bab 5

202 21 2
                                    

Hai guys,disebabkan aku tidur pukul 4 pagi tadi. Aku bangun tidur pukul 2 petang tahu tak HAHAHAHAHAHAHA. Nak tahu tak,hari tu aku makan ubat lepas tu aku terminum air gula weh. Adui manis. Lepas tu tadi aku terminum lagi sebab aku ingat air mineral HAHAHAHAHAHAHA bodoh.

Hari ketiga di Saint Mary Hospital membosankan bagi aku. Semalam memanglah seronok sebab ada Farah dan Sarah datang membawang. Sekarang ni baru pukul 8 30 pagi,mana boleh balik sekolah lagi. Mungkin pukul 1:30 baru Farah dan Sarah datang.

Aku memerhatikan ward sekeliling aku,tak nampak macam jabatan psikiatri pun. Memang bertujuan untuk tak nak pelawat tahu yang pesakit di sini ada masalah mental. So tak adalah ura ura mengatakan parents pesakit tak reti jaga anak lah apa lah.

Aku tengah tunggu doktor Faiz sebenarnya ni. Doktor Faiz kata akan ada doktor baru yang akan ambil alih tugas Doktor Faiz tu. Mungkin jejaka misteri tu kot. Aku rasa macam kenal lah jejaka misteri tu tapi aku dah lupa kat mana.

Pintu ward ditolak oleh seseorang,pada mulanya aku sangkakan Irfan tetapi aku silap. Irfan berada di Kelantan kerana hal pertunangannya yang bakal berlangsung tiga minggu lagi. Cantik bakal tunang Irfan tu,memang patut pun bertunang. Dah 22 tahun dah. Tua dah pun.

Bila aku lihat siapa gerangan yang masuk ke ward aku,aku tersentak. Lelaki misteri itu kian menghampiri katil aku. Riak wajahnya tenang sahaja. Rupa paras yang kacak,hidung yang mancung,bibir yang pink tanda tidak merokok. Kening yang terletak cantik. Ya Allah cantiknya ciptaanmu ini.

'Ni bukan lelaki misteri tu ke. ?' Desisku perlahan.

Baru sahaja lelaki misteri itu hendak berkata kata,pintu ward ditolak sekali lagi. Doktor Faiz masuk sambil membawa beberapa fail perubatan sambil tersenyum. Kemudian Doktor Faiz berkata sesuatu yang membuatkan pipi aku merah.

"Kat sini rupanya,jenguk buah hati lah ni ?" Usik Doktor Faiz selamba.

"Mestilah,buah hati pengarang jantungkan ?" Balas lelaki misteri tersebut sambil memandang ke arah aku. Senyuman manis turut dihadiahkan kepada aku.

Muka aku dah macam badut,merah dah. Malu lah kena usik macam tu. Dahlah handsome adui !. Aku hanya menundukkan muka tanda malu. Manakala dua jejaka tadi masih tersenyum senyum seperti tadi.

"Dira,ini doktor peribadi Dira yang baru. Doktor hanya boleh berikan pantauan sahaja kepada Dira,lepas ini yang akan jaga Dira,ialah doktor peribadi yang baru ini. Mummy dengan daddy yang suruh doktor cari sebab mummy dengan daddy kasihan dengan Doktor Faiz kena jaga pesakit yang keras kepala macam Dira ni. Nasib baik comel,kalau tak comel. Doktor dah bagi racun dah HAHAHAH" Terang Doktor Faiz panjang lebar sambil tergelak besar di hujung katanya. Aku juga turut tergelak sama manakala lelaki misteri itu hanya tersengih manis.

"Hi Indra,saya Doktor Lee Danial. Selamat berkenalan." Ujar Doktor Lee sambil tersenyum manis. Tangannya dihulur untuk bersalaman dan disambut dengan baik oleh aku.

"Hi doktor." Balas aku ringkas.

Doktor Faiz yang memerhati hanya tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang dirancang tanpa pengetahuan Indra. Ini semua untuk kebaikan Indra juga. Suatu hari semua orang akan tahu.

"Okay merpati dua sejoli,doktor keluar dulu." Pamit Doktor Faiz sambil tersenyum. Setelah Doktor Faiz menghilang dari pandangan kami berdua,barulah Doktor Lee duduk di kerusi pelawat sambil membelek fail perubatan aku.

