Bab 22

8.5K 488 11
                                    

🎸🎸🎸





"Cik Hana..."

Hana angkat muka pada Balqis yang sudah tersenyum simpul padanya. Terbimbit satu beg kertas di tangan gadis itu.

"Ada apa, Balqis? Awak dah habis exam ke?" Hana sekadar bertanya.

"Ya. Hari ni last. Nuh habis esok kan?"

Hana diam seketika dan hanya mengangguk. Tidak mahu beria ia mengiyakan.

"Saya nak minta tolong cik sikit boleh?"

Hana menjongket kening. "Tolong apa? Kalau boleh saya tolong, saya tolong."

Senyuman Balqis makin melebar. Beg kertas di tangannya diletakkan di atas meja Hana.

"Boleh tak cik tolong berikan hadiah ni untuk Nuh. Esok hari lahir dia. Saya takut tak sempat jumpa dia esok. Petang esok saya dah balik kampung. Boleh kan cik tolong saya?"

Hana terdiam. Wajah beriak tidak senang.

"Boleh, cik?" Balqis bertanya apabila Hana tidak memberi sebarang respon.

Tersenyum nipis, Hana mengangguk.

"Terima kasih cik. Maaf menyusahkan cik." Balqis terus berlalu dari situ.

Dia berpaling seketika ke arah Hana. Senyuman pudar dari wajah, dia keluar dari pejabat pensyarah itu.

Keesokannya, Hana menyuruh Nuh datang menemuinya di pejabat. Dan Nuh terus ke meja Hana sesudah peperiksaan berakhirnya.

"Nah." Beg kertas pemberian Balqis diletakkan di atas meja dan terus ditolak pada Nuh.

Nuh mengerutkan kening. "Apa ni?"

"Happy birthday." Hana mengucapkan tanpa riak di wajahnya.

Nuh tersengih. "Awak tahu hari lahir saya?" Dia bertanya, teruja.

"No, saya tak tahu. Hadiah tu dari Balqis. Dia suruh saya bagi pada awak."

Senyuman Nuh menghilang digantikan dengan kerutan di dahi.

"Nuh, awak ingat saya apa? Orang tengah untuk awak dengan Balqis. Tolong ingatkan pada Balqis sekali, kalau nak bercinta jangan libatkan saya. Saya rasa tak ada sebab dia suruh saya bagi hadiah ni untuk awak. Saya bukan kawan kawan awak atau Balqis. Jadi tolong, hormat sikit." Hana menyambung. Suaranya tegang.

Nuh mengetap gigi. Tangannya mencapai beg kertas di atas meja Hana dengan kasar. Tanpa berkata apa apa, dia melangkah keluar dari pejabat.

Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Menghubungi Balqis. Lama dia menanti sehingga rasa berang terasa memuncak.

"Kau kat mana? Datang jumpa aku sekarang!" Nuh menengking setelah talian bersambung.

"Qis dah nak balik la. Ada apa ni? Kenapa nak marah marah ni?"

"Eh, persetan la semua tu. Kau datang jumpa aku sekarang."

Kedengaran Balqis merengus.

Lama juga Nuh menanti, akhirnya Balqis datang menemuinya di sebuah bilik kuliah kosong.

"Apa benda ni?" Nuh melemparkan beg kertas ke atas meja tanpa sempat Balqis bertanya apa apa.

Dia bercekak pinggang memerhatikan Balqis yang membelek belek beg itu sebelum mengeluarkan sehelai kemeja dari situ.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now