"D.O,Kai mana? Kenapa dia tak turun makan?" soal Xiumin apabila menyedari,Kai tiada bersama mereka. Patutlah rasa kurang.

"Kai demam. Dia tak larat nak jalan,so aku suruh dia rest dalam bilik je. Takpe,nanti aku tapau makanan untuk dia," balas D.O.

Tiba-tiba Ji Hyo bingkas bangun dari kerusinya. Baekhyun menahan tahan Ji Hyo.

"Awak nak pergi mana?"

"Tandas kejap. Nak cuci tangan!" Ji Hyo menepis tangan Baekhyun dan terus berlalu pergi ke tandas. Ji Hyo masuk ke dalam tandas,terus menuju ke sinki.

Bwuarrkkkk!

Dia memuntahkan semua isi perutnya. Tekaknya terasa sangat loya dan geli. Dia berkemur beberapa kali dan membersihkan mulutnya. Usai,Ji Hyo menguak pintu tandas untuk keluar. Namun,langkahnya terhenti di situ apabila Jong Kook sedang terpacak berdiri di luar tandas,memandang tajam ke arahnya.

Ji Hyo menelan air liur.

"Kenapa ni Encik?" Ji Hyo cuba mengelak,melarikan diri dari Jong Kook. Namun,Kwang Soo yang entah dari mana datangnya,menahan Ji Hyo dari belakang.

"Lepaskan akulah. Kau nak apa dari aku hah! Lepaskan aku," Ji Hyo meronta-ronta. Kwang Soo menekup mulut Ji Hyo,tak nak orang lain dengar jeritannya.

"Bawa dia ke office boss. Malam ni jugak kita selesaikan dia," arah Jong Kook. Wajah Ji Hyo terus bertukar pucat lesi,seperti dia dapat menjangka apa yang akan berlaku padanya nanti.

*    *    *    *

Pintu bilik tersebut diketuk perlahan.

"Masuklah!"

Suara Kai berada di dalam kedengaran. D.O terus menerobos masuk ke dalam bilik. Kelihatan Kai terbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya.

"Macam mana keadaan kau?" soal D.O.

"Dah ok sikit lepas makan ubat tadi," balas Kai.

"Aku ada bawakan makanan untuk kau ni. Kau makan ye! Nanti perut kau kosong. Dari semalam lagi kau tak makan," kata D.O,meletakkan plastik berisi makanan itu di atas meja bersebelahan katil. Maklumlah,bila demam selera makan pun jadi hilang.

"Yelah!" Kai menganggukkan kepalanya.

"Aku dan kawan-kawan nak keluar pergi paya kejap. Nak tengok kelip-kelip! Kau jaga diri baik-baik. Kalau perlukan pertolongan,call je mana mana pekerja resort," kata D.O sebelum keluar dari bilik meninggalkan Kai.

*    *    *    *

"Ok,nampaknya semua peserta dah ada. Sebelum kita pergi ke paya,saya sarankan supaya anda anda semua memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang sebab tak nak bagi nyamuk gigit," pesan Gary mengingatkan mereka semua,maklumlah bila masuk hutan,nyamuk berlambak ada.

"Wei Chanyeol,kau ada nampak Ji Hyo tak?" soal Baekhyun,menguis lengan Chanyeol.

"Takdelah wei," Chanyeol menggeleng. Baekhyun melilau memandang sekelilingnya. Tiada pulak kelibat Ji Hyo bersama mereka semua.

"Bukan ke tadi dia pergi toilet kan?"

"Memanglah dia pergi toilet. Tapi takanlah lama macam ni," Baekhyun mula risau. Risau sekiranya sesuatu berlaku pada Ji Hyo. Entah entah Ji Hyo tergelincir dalam toilet dan pengsan,Baekhyun mula berfikir negatif.

"Perempuan biasalah Baekhyun. Kau macam tak kenal perempuan. Mungkin Ji Hyo period dan tengah tukar pad," ujar Chanyeol. Baekhyub rasa bukan tu sebabnya. Dah 30 minit ni,batang hidung Ji Hyo langsung tidak kelihatan.

"So,kau nak pergi cari dia ke? Tak payahlah wei! Biarkan je Ji Hyo tu. Lagipun,dia bukannya bini kau sampai kau nak risau macam ni sekali,"kata Chanyeol cuba menenangkan Baekhyun yang nampak gelisah,tak senang duduk bila Ji Hyo takde.

"Ok,jom kita gerak sekarang!" pintu pagar elektrik itu dibuka. Mereka beratur dalam beberapa baris dan keluar menuju ke hutan,dipandu oleh Gary di hadapan.

"Paya cuma lebih kurang 20 meter je dari sini. So,kita kena jalanlah sikit nampaknya," kata Gary.

"Banyak sial nyamuk kat sini," rungut Suho,menepuk pipinya berkali kali. Beberapa bintik merah mula timbul di pipinya akibat digigit nyamuk.

Awuuuoooi!!!

Bunyi lolongan anjing dari kejauhan menambahkan lagi suasana seram di dalam hutan. Orang tua tua cakap,kalau bunyi anjing ni maknaya ada hantu berdekatan kita. Suho yang jenis penakut terus memeluk lengan Chen di sebelahnya.

"Kau pehal ni? Kacau aku tengah ambil gambar je," marah Chen,menghentakkan kemera DSLRnya pada kepala Suho.

"Kau dengar tak bunyi anjing tadi. Haelmoni aku cakap kalau....."

"Mengarut je semua tu," pintas Chen lalu menepis tangan Suho kasar. Suho mencebik,memeluk tubuhnya yang terasa sejuk disapa angin malam.

"Sikit lagi kita akan sampai di kawasan paya!" kata Gary.

Suho menghalakan torchlightnya ke arah semak semak di sekeliling mereka. Semak-semak tersebut kelihatan bergerak,seperti ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya.

Suho mula rasa tak sedap hati.

"Chen!" Suho lekas memanggil Chen.

"Apa lagi kau ni?"

"Semak tu bergeraklah! Macam ada benda tengah sembunyi kat situ," kata Suho. Chen mengalihkan pandangan ke arah semak yang dimaksudkan oleh Suho itu.

"Takde apa pun!" semak itu langsung tak bergerak seperti apa yang Suho katakan.

"Betul. Tadi aku tengok semak tu bergerak,"Suho cuba menyakinkan Chen.

"Dah dah,kau jangan main-main boleh tak. And please jangan kacau aku!" Chen bergerak ke barisan hadapan dan meninggalkan Suho sorang diri kat belakang.

Suho mencebik. Nilah kawan!

Srrkkkk! Srrkkkk!

Bila Suho berjalan,semak-semak di sekitarnya kelihatan bergerak seperti ada sesuatu yang sedang mengekorinya senyap-senyap.

Vote and comment!

Korang rasa spe yang akan jadi mangsa pertama anaconda?

Wait for the next chapter!

 𝘼𝙉𝘼𝘾𝙊𝙉𝘿𝘼𝙎Where stories live. Discover now