Bab 43

10.8K 491 12
                                    

🎸🎸🎸






Hana memandu keretanya menuju ke rumah tumpangan yang didiami Nuh. Semalam Nuh sekeluarga tiba di Ipoh memandangkan malam esok merupakan majlis akad nikah mereka.

Hana menghela nafas kasar. Semuanya terjadi sepantas kilat. Dia tidak sempat berjumpa Nuh pun selepas kedatangannya ke rumah tempoh hari.

Sedar tak sedar, Pn Zayana sudah datang meminangnya seminggu selepas kedatangan Nuh ke rumah. Dan mereka sepakat menetapkan tarikh pernikahan dia dan Nuh pada esok hari. Dan dan saja dengan Nuh yang baru menghabiskan latihan praktikalnya.

Hana menggeleng. Semua ini benar benar gila. Ingat dia terdesak sangat nak kahwin dengan Nuh. Budak tu grad pun belum lagi.

Nuh pula, ada saja mengelak untuk berjumpanya. Setiap kali dia menghubungi, panggilannya ditolak. Mesej hanya dibalas ala kadar. Kalau ajak berjumpa pasti ada saja alasannya.

Hanya sekarang peluangnya untuk menemui Nuh sebelum majlis akad nikah mereka.

Kereta dihentikan di hadapan rumah. Serba salah pula Hana mahu berjumpa dengan Nuh. Esok hari pernikahan mereka. Papanya sudah berkali kali berpesan untuk tidak berjumpa Nuh memandangkan mereka sudah hampir diijab kabulkan. Tapi, dia memang betul betul perlu menemui Nuh!

Tok! Tok!

Ketukan pada tingkap kereta mengejutkannya. Hana membulatkan mata. Bila masa pula Nuh berdiri di situ. Cermin tingkap diturunkan.

Nuh terus menongkatkan tangan pada pintu kereta. "Kenapa duduk kat luar? Jom masuk."


Hana mendiamkan diri, langsung tidak memandang Nuh.

"Kenapa ni? Marahkan saya lagi?" Lembut Nuh bertanya.

"Papa tak benarkan saya jumpa dengan awak sebelum majlis."

"Habis tu kenapa datang?"

Hana menoleh memandang Nuh. Mata sedikit terjegil. Mudahnya Nuh! Semua benda diambil mudah!

"Awak langsung tak pedulikan perasaan saya ke? Ada awak jumpa saya sebelum ni? Ada awak tanya saya betul betul nak kahwin dengan awak ke tak? Perasaan saya sebagai bakal isteri awak ni langsung tak penting ke, Nuh?"

Nuh diam. Seketika, pintu kereta Hana ditarik. "Turun lah. Kita cakap sekarang. Kita selesaikan sekarang. Saya tak nak tengok muka masam ni esok. Nanti orang ingat awak kena kahwin paksa pula."


Hana menjeling pada Nuh sebelum keluar dari kereta. Pintu ditutup. Dia mengekori Nuh masuk ke dalam rumah.

"Mak cik ada ke?" Hana bertanya sebelum masuk ke dalam rumah.

"Ada, kalau tak ada takkan lah saya ajak awak masak. Jom."

Barulah Hana masuk setelah mendengarkan jawapan dari Nuh.

"Nak minum? Saya buatkan." Nuh berkata setelah Hana duduk di kerusi.

"Tak payah." Hana menggeleng. Nuh merenung wajah Hana dan akhirnya dia mengambil tempat di sisi gadis itu.

Diam. Hana menoleh pada Nuh. "Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"

I Like You | ✔Where stories live. Discover now