,siapa yang berani buat. Dia akan hadap hukuman dari aku. Aku tersenyum sinis sebelum kembali baring di atas katil ward. Masih awal untuk pulang ke rumah,ada beberapa jam sahaja lagi.

Tbc.

Ha geng,lama tak updatekan hoho. Busy le...
Happy reading my dear readers !
1123 words

My Strong Girl [ C O M P L E T E D  ]Where stories live. Discover now