🎸🎸🎸
Hana memandang ke jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin. Keluhan halus dilepaskan. Dia masih ragu dengan keputusan ini. Namun walau apa pun, dia sudah menjadi tunangan orang.
Tunang Fakhrul.
Semuanya dirasakan berlalu dengan pantas. Sekali saja, Fakhrul bertanya padanya dan dia terus bersetuju.
Mungkin hanya atas alasan untuk cepat cepat melupakan seseorang.
"Hana." Aisha memanggilnya.
Hana terus menoleh. "Ya kak." Senyuman diukir untuk wanita itu.
"Program ke penempatan orang asli tu jadi ke?"
"Jadi kak, lusa pergi. Sehari saja."
Aisha mengerutkan kening. "Kenapa lambat sangat."
"Tu la kak. Memang program di sepatutnya berlangsung sebelum peperiksaan akhir. Tapi banyak sangat masalah hari tu. Ketua program pun busy memanjang. Ni pun dia tak dapat pergi. Hana yang kena wakilkan sebab dah janji dengan orang kat sana."
"Habis tu, student macam mana? Tak ada merungut sebab buat masa cuti semester diorang." Aisha tergelak kecil.
"Tak ada pula Hana dengar mereka merungut. Program ni pun sebenarnya penglibatan secara sukarela. Mungkin yang daftarkan nama tu kebanyakannya pelajar yang tinggal dekat dekat sini saja." Hana hanya membuat kesimpulan.
"Oh. Habis tu Hana seorang saja ke yang mengiring."
"En Kamal ada sekali."
"Eh, sebut saja En Kamal ni terus muncul." Aisha memandang ke belakang Hana.
"Kenapa? Mengumpat saya ke?" Kamal sempat mendengar kata kata Aisha. Langkah dihentikan di sisi meja Hana.
Hana dan Aisha sama sama tersengih dengan ujaran dari lelaki itu.
"Tak ada lah. Tengah bercakap pasal program kita tu encik." Hana mengulas, tidak mahu Kamal tersalah sangka.
"Bagus lah. Saya datang ni pun sebab nak bagi ni." Kamal menghulurkan sekeping kertas kepada Hana. "Senarai nama pelajar yang akan bersama dengan kita untuk program lusa. 25 orang."
"Okey. Encik nanti naik bas sekali dengan student ke bawa kereta sendiri pergi sana? Saya ingat saya nak drive sendiri."
"Saya pun ingat nak drive sendiri juga. Senang sikit, terus balik."
"Kalau macam tu tak apa lah. Kalau encik bawa kereta, saya naik dengan student."
"Eloklah kalau awak naik bas. Nanti masa balik sini dah malam. Lewat sampai nanti. Awak tu perempuan. Bahaya bawa kereta malam malam sendiri."
Hana hanya tersenyum dengan kata kata pensyarah itu. "Yalah, En Kamal."
"Apa apa terus beritahu saya, ya." Setelah Hana mengangguk, dia terus berlalu dari situ.
"Amboi Hana, ambil berat betul En Kamal duda meletup tu pada Hana ya?" Aisha mengusik.
"Ish, kak Sha ni. Dengar dia nanti." Hana bulatkan mata.
Aisha mengekek ketawa. "Apa salahnya Hana. Kamal tu muda lagi. Anak pun belum ada dengan arwah isteri dia dulu. Elok sangat lah Hana masuk jarum."
"Kak Sha..." Hana meleretkan suaranya membuatkan Aisha terus menutup mulut, tersengih sengih memandangnya.
YOU ARE READING
I Like You | ✔
General Fiction[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali be...