Buat Jahat

34 5 0
                                    

Aku datang semula ke meja makan tadi.

"Ini apaaa punya orang! Sudah makan banyak tau makan kasi telan tapi tak mau bayar ayyoo!!" kata tauke mamak yang bengis tu. Dia memang garang orangnya. Aku pun tak suka dia sangat.

"Kejap.. Cakap apa ni ane?" soal aku hairan.

Mat yang tergagap- gagap tu pun explain kat aku.

"Ma-macam nii.. Aku sebenarnya lupaaa nak bawak wallet. Bila aku kata aku nak balik jap dia tak bagi.."

Aku hampir nak tergelak sebab itu sebenarnya alasan dia. Cuma, dia jadi sirius balik sebabkan mamak bengis tu.

"Lahh..Itu je masalah dia?" aku pandang mat then mamak tu.

"You dua orang muka banyak kaya, tapi duit takda! Sikarang you cuci pinggan belakang!" marah dia kuat. Habis semua mata tertumpu ke arah kami. Pekerja-pekerja dia yang lain had no gut untuk tenangkan dia sebab diorang pun tau bos dia macam mana.

"Ayyo.. Relaxlah! Tak payah marah-marah.. Kitaorang bukan takde duit.. Lupa bawak je kan? Apa beria sangat sampai cuci pinggan bagai ni.." kata aku menyirap tapi masih kekalkan ton suara.

Sedang dalam pertengkaran tu, mat dapat satu akal. Pada masa yang sama, aku pun dapat akal juga. Tapi mat cakap dulu. "Okay macam ni.. Apa kata, aku tinggal kau pergi amek duit.." aku mencelah and terus "shh.." dekat dia. Dia tak endahkan aku, dia teruskan cakap, "eh tak tak! Kau tinggal sini kejap, biar aku pergi balik kejap amek.."

"Mat!" aku terus potong ayat terakhir dia dengan panggil namanya secara ton bisik.

"Apa?!" Dia tanya ikut ton berbisik jugak.

"Kau datang sini naik apa?" aku tanya,masih dalam ton yang sama.

"Basikal. Kenapa?"

"Okay you point using your finger where is it at, then in 1,2,3, you follow me okay?"

"Wait.. Jap.. Takk.. B-bayara..."

"Shh! Shh! Ikut je, okay?"

"Okay" dia akur.

"Ayyo apa you bisik-bisik okay okay apa okay?! Tak okay ni mari ikut basuh pinggan sinilah!"

Aku buat tak dengar je suara mamak tu. Mat pun mengeluarkan jari telunjuk dia and tunjuk kat aku mana dia parked basikal dia.

"Herm, pretty far but far enough to escape." aku jelas.

"Wait, what? Jangan main gila.." aku nampaklah cuak mat dari suara ketar dia tu. Haih penakut betul.

Sedang mamak tu bebel, aku mulakan.

"okay 1, 2,.." Mat gelabah suruh aku sabar tapi aku teruskan mengira.

"3!"

Aku terus grab tangan mat and lari ke tempat basikal dia. Mamak yang bebel tu pun terkejut dan terkedu sekejap sebelum lari kejar kitaorang dari belakang. "Heyy lu budak mana mahu lari?!!"

Pekerja-pekerja dia yang lain tak ikut kejar, diaorang gelak je. Mungkin most of them dah kenal aku so diaorang tak hairan. Ada yang acah lari anak je sebab bos dia yang suruh kejar.

Kami terus ke tempat basikal mat. Aku suruh mat naik dulu cepat, and the moment bila aku sedar dia takde tempat duduk belakang, aku pun ready nak diri belakang, tapi check2, dia takde tempat kaki untuk pembonceng daa!

"Alamak!" cuak aku.

"Takpe! Duduk depan aku." ujar mat dalam keadaan cuak juga.

"Ha?!" aku persoal + terkejut .

"Naik! Takde masa dah! Dia nak dekat tu!" desak mat.

Aku pun tanpa fikir panjang terus letakkan punggung aku atas tempat duduk depan dia. Kira kongsi satu seat lah cuma dia kena beralah, ke belakang sikit. Pada mulanya susah dia nak kawal tapi nasib baik dia ni dah selalu bawak basikal. Dia terus pecut bila dah dapat balance.

Tergelak-gelak kitaorang lebih-lebih lagi bila pandang belakang si mamak bengis tu melambai-lambai tangan kat kitaorang tanda suruh patah balik. Maki dia tu tak payah ceritalah kuatnya macam cik midah. Aku pun balas lambaian dia macam princess Diana lambai kepada rakyat jelatanya. 👋🏼

Sepanjang perjalanan tu kitaorang gelak je. Mat cerita yang itulah first time dia buat jahat. Aku faham. Tengok muka dah tau. Aku tunjuk jalan balik ke rumah aku lepas dia offer untuk hantarkan aku balik terus.

"Kalau penat, berhenti jelah. I boleh balik jalan kaki. I mean, aku!" shit, tiba - tiba tersebut I tu kenapa kan.

"Takpe.." jawab dia tenang sambil gigih mengayuh. Aku nampak peluh mengalir dari dahi ke sideburn dia. Aku keluarkan the remaining small tissue dari poket seluar and kesat pada pipi, hidung and dahi dia.

"You don't have to do that" mat gelak. Segan lah tu.

"It's okay. I thank you" jawab aku lembut. Kenapaa lembut? Aku pun tak tahu. I should be answering in cool way but hell soft?

Rumah aku tak jauh mana pun so kitorang tak sempat berbual lama.

"Thanks for the ride" ucap aku lepas turun je dari basikal dia.

"No problem. Thanks for the fun escape" balas dia diakhiri dengan gelak. Aku pun ikut gelak.

"Tomorrowlah aku pergi bayar kat dia. Rumah aku paling dekat" ujar aku.

"Tak payah. Biar aku je sebab makanan aku lagi banyak. Lagipun aku naik basikal so sama je jaraknya. Ye dak?"

"Oh okaylah kalau macam tu." balas aku taknak panjangkan cerita sebab dah lambat study group. Rumah yun beberapa jengkal je dari rumah aku. Aku balik dulu just nak ambil buku je.

Lepas said goodbye and dia pun dalam 10 meter kayuh, dia hentikan kayuhan and pandang aku sebelum panggil aku.

"Err, Najiha.."

"Ya?" aku jawab .

"Walaupun dah lebih dua minggu, aku nak kau tau yang aku masih ada, tunggu kau. Just let me know if you want me to stop." balasnya tersenyum gaya nerd sebelum terus pecut balik.

Dua minggu. Shit. Shit. Shit. I totally forgot about that! Gila punya lupa. Like, mothertanker punya lupa. I mean, dari tahun lepasnya dia tunggu jawapan aku? And I totally thought he doesn't even mind about being boyfriend anymore. Tak sangka, dia masih berharap. Allah.. Mat...What have I done? Herm, perasaan bersalah mula menghantui diri.

15 SeptemberWhere stories live. Discover now