"Saya minta maaf. Saya tak patut marah marah tadi. Ni semua salah saya. Kalau jadi apa apa pada baby..." Hana tidak menyambung kata katanya apabila Nuh memotong.

"Wife, awak jangan cakap yang bukan bukan. Tak ada apa apa yang akan jadi pada baby kita."

Hana hanya menangis. Kesakitan kian mencengkam. "Nuh, sakit."

"Sabar sayang. Dah nak sampai ni." Nuh terus membelok masuk ke bahagian kecemasan.

Hana terus dikejarkan masuk ke dalam bilik rawatan. Nuh mundar mandir di hadapan bilik.

Semua ini salah dia. Dia buat Hana sedih. Dia buat Hana marahkannya.

"Nuh..."

Nuh tersentak apabila seseorang menegurnya. Dia mengangkat muka sebelum terkaku memandang figura di hadapannya.

"Nuh buat apa kat sini?"

"Em, isteri Nuh kat dalam." Nuh menjawab teragak agak.

"Nuh dah kahwin? Kenapa tak beritahu ayah?" Sedih raut wajah itu.

Nuh terdiam. Tidak mengerti dengan perlakuan ayahnya.

"Isteri Nuh kenapa?" Norman bertanya apabila Nuh tidak membalas kata katanya.

"Dia jatuh." Ringkas Nuh memberitahu tetapi apabila melihat wajah keliru Norman, dia menyambung. " Isteri Nuh mengandung, dah masuk 7 bulan."

Norman kelihatan teruja. "Mengandung? Ayah akan jadi atuk la ni?"

"Ayah..." Entah mengapa Nuh tidak suka dengan perkataan atuk dari ayahnya itu. Jika boleh dia mahu menjauhkan keluarganya dari Norman.

"Em, ayah minta maaf. Ayah gembira Nuh dah nak jadi bapa."

Nuh diam.

"Nuh, ayah minta maaf terhadap apa yang ayah buat pada Nuh dan ibu selama ni."

Nuh melepaskan keluhan. "Kenapa tiba tiba? Ayah ingat Nuh boleh lupakan apa yang ayah buat macam tu saja?" Dia berkata perlahan.

"Ayah tahu besar dosa ayah pada Nuh dan ibu. Tapi percayalah, ayah betul betul minta maaf. Ayah tak minta lebih. Ayah cuma minta Nuh maafkan ayah sebelum ayah tutup mata."

Nuh terus memandang Norman apabila mendengar kata katanya. Ketika itu, baru dia perasan, ayahnya memakai pakaian hospital.

"Ayah sakit?"

"Kanser tahap 4. Doktor cakap berpunca dari ketagihan arak." Norman menunduk.

"Ayah..."

"Ni semua balasan sebab ayah menganiaya anak isteri ayah. Ayah terima. Ayah redha. Sekurang kurangnya ayah ada masa untuk bertaubat. Tapi ayah tak tahu sama ada dosa ayah terampun atau tidak." Matanya berkaca. Bila bila masa saja air matanya boleh jatuh.

Perlahan lahan Nuh mendekati Norman. Tubuh ayahnya dipeluk.

"Nuh memang marahkan ayah. Tapi Nuh tak pernah berdendam. Ayah masih ayah Nuh walau apa pun yang berlaku. Maafkan Nuh sebab tinggalkan ayah. Nuh bukan anak yang baik."

Norman meleraikan pelukan Nuh. "Nuh anak yang baik. Malang nasib Nuh sebab dapat ayah macam ni. Nuh... maafkan ayah?"

"Nuh maafkan ayah."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now