Hari penentu

17 4 0
                                    

Pendek cerita, hari yang dinantikan tiba. Hari dimana I thought my future would change for better.

SMK Kota Masai dipilih untuk dijadikan medan pertarungan kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang.

"If I nailed this, I'm definitely going to MSSJ." ujar aku dalam hati, seawal 6am, masa sarung kasut sport aku depan rumah.

Aku sempat called Jihan, my bro yang dekat Mesir to ask for his wish.

Aku layak untuk masuk dalam semua kategori pecut. I was the only female athlete from my school team yang boleh sampai 400m. To sum up, aku wakil untuk pecut 100m, 200m dan 400m individu. Meanwhile, untuk lari berganti-ganti, 4x100 dan 4x200.

Anip sama macam aku. Cuma untuk lari berganti-ganti, his team wakil untuk 4x400 sekali.

Pagi-pagi lagi team kami dah bertolak ke SMK Kota Masai. My parents and my girls bertolak sendiri kemudian.

Masa dalam bas and borak-borak dengan team aku, Anip datang and nak cakap dengan aku something. Dia minta Haida, my teammate yang duduk sebelah aku untuk beralih sit kejap.

He then sat beside me and mula bersuara.

"Rindulah"

I held my vomit. "Who ignored who eh?" jawab aku tegas sambil pandang tingkap.

"Ala you tahu kan I macam mana. Lepas game ni, menang ke tak, I belanja you makan. You nak apa cakap je."

"Okay belanja satu team. Termasuk Cikgu Hanan." Oh ya cikgu Hanan was our team coach.

"Ha okay boleh" jawab Anip laju.

"Petang nanti, dinner's on me!" ujar Anip satu bas.

Team kami bersorak tanda setuju.

Aku senyum sinis je. Tak bermaksud aku terima maaf dia sebab ignore aku. While, sebenarnya aku pun ignore dia tapi apa-apa jelah. Women always right.

My parents and my girls pun tiba and dah siap-siap duduk kat tepi padang untuk sokong aku. Yang paling terover kat situ of course my dearest Yun. Dia dengan suara yang loud and lantang, jerit nama aku.

Right before game started, Anip came and wished me goodluck.

Aku just cakap thanks and wished him back. Dia pegang kepala aku dengan dua-dua tangan dia and senyum.

Oh I missed him. Okay focus.

"Menang kalah, memang belakang cerita. Tapi korang datang sini dengan satu tujuan yang sama. Cikgu nak korang pegang tujuan tu, sampai lah ke garisan penamat. Boleh?!" ujar Cikgu Hanan masa kami buat bulatan team.

"BOLEH!"

Anip lead doa untuk team kitorang. Lepastu, game started.

Untuk acara 4x100 dan 4x200, team aku berjaya dapat silver.

Untuk acara individu, of course aku yang tepaling hebat haha.

Aku sapu gold dalam ketiga-tiga...

Oh wait. Kedua-dua acara je.

Acara 100m, acara favourite aku, aku tak sangka..

0.03 saat.

Nur Latifah Othman.

Ya, aku kalah dengan dia, beza cuma lah 0.03 saat.

Namanya masih segar di ingatan aku. Dia lah punca aku dapat silver dalam satu-satunya acara individu favourite aku.

Aku dah pushed diri aku sebaik mungkin pada saat akhir tu. Kalau dalam mood slow mo, I could hear suara my team termasuk anip, suara my parents and my girls menjerit nama aku, aku tahu aku dah kat depan, tapi somehow Nur Latifah Othman, jaguh SMK Kota Puteri tiba-tiba potong laju aku pada saat yang sangatlah terakhir. Jurang tu memang rapat sangat that for a sec I didn't even know who was leading.

Tapi bila dah lepasi garisan, aku tahu aku kalah. Sebab dia memang pushed diri dia kuat gila last tu.

Aku terduduk sambil tercungap-cungap. Aku nampak kegembiraan terpancar pada wajah Nur Latifah Othman. Ya, I will never name my kid after that name, ever.

Cikgu Hanan datang and comfort aku. Aku masih layak secara individu untuk ke MSSJ sebab record masa. Dia bangga dengan aku. Begitu juga dengan team aku.

Aku pun tersengih. Ya, memang susah nak tengok orang lain yang tak pernah aku dengar namanya sebelum ni tiba-tiba beat aku. Tapi, no luck I guess. Yang penting aku layak ke MSSJ.

Itu paling penting.

Itu yang paling penting waktu tu.

Tapi sepenting mana pun sesuatu yang kita korbankan jiwa dan raga untuknya, takkan dapat melawan jika tertulis sebaliknya pada takdir Dia.

Baik atau buruk sesuatu yang kita kerjakan, kalau dah namanya takdir, it will happen. Like it or not.

Tak kira kalau yang hancurnya itu harapan, mahupun diri kita sendiri.

Pada hari itu dan seterusnya, bukan harapan aku sahaja yang hancur.

Malah segala titik permulaan kepada semua kehancuran yang aku tak pernah bayangkan dalam hidup aku yang serba, lengkap ini.

...

"JIHA!!!!!"

...

15 SeptemberWhere stories live. Discover now