Tabletalk: Sebelum terbang

2 2 3
                                    

Jun 2011..

Finally...

Lepas berhempas pulas separuh mati untuk A-Level, aku dan Syakir dua-dua akhirnya lulus dengan cemerlang and masanya dah tiba untuk ke...

USA! 🇺🇸

Aku dan Syakir dapat admitted ke Purdue University. Haaa memang nama dia rare and tak kenal sangat, tapi universiti yang terletak di Indiana ni kira berprestij jugakla time tu. Kalau kira zaman sekarang memang top 20 around the world.

Purdue University ni offer banyak majors. Aku and Syakir pursued degree kitorang selama 4 tahun dalam major idaman kitorang iaitu Game Development and Design.

Dua minggu sebelum bergerak ke sana, aku sempat scrolled FB si dia..

Herm.. Dah ada bf baru eh. Aku ingat lagi masa sebelum dia grad UTM, dia ada letak dia in relationship dengan sorang mamat ni muka ala-ala mamat Pakistan tapi bertahan dalam 2 bulan camtu jela.

Kenapa aku tak tegur dia?

Hermm dia pun takda usaha nak cari aku. Aku tunggu jelah masa dia tegur aku dua tahun tu.

"Macam manalahhh dia nak tegur kau kalau dah nama FB kau letak Muhammad Y pastu DP Detective Conan! Kau elok-elok sikitlah nama tu Kob!"

"Aku taknak lah budak lain kenal aku! Aku kan dah cakap, aku taknak siapa-siapa dari budak sekolah contact aku balik lepas habis sekolah."

"Dahtu? Kau expect Jiha nak tahu and tegur kau? Piiiragh!" Syakir membebel masa dia tengah semak semua dokumen-dokumen yang penting untuk admission Purdue tu nanti. Aku punya dah settled lama, termasuklah surat berhenti kerja Pizza Hut (aku buat part time situ setiap kali cuti sem), so just lepak kat bilik dia macam biasa, pinjam laptop dia and stalked orang.

Mostly Ji.

"Aku cabar kau, Kob." Syakir bersuara lagi. Ah sudah.. "Satgi kan kita nak main PES kan (game bola). KALAU aku MENANG, kau add dia as friends. KALAU kau menang, kau suruh aku buat apa-apa."

Hamlau. Aku paling tak suka kalau dia dah masuk soal nak tolong cintan cintun ni. Dia bukan tahu apa, apa dia plan semua kelautt.

Tapi diri aku pantang dicabar lagi-lagi bila aku sedar yang aku lagi banyak menang PES tu berbanding dia sebelum-sebelum tu. So aku setuju.

Main punya main, turned out, secara tak ku duga, AKU KALAH?

Kekalahan mengejut 1-3 kepada Syakir tu akan aku ingat dalam otak sampai bila-bila. Bukan sebab kehebatan dicabar, tapi sebab perkara yang aku dicabar bila kalah tu yang membuatkan benda tu unforgettable.

*Friend request sent*

"Tukarlah DP kau macam mana dia nak kenal?"

"Ah takde-takde, kau cabar aku sampai situ je. Takde pun tukar DP bagai."

"Orang nak tolong kau, kau taknakk. Ni bukan soal cabar, ni so-"

"Dah bye" aku potong bebelan dia. Tak stopkan dia, boleh makan setahun jugakla dia bebel.

..

Seminggu aku tunggu. Dia tak accepted2.

Minggu kedua..

*Pop!*

*Najiha Kamarul accepted your friend request*

Aku tersentak yakamat kat depan PC, hampir satu CC tengok aku. Aku terus betulkan spec sebab malu. Syakir kat sebelah yang tengah main game marah aku, "Apa ko ni menggelabah, malu orang tengok!"

15 SeptemberWhere stories live. Discover now