Bab 46

12.4K 515 12
                                    

🎸🎸🎸







Hana menjeling suaminya dengan ekor mata. Sesekali dia sengaja buat buat terlanggar lengan dan bahu Nuh. Sengaja mahu menarik perhatian si suami.

Namun Nuh hanya mendiamkan diri. Wajah sesekali berkerut resah menatap skrin telefon di tangan.

"Husband..." Manja Hana memanggil. Akhirnya, dia melingkarkan tangan ke leher Nuh dari sisi. Kepala dilentokkan ke bahu suaminya.

"Nuh..." Mendayu panggilannya.

"Ya, Hana." Senada suara Nuh menjawab panggilan si isteri.

"What are you doing? You look so serious, sayang." Hana cuba mengintai ke skrin telefon Nuh namun suaminya itu cepat cepat menterbalikkan telefon.

"Nothing."

Hana tegakkan badan. Nuh dipandangnya tajam. "Fine." Dia bangun dari sisi Nuh dan terus masuk ke dalam bilik.

Nuh melepaskan helaan nafas berat. Dipandang saja isterinya yang langsung tidak kembali menoleh padanya.

Telefon diangkat, dia membaca semula mesej dari Lianna. Seketika, semua mesej itu dipadam dari telefonnya.

Nuh bangun, turut masuk ke dalam bilik. Mahu memujuk si isteri yang sedang merajuk.





🎸🎸🎸





Nuh duduk bersantai di gazebo di luar rumah dengan gitarnya, menikmati suasana malam. Baru beberapa hari dia berpindah ke rumah baru mereka, hadiah perkahwinan dari En Hasnol. Memandangkan dia dan Hana bekerja di Kuala Lumpur, En Hasnol membelikan rumah untuk mereka di sini.

Segan juga pada mulanya untuk menerima. Namun setelah Hana berkata papanya turut membelikan rumah untuk Nadim selepas dia berkahwin dengan Jannah, barulah kurang rasa segannya.

Hana keluar membawa secawan teh untuk Nuh. "Minum Nuh." Dia duduk bersila di atas gazebo, berhadapan dengan Nuh.

"Em." Nuh menyahut tanpa memandang Hana, masih leka dengan gitarnya.

"Nuh, dah dah la tu dengan gitar. Isteri awak kat depan ni."

Nuh mengangkat muka memandang Hana sebelum tersengih. Gitar diletakkan di tepi. Cawan dicapai, menyisip perlahan minumannya.

"Nuh..."

Nuh hanya jongket kening. Cawan kembali diletakkan di piring.

"Ann macam mana, ya? Apa jadi dengan dia." Hana bertanya. Tiba tiba rasa ingin tahu setelah berbulan bulan lamanya tiada khabar dari Lianna.

Nuh terdiam sejenak membuatkan Hana tidak senang. Mungkinkah suaminya masih berhubung dengan Lianna?

"Em, dia dah okey agaknya. Saya dah lama tak jumpa dia."

Hana kecilkan mata. "Betul ni? Awak dah tak jumpa dia?"

"Betul. Kali terakhir saya jumpa dia lepas dia keluar dari hospital dulu. Sekarang, kat mana dia pun saya tak tahu. Trust me okey, Puan Hana." Nuh meyakinkan.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now