Nuh ketap bibir. "Mengungkit? Awak tak reda ke kejut saya untuk solat? Rasa terpaksa kejut saya untuk solat? Maaflah Hana kalau saya menyusahkan awak selama ni."

Hana terpana. Dia menoleh pada Nuh namun suaminya itu sudah melangkah keluar dari bilik. Pintu ditutup agak kuat.

Hana melorot di tepi almari. Menunduk dan air matanya jatuh lagi.






🎸🎸🎸






Sudah seminggu hubungan mereka agak tegang. Nuh baru saja mendapat berita yang dia diterima bekerja di sebuah syarikat perniagaan. Namun, pada Hana langsung tak diberitahu.

Begitu juga dengan Hana. Langsung tidak bercerita apa apa padanya.

"Ibu ingat tak, bekas tunang Hana yang langgar Nuh hari tu?"

Nuh angkat muka apabila Hana tiba tiba membuka mulut pada Pn Zayana.

"Fakhrul kan? Macam mana kes tu?"

"Ya, Fakhrul. Dia dah kena tangkap dah. Polis tengah jalankan siasatan." Hana memberitahu.


"Baguslah. Ibu risau sangat. Takut dia ganggu Hana dengan Nuh lagi." Tak senang riak wajah Pn Zayana.

"InsyaAllah. Semuanya baik baik saja, ibu." Hana tersenyum pada Pn Zayana. Pandang Nuh, suaminya itu sedang merenungnya. Tajam.

Terus senyuman Hana menghilang. Jelingan tajam dihadiahkan buat Nuh.

"We need to talk, Hana." Suara serius Nuh kedengaran perlahan di telinganya.

Masuk saja ke dalam bilik, Nuh hanya diam di meja kerja. Hana naik ke katil, terus masuk ke dalam selimut.

"Nak cakap apa? Saya dah nak tidur. Penat."

Nuh pandang Hana. Lama sebelum nafas dihela perlahan. Hana hanya terkulat kulat di katil. Dipandang Nuh, hanya sekejap dialih wajah ke arah lain.

"Wife..."

Hana mengetap bibir. Dia benar benar rindukan panggilan itu.

"Come here." Sepatah Nuh menyuruh. Tidak bertegas, tidak pula terlalu lembut.

Hana akur. Perlahan lahan dia keluar dari selimut, mendekati Nuh yang masih duduk di kerusi.

Nuh bangun, tubuh Hana diraih ke dalam pelukan.

Hana terkaku. Erat Nuh memeluknya. Wajah suaminya terbenam dalam di lehernya.

"I'm sorry, sayang."

Hana memejamkan mata. Pelukan dari Nuh dibalas.

"Saya tak patut marahkan awak. Saya tak patut salahkan awak atas kematian Ann. Saya terlalu terkejut hari tu, saya cakap yang bukan bukan pada awak. I'm so sorry."

Hana mula teresak.

"Seminggu ni hati saya tak tenteram, bergaduh macam ni dengan awak. Seminggu ni kita langsung tak berjemaah sekali. Saya tak patut menangkan ego saya. Tengoklah apa yang jadi. Saya langsung tak tahu apa yang dah jadi pada awak sehari harian sedangkan hati saya membentak rindukan awak."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now