Nuh menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Hana.

"Ann..."

Wajah Lianna sedikit pucat. Namun tubuh itu kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.

"Kau okey ke, Ann. Kau nampak pucat." Nuh menegur.

Lianna tersenyum kelat. "Aku dengar kau konvo hari ni. Aku datang nak bagi hadiah pada kau." Lemah suara Lianna.

Sejambak bunga dihulurkan pada Nuh yang teragak menyambut. Sempat Nuh menjeling pada Hana di sisinya.

"Aku nak cakap dengan kau sikit boleh?" Pinta Lianna.

Hana menyentuh bahu Nuh. "Saya tunggu kat kereta ya." Hana cuba memberi ruang pada mereka.

Nuh menarik tangannya namun dia hanya mengangguk meyakinkan. Tangan Nuh dileraikan dari tangannya dan Hana terus meninggalkan suaminya bersama Lianna.

Nuh melepaskan keluhan, melihatkan wajah sugul Hana.

"Ada apa, Ann?"

"Jadi betullah? Kau dah kahwin dengan Hana?" Lianna bertanya.

"Aku dah beritahu kau. Aku dah reply mesej kau. Hana isteri aku." Nuh menegaskan.

"Kau tak reply mesej terakhir aku."

Nuh terdiam sejenak. "Kau minta yang bukan bukan, Ann. Aku tak boleh terima."

Lianna mengetap bibir. "Hanya kau yang baik dengan aku, Noah. Tolonglah aku." Lengan Nuh dipaut. "Aku buntu. Aku hanya percayakan kau."

Nuh menggeleng. Tangan Lianna di lengannya ditepis lembut.

"Kau baik baik saja. Semuanya akan okey. Kau tak perlukan aku untuk teruskan hidup kau. Terima apa yang dah terjadi. Move on. Kau boleh hadapi semua ni." Nuh cuba menasihati.

Wajah Lianna sudah berubah riak. Bagai mahu menangis. "Noah... aku perlukan kau. Please..."

"Ann..." Nuh menggeleng kesal.

"Aku boleh jadi isteri kedua kau. Kita tak payah beritahu Hana. Lepas semuanya selesai, kau boleh lepaskan aku. Ya?"

Nuh bungkam. Sampai begitu sekali Lianna terdesak.

"Ann... tak semudah tu. Masalah tetap takkan selesai. Kau tak perlukan sesiapa. You can survive at your own. Aku akan cakap dengan Hana, ya? Dia boleh temankan kau. Dia boleh tolong kau. Okey?"

Lianna tidak menjawab. Hanya merenung tajam pada Nuh dengan mata yang berkaca.

"Aku akan beritahu Hana, ni anak kau." Perut yang terlindung di sebalik jubah longgarnya disentuh.

Nuh membulatkan mata. "Jangan mengarut!"

Lianna tersenyum nipis. Agak sinis. Dia memandang Hana yang berada di dalam kereta, sedang memerhatikan mereka.

"Kau dah masuk dalam hidup aku, aku tak nak kau keluar."

Lianna berkata dan terus berlalu pergi.

Nuh memejamkan mata seketika, nafas dihela panjang. Dia melangkah ke arah kereta Hana.

"Husband." Hana menegur setelah Nuh masuk ke tempat pemandu. "Ann cakap apa?"

Nuh tersenyum sedikit. "Tak ada apa. Borak kosong saja."

Hana terdiam. Riak wajah Nuh diperhatikan. Kosong, dia memang tak dapat membaca wajah itu.

"Dia... nampak lain sangat."

Nuh menoleh ke arah Hana.

"Macam orang mengandung pun ada." Berhati hati Hana barkata. Risau tersilap.

Kelu. Nuh hanya tersenyum, mengangkat bahu. Dia mula memandu setelah itu. Beberapa ketika, Hana kembali membuka mulut mengenai Lianna.

"Kenapa dia panggil awak Noah?"

"Em... sebab saya kenal dia kat gelanggang. Dalam gelanggang memang saya guna nama tu." Perlahan saja Nuh menjawab.

Hana mencebik. "Saya rasa macam dia panggil awak dengan nama yang special pula. Saya cemburu la..."

Nuh tersengih. Menjeling sekilas pada Hana, terus diraih tangan isterinya itu. "Janganlah cemburu, wife. It's just a name. Tak ada maksud apa apa pun."

Hana diam. Muncung.

"Hey, sayang..." Dielus elus tangan Hana.

"Awak isteri saya la. Tu lagi special. Tak ada yang lagi special dari awak."

Hana memandang Nuh dengan ekor mata. Senyuman mula terukir. Genggaman tangan Nuh dibalas erat.

"Thanks, husband."








❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now