Nak Tolong Aku?

34 7 0
                                    

Seminggu berlalu. Aku hanya masuk kelas BM, BI and Sejarah je. 3 subjek penting wajib lulus spm. Aku and Anip dah start busy practice untuk pemilihan wakil Johor. Oh ya forgot to mention, pada tarikh yang sama, Anip terpilih juga untuk wakil Johor sama dengan aku. Gila tak excited bf aku tu. Minggu seterusnya Anip dah mula skip semua kelas sebab bertindih dengan latihan sukan tahunan sekolah. Aku wakil rumah sukan juga cuma aku tak datang pun latihan rumah sukan macam Anip. Aku ada juga nasihat dia yang dia tak perlulah wakil rumah sukan or at least just wakil jelah tak payah datang latihan sebab bazir masa. Fokus dekat latihan peringkat negeri sudahlah. Tapi dia degil. Dia hamak sangat dengan gelaran raja pecut sekolah and taknak populariti dia turun. Katanya, taknak hilang hot sampailah habis spm. I was like kepala hotak engkau. Aku pun dah penat nak nasihat lelaki kepala batu and riak macam Anip ni.

Selesai je sukan tahunan, macam biasa Anip akan dikelilingi wanita-wanita munafik yang tergedik-gedik nakkan foto mereka bersama raja pecut macho paling hot di sekolah tu. Rumah sukan dia dapat first place sebabkan dia and the rest of his gengs. Rumah sukan aku pulak, sendu. Nak harapkan aku seorang memang tak pernah jalan team tu. Aku dapat bantu dalam 200m dan 400m je. Yang pass2 baton semua dapat 2nd and 3rd sebab team aku yang lembik. Tapi itu aku tak ambil kisah sangat. Yang aku terkilan sikit, for the first time aku kalah 100m like seriously, nama dia Raja Nurfarah. Aku ingat lagi. She owned the 1st place in 100m beating me. Dalam 200m pun aku kena berhempas pulas lawan dia, kalau kalah jugak jatuh maruah aku woi. Bukan jatuh maruah as a girlfriend of the King of Track / hottest guy in school but as the title I owned myself. Queen of Track. Dia budak baru form 3 time tu. Badan dia memang rupa atlet sebenarlah. Dia mungkin ada masa depan yang sangat cerah dalam bidang sukan. Goodluck for her.

Lupa nak cerita. Masa aku, Anip and girls berjalan otw balik ke rumah lepas sukan tahunan tu, aku ternampak si mat. Tengok baju sukan dia time tu baru aku tahu dia sama team rumah sukan dengan aku haha. Tak tahu nak kesiankan dekat siapa. Aku atau dia. Time aku nampak dia tu dia tengah beli air dengan member2 nerd dia.

Cakap pasal nerd, aku tak pastilah dekat sekolah lain macam mana tapi sekolah aku bukan sekolah untuk kaki pembuli. Even ada bunch of nerds living in our school pun, kitaorang live together in peace. I mean, setakat kena sekeh2 kepala tu benda biasa tapi takdelah sampai buli fizikal mental. Like, kalau athletes yang dumbies mintak tolong nerds ajar subjek yang diaorang tak faham, diaorang sedia je hulur tangan. Sama jugak dengan bila nerds minta tolong athletes angkat barang or support event, diaorang tolong je. Sekolah kami memang harmoni. So, kalau nak kata Anip ni jenis pembuli and anti nerds, better take it back. Sebab Anip ni chill je orangnya. Dia berkawan dengan semua.

Sampai akhir tahun tu, aku memang jarang gila lah masuk kelas sebabkan latihan pemilihan. Tapi dah nak periksa akhir ni aku kenalah juga hadir kelas sebab coach pun dah nasihat. So, 2 minggu sebelum periksa akhir tahun, aku and Anip kena hadir semua kelas macam biasa.

Time masuk je kelas chemist, aku datang2 je dekat sebelah tempat duduk si mat tu dah ada perempuan lain duduk. Eh minah ni. Monolog aku dalam hatilah. Aku pun malas fikir panjang aku terus cari tempat duduk lain. Si mat tu asyik tengok je aku. Aku senyum je macam biasa. Aku angkat pen macam tegur hai kat dia tanpa suara. Dia pun buat muka macam "sorry" and I was like its okay lah hal kecil je. Aku memang tak kisah pun.

Habis je kelas chemist aku terus ke si mat tu. Aku nak mintak tolong dia ajarkan aku chemist and add math sebab sepatah apa pun aku tak faham. Dia kata ok je. So aku minta dia number phone dia. Aku cakap kat dia kalau aku ada apa2 masalah aku akan contact dia. Then dia tanya kenapa tak jumpa je. Aku kata aku busy dengan latihan. So, maybe study time aku malam. Takkan nak jumpa malam kan.

Sejak tu, aku selalu mesej dia tanya tentang soalan yang aku tak tahu. Dulu, mana ada whatsapp. So agak susahlah dia nak tunjuk dekat aku jalan kerjanya especially addmath. Tapi yang aku kagumnya, dia, sanggup tulis equation math tu dalam bentuk mesej tau. Gigih benar si mat tu mencari simbol2 dekat phone. I saluted him for that. Aku boleh je call sebenarnya tapi dia yang tak nak. Katanya dia tak boleh bercakap dengan perempuan. Aku ada tanya jugak yang selama ni aku cakap dengan dia depan2 dalam kelas chemist tu, boleh pula kan. Then dia kata, itu sebab face to face. Aku macam whaaat. Takpelah, lantak dia lah. Pilihan dia kan.

15 SeptemberWhere stories live. Discover now