Bab 51

13.4K 491 4
                                    

🎸🎸🎸



"Za! Za!"

Pn Zayana bergegas masuk ke dalam bilik setelah mendengar suara bengis suaminya yang menjerit memanggilnya.

"Ada apa bang?" Bulat mata Pn Zayana apabila bilik mereka sudah berselerak.

"Aku nak duit. Bagi aku duit. Mana kau simpan?"

"Saya dah tak ada duit. Semalam abang dah ambil semua duit saya."

"Arghh! Kau jangan tipu. Mana duit tu?" Habis diselerakkan barang barang yang ada.

"Abang, tolong lah jangan buat saya macam ni. Saya dah tak ada duit." Pn Zayana sudah menangis.

"Kalau kau tak bagi aku duit, aku ambil budak tu." Norman mengugut, terus melangkah ke bilik anak lelaki mereka.

"Jangan bang." Lengan Norman ditarik.

"Aku nak bayar hutang! Sama ada kau bagi aku duit atau aku ambil budak tu." Norman memberi kata dua.

"Bagi saya masa. Esok saya bagi duit pada abang ya? Jangan ambil Nuh abang." Pn Zayana merayu.

"Aku nak sekarang! Bagi aku duit sekarang!"

"Saya tak ada duit abang." Berkali kali Pn Zayana berkata.

"Kalau macam tu aku bawa Nuh dengan aku." Norman terus keluar dari bilik. Badan isterinya yang menghalang di tolak ke tepi.

Bilik Nuh dibuka kasar. Dia menarik tangan Nuh yang sedang nyenyak tidur. Terkebil kebil Nuh membuka mata. Ketika itu dia baru berusia 18 tahun.

"Kenapa ayah?" Nuh bertanya mamai.

"Ikut aku." Tangan Nuh ditarik kasar. Pn Zayana menjerit minta Nuh dilepaskan.

Nuh mula menyedari perkara yang sebenar. Tangan ayahnya ditepis. Namun ayahnya tidak peduli. Badan Nuh dipukul bertalu talu. Tidak cukup dengan itu, disepak terajang tubuh itu sebelum mengheret Nuh masuk ke dalam kereta. Panggilan dan jeritan Pn Zayana langsung tidak dipedulikan.

Nuh dibawa ke sebuah villa mewah sebelum diserahkan pada seorang tauke perniagaan barang barang seludup. Nuh bekerja dengan mereka tanpa gaji sebagai ganti bayaran hutang Norman.

Dari situ, Nuh dilatih mempertahankan diri. Mereka membawa Nuh semasa proses menyeludup barang dari negara luar. Nuh juga pernah diarahkan untuk mengugut dan membelasah orang orang yang menangguhkan tempoh bayaran hutang pada bos.

Dia pernah cuba untuk melarikan diri namun gagal. Teruk dia dibelasah, lebih teruk jika dibandingkan ketika ayah membelasahnya. Nuh serik. Dia dipukul separuh mati. Sejak itu dia tidak lagi cuba untuk melarikan diri.

Hampir 2 bulan berada bersama mereka, Nuh dipaksa membuat tatu pada bahu kirinya sebagai simbolik kepada kumpulan mereka. Tatu kepala naga terukir pada bahunya sejak hari itu, tanpa kerelaannya.

Nuh tidak pernah menyesali apa yang berlaku pada hidupnya namun tatu yang terukir pada bahunya adalah satu penyesalan yang tidak dapat diterima. Ayahnya bertanggungjawab atas semua yang berlaku padanya.

Dua tahun tenaganya dikerah oleh kumpulan itu. Nuh langsung tidak berpeluang pulang ke rumah berjumpa ibunya. Ibunya tidak pernah mengetahui dia mempunyai tatu pada bahunya.

Ayah, semua ini berpunca dari ayahnya...




🎸🎸🎸




I Like You | ✔Where stories live. Discover now