Tipu

32 5 0
                                    

"Surat ni sebenarnya dah dua bulan dia hantar cuma saya baru approve minggu lepas sebab lama tu nak pertimbangkan alasan dia."

"Dua bulan?!" aku terkejut gila.

"Iyer.. Saya panggil awak ke sini pun sebab saya tak approve surat awak. Saya dah approve surat dia dulu."

"Wait cikgu.. Kenapa.. Surat saya tak dapat approval ek?" Aku tak puas hati.

"Iyerlah. Kalau dah alasan awak bagi 2 je. Satu, sebab budak nama Hanif tu kacau awak. Dua, awak tak suka kelas tu. Format surat pun berterabur. Tajuk awak letak belah tepi. Panggilan saya yang sepatutnya 'Puan' awak letak 'Cikgu'. Alamat pun tak ada. Awak fikir saya nak approve ke surat macam tu nak oi? "

Damnit girls. Aku minta tolong diaorang  pasal tulis surat tu. Tak sangka pulak diorang kasi ajaran sesat. Nasib baik member.

Aku dah mula dalam dilema. Surat aku tak dapat approval dan surat Yaakob dapat approval. Apa aku nak buat? Kalau aku tulis balik surat dan dapat approval, kemurungan lagi pula Yaakob tu. Tapi, kalau aku tak tulis surat balik, aku akan terus hidup dalam kelas yang ada si Anip tu pulak.

ARGHH KENAPA KAU TULIS SURAT TU YAAKOB. KAU IBARAT MENEMPAH MAUT DARI ANIP TAU.

Hati aku je dengar jeritan aku tu. Aku rasa macam ada bukan satu tapi dua beban. Habislah..

"Najiha huiii!" Aku tersedar dari mengelamun lepas cikgu Syarifah tegur sambil petik jari depan mata aku.

"Awak termenungkan apa je Najiha? Tak payahlah awak susah hati lagi. Kalau dah ada hero datang selamatkan heroinnya, awak mesti okay punya dalam kelas yang sama.."

Eh, aku terkejut. Cikgu ni ha.. Pandai2 pula bermadah macam tu. Nasib baiklah cikgu baik. Kalau si cik midah tu yang bercakap mahu ku sumbatnya surat tu terus dalam mulut dia.

" Cikgu..Dia bukan boyfriend saya lah! " aku mengadu keluh. "Cikgu pun takkanlah nak terima alasan kelakar macam ni?" aku sambung. Kali ni, sambil tuding2kan jari ke surat tulisan Yaakob tu.

Cikgu just gelak. Aku sampai sekarang tak faham kenapa sekolah aku penuh dengan kegelakan sedangkan benda tu tak lawak pun. Tak lawak langsung. Aku pertikaikan kenapa cikgu gelak.

"Kalau nak dibandingkan dengan surat awak tulis ni, 10 kali ganda lagi kelakar tau!" kata beliau sambung gelak.

Aku dah berapi dah kat situ. Tempat duduk aku tu macam dah terbakar. Aku pun minta diri keluar dari situ.

Dah ready nak bangun ni, cikgu hentikan langkah aku.

" Eh kejap! Saya ada cadangan. "

" Apanya cikgu? " soal aku pasrah sambil duduk balik. Aku just jeling cikgu. Dia gelak je.

"Apa kata, awak pergi jumpa dengan budak Yaakob tu, bawa berbincang slow2 dulu. Then lepastu baru awak berdua decide macam mana nak buat, pilihan mana yang paling tepat. Siapa punya kehendak yang lebih penting, kehendak siapa yang kurang. Okay?"

"Jumpa? Heh!" aku gelak sinis. Minta ajar pun taknak jumpa. Inikan pula nak bincang pasal hal ni. Kata aku dalam hatilah.

"Awak buatlah pilihan yang tepat, najiha..." balas cikgu melenggokkan nama aku.

Aku diam balik. Lepas minta diri, beliau ingatkan sekali lagi pasal buat pilihan yang tepat.

Balik sekolah, aku ambil masa jugalah  untuk fikir pasal benda tu. At the end, aku ambil keputusan, aku nak berjumpa dengan dia, si Yaakob.

Petang tu aku hantar mesej kat dia. Aku saved number dia as "Mat Yaakob" sebab aku dah terbiasa panggil dia mat.

