Bab 30

9.6K 441 9
                                    

🎸🎸🎸






Hana mengelak apabila Nuh berjalan mendekatinya. Langkah dilajukan ke arah kereta. Tak sudah sudah lelaki itu datang menemuinya.

"Nak apa ni?" Hana bertanya tidak senang apabila Nuh sudah menghalang ketika dia membuka pintu keretanya.

"Saya datang nak jumpa awak."

"Ada apa?"

Nuh diam.

"Ada apa, Nuh? Saya nak balik. Penat. Ada apa apa nak cakap, cakap sekarang. Saya tak ada masa." Hana mendesak.

"Temankan saya makan." Nuh tersengih.

Hana membulatkan mata. "Temankan awak makan?"

"Please..."

"Jangan buat gila la Nuh. Saya tunang orang. Apa kata Fakhrul kalau dia nampak kita makan sekali."

"Dia takkan nampak. Kita makan kat rumah saya, dengan ibu saya sekali." Nuh memujuk.

Hana menggeleng memandang Nuh. "Awak dah hilang akal la, Nuh. Awak fikir sebab saya pernah sukakan awak, saya akan ikut semua cakap apa?"

"Pernah? Awak masih sukakan saya Hana." Nuh membetulkan kata kata Hana.

Gadis itu nyata terdiam. Serba salah Nuh apabila melihatkan wajah Hana berubah. Kelihatan muram.

"Ibu ada tanya pasal awak. Dia cakap kalau ada masa suruh jemput awak datang makan kat rumah. Awak sudi tak datang rumah saya, jumpa ibu saya?"

Hana masih diam. Sedang berperang dengan diri sendiri. Fikiran mahu menolak. Tak elok dengan status tunangan orang, dia masih keluar dengan Nuh, bahkan sehingga mahu ke rumah lelaki itu.

Namun hatinya hanya mahu mengendahkan semua itu. Dia mahu ikut Nuh. Dia mahu meluangkan masa dengan Nuh dan dia mahu menemui Pn Zayana.

"Hana..."

"Saya tak nak Fakhrul marah." Hana menunduk. Perlahan saja suaranya.

"Fakhrul marah awak keluar dengan saya?"

"Mestilah." Hana angkat muka. "Kalau awak dah bertunang nanti, tunang awak keluar dengan lelaki lain. Awak marah juga kan?"

Kali ini Nuh yang terdiam. Sugul wajahnya memandang Hana. "Jadi, tak boleh lah ni?"

Hana resah. Kalau dia ikut Nuh ke rumah, rasa bersalah pula pada Fakhrul. Tapi, dua tiga hari ini hubungannya dengan Fakhrul agak dingin disebabkan kejadian di restoran tempoh hari.

"Kejap."

Telefon dicapai dari dalam beg tangan. En Hasnol dihubungi. Seketika menanti, talian bersambung. Suara En Hasnol kedengaran.

"Papa buat apa tu?" Hana buka pintu kereta, duduk di kerusi. Kaki masi di luar.

"Tak ada buat apa pun. Tengah tengok tengok stok barang ni."

"Em... Papa, adik nak keluar kejap. Pergi rumah student adik. Ibu dia jemput makan kat rumah."

"Eh, kenapa tiba tiba beritahu papa ni?" En Hasnol memerli. Biasanya Hana akan menelefon setelah ke mana mana. Bukan untuk meminta izin, sekadar bercerita aktiviti hariannya.

"Ala, papa ni." Hana memuncung. Matanya menjeling Nuh yang bersandar pada pintu belakang keretanya.

Kedengaran En Hasnol ketawa kecil. "Ya lah. Dah tu kenapa? Pergi saja lah."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now