🎸🎸🎸
"Tolong apa?"
"Lapkan."
Nuh makin mendekatkan wajahnya pada Hana. Mata dipejamkan, menadah wajahnya untuk Hana.
Perlahan lahan Hana menekapkan sapu tangannya pada wajah Nuh dengan tangan yang sedikit terketar. Nuh buka mata, merenung padanya.
Bagaikan tersedar, segera Hana menolak wajah Nuh dengan sapu tangan agar menjauhinya.
"Ish, sapu sendiri. Dah la saya sedekah sapu tangan, nak suruh lapkan pula. Buat sendiri!" Hana memarahi menutup keresahan hati. Sungguh, dadanya dirasakan bagai mahu pecah ketika itu.
Nuh mencapai dengan sengihan di bibir. Wajahnya dilapkan kering dengan sapu tangan Hana.
"Hana."
"Ya."
"Ada apa?"
"Hah?"
"Ada apa nak jumpa? " Nuh bertanya lebih jelas. Rambutnya diikat kemas ke belakang. Hana lebih suka dia mengikat rambutnya.
Memang kalau bertemu, Hana melarangnya merokok dan rambutnya mesti diikat kemas. Kata gadis itu, barulah segak. Tanpa sedar, Nuh tersenyum kecil.
Hana diam memandang Nuh. "Hari tu..." Nuh terus menoleh padanya.
"Sebenarnya ada apa awak datang rumah saya?"
Nuh diam.
"Saya minta maaf kalau saya buat awak kecil hati."
"Mana ada saya kecil hati." Nuh mengerutkan kening.
"Ya lah tu." Hana mencebik.
"Ya..."
"Habis tu kenapa pergi macam tu saja?"
"Sebab tak ada benda nak cakap."
"Betul betul lah."
"Betul la tu."
Hana menjeling. "Kalau tak ada benda nak cakap, tak apa lah." Hana bangun dari bangku.
"Nak pergi mana?" Nuh berkerut kening.
"Awak tak ada benda nak cakap, saya balik lah."
Nuh membuntangkan mata dengan kata kata Hana. "Saya tunggu awak lama kat sini. Awak nak pergi macam tu saja?" Nuh memarahi.
Hana diam. Terkedip kedip matanya memandang Nuh.
"Duduk."
Bibir diketap. Akur, Hana kembali duduk.
"Saya nak tanya sikit." Nuh berkata selepas menarik nafas panjang.
"Tanyalah."
"Fakhrul...siapa dengan awak?"
"Kawan."
"Kawan, kenapa panggil awak mesra sangat?"
"Kenapa? Tak boleh?"
"Hmm..." Nuh menjongket kening.
"Tak boleh ke?" Hana bertanya lagi apabila Nuh tidak menjawab.
YOU ARE READING
I Like You | ✔
General Fiction[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali be...