Aku: Free tak petang ni
Mat: Free.. Kenapa?
Aku: Ada hal penting aku nak bincang dengan kau. Location, E&Y pukul 4. 30 pm. Be punctual.
Mat: Oh.. Okay

Tepat 4.30pm aku tiba di E&Y. Aku cari bayang mat. Tak ada. Aku ambil meja tengah yang dekat dengan kaunter, tarik kerusi dan duduk situ. Ada kipas. Sejuk sikit. Aku tengok sekeliling, masih tak nampak bayang dia. Nak kena mat ni. Aku monolog sendiri.

Tak sempat aku nak call dia, tiba-tiba aku dapat satu mesej.

Mat: Saya dekat belakang ni ha...

Aku terkejut lalu pandang belakang. Dia duduk kat meja paling hujung dekat dengan dapur. Aku ketuk kepala aku tanda bengang . Aku pun panggil dia suruh ke tempat aku.

Mat bangun and bergerak ke tempat aku, tarik kerusi duduk depan aku.

"Kau memang pandai pilih tempat duduk yang strategik kan?" perli aku tersengih sambil tangan kiri tutup sebelah mata tanda cover gelak.

Mat just gelak je. Then ada mamak datang ambil order. Aku just order teh tarik while Mat order milo tarik plus roti telur.

" Wow, suka telur. " kata aku sambil acah buat muka gatal lepas mamak tadi beredar.

"Ha? Ohh.. Haah suka telur. Eh?" Dia semacam confuse sebab terfikir muka aku yang gatal tadi. Lepas sedar baru dia gelak sambil tutup muka guna tangan kanan, malu. Dia geleng-gelengkan je kepala. Aku pun tak tahan, aku gelak sekali.

"So, ada apa nak ajak jumpa?" Mat memulakan perbincangan.

"Ha macam ni.. Aku cuma nak tanya pasal surat kau tulis untuk tukar kelas chemist."

Mat kebilkan mata dia. Dia mesti malu, teka hati aku.

"Jap.. Cemana kau boleh tahu eh?" soal dia cuak tambah sirius.

"Cikgu Syarifah bagitahu. Kau jangan salahkan dia. Macam ni ceritanya.."

Aku pun ceritalah kat dia dari A sampai Z. Dia pun angguk faham je sepanjang aku bercerita sambil makan roti telur dia tu.

Usai bercerita, dia berfikir sejenak. Aku tak lah cerita sekali pasal isi surat yang dia tulis tu sebab nanti dua-dua awkward kan.

Makanan dia pun dah habis dibantainya. Aku hirup teh tarik yang aku tak sempat sentuh lagi sebab syok bercerita.

"Okay.. It's up to you the.It's your choice. " Mat bersuara.

Aku hairan. "Kau betul ni?" aku  soal dia. Dia just angguk mengiyakan.

"So kalau aku pilih untuk buat balik surat tu and dapat approval and surat kau pun kira approved, kau ok dengan tu?" Aku double tanya kat dia. Dia angguk iyakan je.

"Even lepasni kau takkan dapat tolong aku lagi, and aku pun ke kelas lain, and kau pun ke kelas aku but still sorang-sorang, kau ok dengan tu??"

Dia terdiam dalam 3 saat.

"Aku ok je. Kalau itu kehendak kau and itulah flownya. Nak buat cemana kan." jawab dia buat muka gentleman. Heh. Dia tak tahu aku sedang menguji dia.

"Tapi.." Dia mencelah masa aku baru nak mulakan ayat baru. Mata aku tepat ke arah dia.
"Macam mana dengan pelajaran kau nanti? Sebab.. iyerlah.. Aku pun dah janji kan nak tolong kau dalam subjek chemist."

"Oh...Pasal tu tak ada masalah. Aku senang buat kawan. Aku dengar budak-budak kelas chemist kau pandai-pandai. So, bagi aku tak ada masalah kot nak cari partner." aku balas tersenyum.

Dia pun senyum je. Senyum terpaksa. Aku tahu.. Aku boleh bacalah reaksi muka lelaki. Dah masak sangat dah. Reaksi Anip pun aku dapat baca. Aku ikutkan dah lama nak lepaskan dia tapi disebabkan reaksi muka dia tu aku tahu dia betul-betul taknak lepaskan aku. Cuma, iyalah. Setakat cinta atas rupa tak menjamin kebahagiaan juga.

"Thanks lah sebab tahun lepas kau selalu tolong aku. Have to admit that you were the reason I got B+ in chemist. So, thanks a lot." aku sambung ayat nak tenangkan dia.

Dia tersenyum riang.
"Wahh! I couldn't be more proud of you girl" balas dia.

Aku senyum je.

"Kau tipu." aku bersuara tiba-tiba.

15 SeptemberWhere stories live. Discover now