Bab 28

8.5K 432 15
                                    

🎸🎸🎸


Jam di pergelangan tangan dipandang. Mereka sudah hampir sampai ke sekolah. Telefon yang bergetar dicapai. Sekali lagi Fakhrul menelefon.

Hana menghela nafas perlahan.

Sudah tiga kali Fakhrul menelefonnya. Kata lelaki itu, sikapnya pelik hari ini. Fakhrul hanya mahu memastikan keadaannya.

Diangkat juga panggilan itu setelah membiarkannya seketika.

"You kat mana? Dah sampai kolej?" Fakhrul bertanya tanpa salam.

"Ya, dah nak sampai ni." Lambat Hana membalas. Penat. Bosan.

"Kenapa lewat sangat ni? Dah pukul berapa dah ni." Jelas suara tidak berpuas hati Fakhrul.

"Awal lagi ni. Ingat dalam pukul 1 sampai. Ni baru pukul 12. Okey lah tu. Lagipun dah dekat ni. Dalam 10 - 15 minit lagi sampai lah." Hana memejamkan mata. Bukan apa, rasa mengantuk sangat. Kuyu rasa matanya.

"You balik rumah macam mana?"

"Kereta la. I tinggal kat kolej."

"Dear, dah lewat ni. Bahaya. Lagipun, you dah mengantuk sangat dah tu." Fakhrul dapat mengesan suara Hana yang semakin perlahan dan lelah.

"Rumah I dekat saja dari kolej. It's okay. I boleh drive lagi."

"No, I datang ambil you."

Mata Hana mencelik mendengar ujaran dari Fakhrul. "Fakhrul... tak payah lah. I okey. I boleh balik sendiri."

"Listen to your fiance, Hana. I datang ambil you. I gerak sekarang. Kalau you dah sampai, tunggu situ. Jangan balik lagi."

"Fakhrul..."

"Bye dear. Jumpa you kejap lagi. Love you." Fakhrul terus mematikan talian tanpa menunggu jawapan Hana.

Hana menghela nafas perlahan. Menggeleng dengan kerenah Fakhrul. Tanpa sedar dia menoleh ke arah Nuh. Lelaki itu kelihatan leka membuang pandang ke luar tingkap.

Lebih kurang 10 minit kemudian, bas berhenti di hentian bas di dalam kolej. Semua pelajar berpusu pusu keluar. Hana turun sebelum melabuhkan duduk di situ. Nuh sudah tidak kelihatan di mana mana. Semakin lama, seorang demi seorang pelajar meninggalkan hentian bas, pulang ke rumah masing masing.

Hana mengetap bibir. Berjanji dengan Fakhrul memang selalu dia yang akan menunggu. Akhirnya hanya dia di situ. Telefon bimbit dicapai sebelum menelefon Fakhrul.

"Yes, dear. You dah sampai?" Suara Fakhrul kedengaran.

"Ya. I dah sampai. Cepat lah. Dah lama I tunggu. Kalau I drive tadi, I dah sampai rumah tahu tak." Sempat dia membebel.

"Ya, ya kejap. Dah nak sampai ni."

"Cepat. Tak ada orang ni. I sendiri kat bus stop depan ni saja."

"Okey dear." Talian ditamatkan.

Bunyi motosikal menghampiri hentian itu membuatkan Hana mengangkat muka. Sebuah motosikal akhirnya berhenti di hadapannya. Hana hanya memandang ketika topi keledar dibuka.

"Kenapa tak balik lagi?" Nuh bertanya dari atas dari motosikal.

"Tunggu Fakhrul."

"Kereta awak?"

"Tinggal kat sini."

Nuh terdiam seketika. Senyuman kelat terukir di bibir. "Sayang betul dia pada awak ya?"

I Like You | ✔Where stories live. Discover now