"Ibu tahu?"

"Tak. Saya tak beritahu ibu. Memang ibu tahu ayah sakit. Tapi, ibu tak tahu ayah dah teruk macam ni. Lagipun, ibu tak pernah jenguk ayah."

"Awak cakap hari tu ayah teringin nak jumpa ibu? Awak tak nak bawa ibu jumpa ayah, Nuh?"

Nuh terdiam. Matanya memandang Pn Zayana yang kelihatan ceria.





🎸🎸🎸







Nuh meletakkan bayi mereka di pangkuan Hana yang sudah duduk di kerusi roda. Dia mahu membawa anak dan isterinya ke wad ayahnya. Petang nanti Hana sudah dibenarkan keluar dari hospital. Susah pula Hana mahu menjenguk Norman lagi dalam keadaan berpantang.

Kerusi roda terus disorong ke lif untuk ke tingkat 3 yang menempatkan pesakit barah.

Masuk saja ke bilik Norman, ayahnya yang sedang membelek belek naskah al Quran mengangkat muka. Nuh tahu, ayahnya memberitahu dia tidak tahu membaca al Quran. Jadi dia hanya membelek saja helaian itu. Melihat susunan kalimah suci itu.

"Nuh..."

Al Quran ditutup lalu dicium sebelum diletakkan di meja kecil bersebelahan katil. Pergerakan Norman kelihatan terbatas.

"Ayah macam mana hari ni?"

"Okey."

Nuh tersenyum kelat. Keadaan ayahnya semakin memburuk dari hari ke hari. Hatinya dirundum risau.

"Nuh bawa cucu ayah."

Norman kelihatan terpinga pinga. "Hana...dah...ber...salin?"

"Ya ayah." Nuh mengambil Nazran dari kendongan Hana sebelum didekatkan pada Norman.

Ayahnya itu terus mengalirkan air mata. Tangannya menyentuh lembut tubuh kecil di pangkuan Nuh itu.

"Ayah kenapa menangis? Anak Nuh sihat. Anak lelaki. Nazran namanya."

"Jaga...anak...Nuh...elok elok. Jangan...jadi...ma...macam ayah. Jaga Hana...jaga keluarga Nuh." Dengan suara tersekat sekat, Norman menasihati.

Nuh bergenang air mata. "Nuh jaga anak isteri Nuh, ayah."

"Hana...sihat?"

"Hana sihat." Nuh menoleh pada Hana.

Ayahnya turut menoleh sebelum melemparkan senyuman pada menantunya.

Hana cuba bangun dari kerusi.

"Elok elok, wife." Nuh menghulurkan tangan membangunkan Hana yang terus mendekati Norman.

Tangan lelaki itu disalam. "Ayah..."

"Hana...jaga Nuh...jaga Nuh, ya?"

"Hana janji, ayah..." Mata Hana sudah berkaca.

"Bahagia...kan Nuh. Nuh...dah...banyak men...derita."

"Ayah..." Nuh menegur. "Jangan sebut lagi. Nuh dah lama maafkan ayah."

Norman angguk. "Ayah...doakan Nuh
... Hana...dan anak...anak...sentiasa bahagia."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now