Rooftalk: sebelum SPM

5 2 3
                                    

Aku tak sangkal yang keputusan mom hired mat as another private tutor aku ni sangat lah worthed it. Aku lebih faham dia ajar berbanding Cikgu Aliyah and Mrs. Zi Yang. So kalau aku tak faham apa dorang ajar, aku akan mintak mat recall balik topik tu. He did it successfully everytime. Never disappointing lah senang cerita.

Hari berganti hari, waktu berganti waktu, SPM pun tinggal lagi beberapa minggu je. Tapi sepanjang waktu tu, I had a really good time jadi "student" mat. Dia jadi lebih best sebab kitorang tak formal sebab sama baya kan, so boleh sempoi-sempoi, gurau senda, borak-borak.. Macam study group, cuma versi mengajar.

Aku nampak mat pun dah mula selesa dengan aku, dia memang kelakar, segala action or kata-kata dia kelakar walaupun dia tak sedar benda tu. Dia boleh kata clumsy lah, so kadang-kadang aku mampu gelak je tengok dia gelabah, contoh kalau dia terdatang lambat ke, aku "ter"gertak dia or i was having bad day ke kan. Dia sabar jelah dengan perangai aku.

But he knew how to make me laugh, like redakan marah aku if aku gaduh dengan mom ke or aku badmood. He made me feel like, something yang aku tak pernah rasa sebelum ni.

Dia macam, kalau nak cakap selesa tu dengan almost semua kawan aku selesa je, tapi maybe macam mentally overcomfortable? Ha dia macam aku tak perlu hide dari dia kalau aku tengah marah ke, sedih ke, aku tunjuk je depan dia. But aku tahulah limit aku like kalau aku marah takdelah sembur dia kat dia macam haritu sebab aku tahu benda tu tak baik, so aku just kinda told him everything that made me piss off je. Kalau sedih pun aku cerita kenapa aku sedih. Takla nangis tak silap aku first time tu je kot aku nangis depan dia.

Dia kata dia jenis tak pandai comfort, tapi setiap usaha dia tu somehow buat aku rasa macam, wow baiknya mat nii macam, terharu eh? lebih kurang laaa. And kata-kata dia tu tak pernah tak mantap.

Idk maybe sebab dia jenis diam, good listener, and bercakap bila dah confirmed aku habis cerita je, tu pun dia akan bagi nasihat in just one or two paragraph jela tapi tu kadang-kadang jela berlaku. Biasanya dia akan suruh aku bersabar je. Aku harap dia tahu yang dia ni pandai je comfort orang, cuma dia je tak confident.

Most of the time kitorang banyak happy jela takdela sedih marah memanjang kang lagi stress dia. Kadang-kadang kitorang memang buat study group kat luar rumah, kadang kat ladang terbiar tu, kadang kat landskap tepi rumah aku tu, duk bersila tepi tu.. Sebab dia tahula aku ni selalu tertidur or cepat bosan. So dia ada style tersendiri nak kasi aku freshen up.

One day aku tanya dia pasal "seni-seni" yang dia pernah conteng kat buku-buku aku dulu.

Dia yang tengah minum air nak tersembur bila aku ungkit pasal hal tu, aku memang saje tanya time dia minum air sebab aku tahu dia akan start gelabah. Aku gelakkan je dia.

"Tuu zaman jahiliah tu Jii" jawab dia konfiden.

"Wahh cakap macam zaman tu dua tiga tahun lepas ek!" aku balas.

Dia gelak je. Aku tak tahu la kenapa time tu aku rasa agak terguris bila dia cakap camtu, macam dia menyesal sangat sebab buat benda tu.

"Cakap macam menyesal je ko pernah suka aku dulu." aku nak reassure.

"Hahaha tak pun laa tu maksudnya zaman lepas laaa"

"Zaman lepas tu berhenti bila?" aku soal lagi.

"Ha?" dia tak paham.

"Maksud aku, zaman sekarang ni dah tak relevan la conteng-conteng buku tulis ayat lirik cinta camtu?" aku mula nak trick dia.

Dia just garu kepala. "Akuu tak ingatlah Ji."

Ringkasnya jawab.

Fine whatever lah aku cebikkan bibir je. Aku sambung je belajar.

One time girls ikut study group dengan dia. Masani dia tak expected pun dorang ada. Dia macam biasala akan jadi awkward balik. Nasibla girls jenis riuh, so dorang banyak usik si mat ni. Mat pun layan je tapi tak over la sebab dia masih segan.

15 SeptemberWhere stories live. Discover now