🎸🎸🎸
Sorakan kedengaran apabila mereka mula memainkan muzik. Nuh memetik gitar perlahan dan mula menyanyi. Matanya kerap kali tertancap pada wajah Hana.
~
Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arahSedikit wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau rambulan
Terima kasih ku ucapkanIzinkan ku mencuri bayangan wajah mu
Izinkan ku mencuri khayalan dengan muMaafkan lah...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup muKau senyumlah ...
Sekadar memori kita di arena iniKau ilham ku
Kau ilham ku~
Hana menundukkan wajah apabila Nuh memandangnya sebaik sahaja lagu itu selesai dimainkan. Beberapa orang penonton yang berpuas hati dengan nyanyian Nuh mendekat sebelum meletakkan kepingan not RM di kotak yang disediakan.
Nuh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membayarnya. Dia kembali mencari wajah Hana namun gadis itu sudah tiada di situ. Nuh mengeluh.
Tadi, dia agak terkedu melihat Hana. Dia fikir Hana masih bercuti. Namun apa yang lebih membuatkannya terkejut apabila seorang lelaki yang datang bersama Hana memeluk bahu gadis itu. Cepat cepat dia melarikan pandangannya daripada mereka. Entah mengapa hatinya panas dengan tindakan lelaki itu terhadap Hana.
Nuh meneruskan kerjanya sehingga ke lewat malam walaupun moodnya sudah menghilang entah ke mana.
🎸🎸🎸
Keesokan paginya, Nuh sudah tercegat di hadapan rumah Hana. Semalaman dia berkira kira sama ada untuk datang atau tidak.
Menunggu untuk berjumpa dengan Hana di kolej dirasakan begitu lama. Jadi pagi itu, dia terus datang ke situ.
Beberapa kali dia memberi salam, memanggil nama Hana namun bayang gadis itu langsung tidak kelihatan.
Nuh menggaru kepala yang tidak gatal. Masakan Hana tiada di rumah. Keretanya ada di garaj. Jam di tangan dipandang. Sudah menghampiri ke jam 11 pagi.
"Takkan lah tidur lagi kut." Nuh berbisik sendiri. Dia bercekak pinggang di hadapan rumah Hana.
Nuh baru sahaja mencapai topi keledar ketika sebuah kereta Honda City berhenti di hadapan rumah Hana.
Topi kembali diletakkan apabila Hana keluar dari bahagian sebelah pemandu.
"Nuh? Apa awak buat kat sini?" Hana bertanya, tercengang cengang melihat Nuh di situ. Pintu kereta ditutup setelah itu.
"Saya datang nak jumpa awak."
"Dear, siapa ni?" Fakhrul yang turut keluar dari kereta bertanya. Dia hanya berdiri di pintu kereta, menjeling ke arah Nuh.
YOU ARE READING
I Like You | ✔
General Fiction[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali be...