Bab 35

9.9K 515 13
                                    

🎸🎸🎸








Fakhrul menelefon ketika dia baru saja sampai ke rumah. Tanpa berfikir panjang, terus panggilan itu disambut.

"Aku dah agak dah." Dingin suara lelaki itu.

"K...kenapa ni?"

"Aku sengaja tinggalkan kau. Aku nak tengok macam mana kau balik. Tepat tekaan aku, memang jantan tu yang akan datang ambil kau."

Hana terdiam. Wajahnya sudah pucat lesi.

"Kenapa diam? Kantoi?"

"You tak faham Fakhrul. Kebetulan dia telefon masa I kat situ." Bergetar suaranya menjawab.

Fakhrul tergelak sinis. "Ya lah Hana. Kebetulan. Kebetulan yang indah kan? Kau pun suka lah. Buah hati datang. Masa aku beria ia suruh kau balik dengan aku, kau tak nak. Dengan dia, boleh pula ya. Tak ada bantahan langsung. Kan?"

"Fakhrul."

"Kau dengar sini. Aku ni tunang kau. Berani kau nak lebihkan dia dari aku." Semakin tegang suara Fakhrul.

"Tunang pun kalau you layan I macam sampah, buat apa?" Hana berkata geram.

"Sampah? Hah! Kau tunggu Hana. Kau tengok macam mana aku layan sampah macam kau!"

Klik!

Talian diputuskan. Hana terduduk. Matanya dipejamkan. Sampai bila lagi dia mesti bertahan?






🎸🎸🎸






Nuh mencari Hana di pejabat namun Aisha memberitahu Hana tidak datang. Segera dia menghubungi gadis itu namun langsung tidak berangkat. Semalam dia sudah menghantar pesanan mahu bertemu gadis itu setelah waktu pejabat.

Akhirnya, dia terus pulang ke rumah, bercadang untuk datang ke kolej keesokan hari untuk berjumpa dengan Hana.

Namun, sekali lagi Nuh hampa. Hana juga tidak datang ke kolej hari itu. Apabila bertanya pada Aisha, pensyarah itu memberitahu Hana mengambil cuti kecemasan selama 3 hari. Nuh sudah risau. Apatah lagi Hana langsung tidak menjawab panggilan darinya. Mesej yang ditinggalkannya juga langsung tidak dibalas.

Keesokannya pula, habis saja waktu kerjanya, Nuh terus ke rumah sewa Hana. Kereta gadis itu ada di garaj. Berkali kali Nuh memanggil, Hana langsung tidak muncul.

Keluhan dilepaskan. Dia hanya menunggu di atas motosikal ketika sebuah kereta menghampiri rumah. Fara keluar dari kereta, menegur Nuh.

"Awak student Hana kan? Siapa nama? Saya dah lupa."

"Ya. Saya Nuh." Nuh turun dari motosikal. "Hana ada kat dalam? Kereta dia ada, jadi saya fikir mungkin dia tidur ke."

"Hana tak sihat. Rasanya baik awak balik dulu."

"Jadi, dia memang ada kat dalam?" Pertanyaan Nuh membuatkan Fara terdiam. Anggukan kecil dari Fara membuatkan Nuh tersenyum.

"Tolong lah. Saya nak jumpa Hana. Kejap saja."

"Saya tanya dia dulu lah." Fara terus masuk ke dalam rumah.

Nuh menunggu di situ. Agak lama sebelum Fara kembali muncul.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now