"Kenapa awak selalu risaukan saya?" Hana bertanya juga. Mengharapkan jawapan yang diinginkan.

"Saya dah pernah cakap yang saya sukakan awak." Selamba Nuh menjawab. Minumannya disedut licin.

"Sebab tu saja?" Hana tidak berpuas hati.

"Tu saja lah. Apa lagi?" Hana direnung dan dia dapat melihat wajah cemberut gadis itu.

"Dah? Kalau dah, jom. Lewat sampai nanti." Nuh bangun, berjalan perlahan meninggalkan Hana.

"Nuh..." Hana merengus. Langkah Nuh dikejar.

"Ya..." Nuh terus masuk ke dalam kereta. Nak tak nak, Hana juga masuk ke dalam kereta. Dia memandang Nuh, meminta jawapan yang berbeza.

"Seat belt." Nuh mengarah ringkas. Hana menjulingkan mata tapi dia tarik tali pinggang keledar, melilit tubuh.

Kereta digerakkan namun Nuh masih tidak berkata apa apa.

"Nuh..."

"Duduk diam diam. Pandang depan, saya nak drive ni."

"Hmm..." Tangannya disilangkan ke dada. Matanya terus memandang jalan raya di depan.

"Marah lah tu?" Nuh mengusik.

"Emm..." Hana menjawab malas.

"Okey lah. Awak terus terang dengan saya. Awak nak jawapan yang macam mana?"

Hana memandang Nuh. "Manalah saya tahu. Takkan saya kena cakap saya nak jawapan yang macam mana?"

"Saya tak faham kalau awak tak cakap."

Hana mengetap bibir. Geram! "Kalau suka, awak nak buat apa Nuh?"

"Buat apa?" Nuh bertanya bingung.

Hana makin menyirap. Dia tak tahu sama ada Nuh benar benar tak tahu maksud pertanyaannya atau hanya buat buat tak tahu.

"Awak sayang saya tak Nuh? Cinta?"

Nuh terdiam seketika. "Kenapa tanya macam tu pula? Tiba tiba saja."

"Awak tak ada perasaan macam tu pada saya?" Hana mendesak dan dada Nuh semakin sesak.

"Saya akan putuskan pertunangan saya dengan Fakhrul. It's okay kalau awak tak sayangkan saya. Saya hanya nak cakap, kalau awak sayang, jumpa papa saya. Sebab tu saya tanya awak, kenapa awak selalu risaukan saya. Sebab sayang ke atau hanya suka suka." Hana menjelaskan. Malas mahu berteka teki dengan Nuh. Bukan faham pun lelaki itu.

Nuh terdiam. Hana yang sudah mendiamkan diri dipandang berkali kali.

"Bukannya saya tak sayang awak."

Hana hanya menjeling hanya seketika pada Nuh.

"Tapi... saya tak boleh nak buat hubungan kita untuk jadi lebih serius."

Hana menoleh. "Kenapa?"

Nuh mendiamkan diri.

"Nuh..."

"Kita berbeza, Hana. Trust me, kita berbeza. Awak dan saya terlalu jauh walau hakikatnya kita nampak dekat. Terlalu banyak yang awak tak tahu pasal saya. Awak takkan dapat terima saya, Hana."

"Apa yang saya tak tahu?"

Nuh menggeleng. "Awak tak patut tahu."

"Saya nak tahu." Hana menekan.

Nuh melirik sekilas pada wajah Hana yang berharap. "Kalau awak tahu, sekarang juga awak akan minta supaya saya tinggalkan awak."

Hana terdiam. Mahu saja dia bertanya sama ada semua ini berkaitan dengan ayah Nuh. Namun dirasakan ini bukan masa yang sesuai. Jadi Hana hanya mendiamkan diri sehingga mereka sampai di hadapan rumah papanya.

"Awak baliklah dengan kereta saya. Nanti saya suruh along saya hantarkan." Hana terus keluar dari kereta, mengambil beg pakaian dari but kereta.

Nuh turut keluar. "Hana..."

"Balik Nuh. Nanti papa saya nampak, macam macam pula ditanya. Terima kasih hantarkan saya."

Hana menekan loceng pada pagar sebelum kembali menoleh pada Nuh.

"Balik lah."

Nuh mengeluh. "Bila awak balik ke sana semula?"

"Lusa. Tengok la dulu."

Nuh mendekati Hana. "Macam mana dengan saya?"

"Kenapa dengan awak?"

"Nanti saya rindukan awak."

Hana mencebik. "Tengok, awak buat lagi. Saya tak faham la dengan awak ni. Kalau betul awak tak nak hubungan kita pergi lebih jauh, awak sepatutnya tak beri harapan pada saya."

Ketika itu pintu pagar dibuka.

"Adik, dah sampai dah. Mari masuk." Kemudian, matanya tertancap pada Nuh di sisi Hana.

"Adik bawa kawan?" En Hasnol bertanya.

Nuh masuk menghampiri En Hasnol sebelum menyalami lelaki itu. Hana hanya memerhati tindak tanduk Nuh.

"Saya Nuh. Kawan Hana, saya sekejap saja. Dah nak balik ni."

"Eh takkan baru sampai dah nak balik?"

"Saya hanya tolong hantarkan Hana."

"Kalau ya pun, masuklah dulu. Rehat dulu. Bukan dekat nak balik sini. Mari masuk." En Hasnol menepuk bahu Nuh agar mengekorinya. "Adik, mari masuk."

Hana mengetap bibir. Nuh menjeling ke arahnya. Sakit pula dia melihat wajah Nuh yang sudah tersenyum kemenangan.

Nuh melangkah masuk ke dalam rumah Hana. Dia memandang sekeliling. Jika nak dibandingkan rumah sewanya dengan rumah banglo Hana, jauh bezanya.

"Duduk Nuh. Yam, buat air. Ada tetamu ni." En Hasnol turut melabuhkan duduk berdekatan dengan Nuh.

Hana sudah menghilangkan diri ke dalam biliknya. Sebentar kemudian, Hana datang mencelah perbualan papanya dan Nuh.

"Papa..."

En Hasnol menoleh. Baru dia perasan muka Hana yang mempunyai kesan parut luka dan lebam. "Adik, kenapa dengan muka adik ni?"

Hana memandang Nuh seketika. Dia mula bercerita mengenai apa yang berlaku kepada papanya.









❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now