"I'm really sorry, Hana." Nuh berpaling pergi. Dia hanya memekakkan telinga dengan panggilan Hana.


"Sekurang kurangnya beritahu saya sebabnya."

Nuh terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

"Nuh! Saya benci awak!" Hana menjerit.

Langkah Nuh terhenti sebelum sekali lagi dia menoleh pada Hana. "Itu yang sebaiknya Hana. Nanti saya akan hantar kereta awak pada Fara. Tak perlu lah kita jumpa lagi lepas ni."

Hana terkedu. Bukan itu yang dimaksudkan. Nuh masuk ke dalam kereta, memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Hana.

"Nuh..."








🎸🎸🎸









Nuh melemparkan sarung tangannya ke atas but kereta. Duduk dilabuhkan kasar di kerusi. Kepala ditundukkan ke bawah. Satu kerja pun tak dapat disiapkan. Dalam kepalanya hanya dipenuhi dengan bayangan Hana.

Hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan Hana. Dia yang meminta agar mereka tidak lagi berjumpa. Sekarang, dia pula yang angau rindukan Hana. Keluhan dilepaskan kasar.

"Kau apa hal ni? Kereta Pak Tam tu dah siap ke belum?" Badrul menegur.

Rutin kerja Nuh selepas habis waktu pejabat di tempatnya membuat latihan praktikal. Memang dia akan berada di bengkel Badrul. Hujung minggu pun dia akan bekerja di situ.

"Belum."

"Habis tu yang kau tercongok kat sini lagi kenapa? Dah, pergi buat kerja."

"Nantilah." Nuh terus menyandarkan kepala pada kerusi. Mata dipejamkan.

Badrul mendekati Nuh. Kerusi ditarik rapat sebelum dia duduk berdepan dengan Nuh. Paha lelaki itu ditepuk kuat. Nuh membuka mata.

"Apa hal? Cakap dengan aku. Ibu kau sihat?"

"Sihat."

"Habis tu, ayah kau datang ganggu ke?" Badrul cuba menarik perhatian Nuh untuk bercerita.

"Bukan. Ni pasal... Hana."

"Kenapa dengan dia."

Nuh tegakkan duduk. "Kau ingat tak masa aku hantar Hana ke Ipoh dulu?"

"Ya, kenapa?"

"Papa dia ada cakap, kalau aku suka Hana, dia nak bincang untuk hal seterusnya."

"Dah tu? Baguslah macam tu. Kau suka dia kan? Apa masalahnya?"

"Masalahnya aku, Bad. Kau rasa mereka tu boleh terima ke aku yang macam ni?"

Badrul terdiam sbelum menghela nafas perlahan. "Benda tu terjadi bukan sebab kau yang nak. Kau cakap elok elok dengan Hana. Dia faham punya."

Nuh menggeleng. "Aku tak nak Hana tahu."

"Payahlah macam ni Nuh. Kalau kau nak kongsi hidup dengan dia, dia kena tahu semua ni." Badrul membalas.

Nuh mengeluh.

"Kau beritahu saja Hana. Jangan beritahu keluarga dia. Biar Hana saja yang tahu." Badrul memberi cadangan.

"Aku takut dia tak boleh terima."

"Beritahu elok elok. Kalau dia betul betul sayangkan kau, dia boleh terima."

"Aku nak hilangkan benda ni sepenuhnya dulu?"

"Kau ingat sekejap? Naknya Hana disambar orang?"

Nuh termenung.

"Aku rasa kau kena beritahu Hana dulu. Suruh dia tunggu kau. Nanti melepas, kau juga yang frust menonggeng. Lepas tu, kau selesaikanlah masalah kau kalau kau tak nak Hana tahu."

"Tapi, aku dah beritahu Hana, jangan tunggu aku."

"Apalah bodoh sangat kau ni cakap macam tu pada dia. Kau nak tengok orang yang kau cinta, kahwin dengan orang lain ke?" Badrul menggeleng. "Kau ni macam tak pernah bercinta pula."

"Aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni." Nuh membuat pengakuan. "Hanya Hana yang buat aku tak keruan macam ni."









❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now