Aku pula hanya memerhati tingkah laku Doktor Lee itu. 'Segaknyaaa.' Bisik hati aku. Sedang ralit memerhati,aku tidak sedar yang Doktor Lee sudah menyedari pandangan aku. Apabila Doktor Lee mengangkat kepalanya,pandangan kami bersabung. Secara tidak langsung terbit suatu rasa dari hati aku,namun cepat cepat ditapis. Tetapi tidak bagi Doktor Lee.

Doktor Lee pov's

Tengah aku ralit belek fail,tiba tiba aku rasa ada satu mata pandang aku. Bila aku angkat muka tiba tiba aku terpandang blue eyes milik Indra.

'Cantik' Bisik hati aku.

Bila Indra cepat cepat kalihkan matanya,aku tersenyum senget. Aku tahu dia gelabah. Mesti ada sesuatu yang timbul dari hati Indra. Macam hati aku,hati aku berdebar debar sekarang ini. Dup dap dup dap.

Adakah ini dinamakan cinta ??

End pov

"Ehem, buat masa ini. Boleh kita berkenalan dulu tak ?" Soal Doktor Lee lembut dan ramah. Aku yang sedang menunduk cepat cepat mengangkat muka. Pandangan lembut dari Doktor Lee buat aku malu. Eh apahal ni ?!

"Boleh." Jawab aku sepatah.

"Nama penuh awak apa ?" Soal Doktor Lee.

"Tengku Indra Zirana binti Tengku Mirzan. " Aku menjawab sambil memandang ke tempat lain.

"Umur ?" Saja Doktor Lee bertanya perkara yang dia sudah tahu. Bukan apa,dia cuma nak Indra selesa dengan dia sahaja.

"17 tahun" Aku yang pada mulanya malu,sudah mula terbiasa dengan Doktor Lee. Aku memang cepat mesra dengan orang yang baik dengan aku.

"Nama doktor apa ?" Aku pula bertanya.

"Tengku Lee Danial bin Tengku Umar " Jawab Doktor Lee senang hati. Ini bermakna Indra sudah selesa dengan Doktor Lee.

"Umur ?" Pada pengamatan aku,Doktor Lee mungkin sudah 25 tahun sebab badannya yang tegap. Tapi muka dia mudaaa.

"20 tahun " Mata aku terbeliak. Doktor Lee sudah tergelak bila melihat muka terkejut aku tu.

"Muda nyaa" Ujar aku dengan terkejut.

"Memanglah muda,ingat saya ni tua sangat ke ?" Soal Doktor Lee sambil tergelak. Alahai manisnya.

"Doktor ni mesti mix kan ?" Soal aku lagi

"Ha ah,my mum korean and my dad malaysian." Lagi sekali terbeliak mata aku. Patutlah putih,bestnya. Doktor Lee tak berhenti gelak melihat muka aku.

"Indra tahukan Indra sakit apa ?" Tanya Doktor Lee lembut.

"Panggil Dira je." Tutur aku. Doktor Lee hanya mengangguk sebelum bertanya soalan yang sama.

"Dira tahukan Dira sakit apa ?" Soalnya lagi sekali.

"Dira tahu, Dira ada barah otak tahap 2 kan ?" Soal aku semula.

Doktor Lee hanya mengangguk angguk sebelum kembali membelek fail aku. Suasana kembali senyap sebelum tiba tiba aku menjerit teruja.

" Doktor kan yang selamatkan saya ?!" Ujar aku teruja.

"Selamatkan bila ?" Berkerut kening Doktor Lee.

"Waktu saya hampir kena rogol masa 15 tahun tu !" Bersinar sinar mata aku. Berharap Doktor Lee mengingati dia. Selepas kejadian itu,Doktor Lee ajak aku minum di Cafe Intannova. Dan kami berkenalan sebelum dia hantar aku balik. Baru aku teringat ! Sebab lelaki tu memang Doktor Lee,semuanya sebab mata Doktor Lee yang sama dengan lelaki tu.

Flashback~~

Flashback ni sambung dekat bab 6 !

Happy reading my dear readers !! Vote and comment ! Byee
1022 words.

My Strong Girl [ C O M P L E T E D  ]Where stories live. Discover now