"Ada doktor yang jaga Ann dan saya dah suruh adik Badrul tengokkan ibu. Okey? Jadi, sekarang... saya dengan awak. Jom."

Hana masih tercegat di depan pintu kereta.

"Jom..."

Hana akur. Setelah Nuh mengeluarkan kereta dari garaj, Hana terus menutup dan mengunci pagar rumah.

Hanya 5 minit perjalanan, telefon Nuh berdering. Meraba ke dalam poket seluar, telefon dikeluarkan.

"Bahaya drive sambil tengok telefon." Hana mengambil telefon dari tangan Nuh.

Sengaja!

Nama Ann tertera di skrin telefon. Hana mengetap bibir. "Ann call." Warna hijau pada skrin ditekan dan dia terus membuka pembesar suara.

"Noah..." Lemah kedengaran suara itu.

"Ya, Ann?"

"Kau kat mana?"

Nuh tidak terus menjawab. Hana dikerling. Mencuka wajah gadis itu.

"Aku busy. Ada hal. Kau okey kan?"

"Datang la kejap, Noah. Aku takut."

"Jangan risau. Mereka takkan cari kau kat sana. Doktor dengan nurse ada. Aku dah suruh mereka tengokkan kau."

Suara Lianna kedengaran seperti mahu menangis. "Datanglah. Aku nak kau. Aku tak nak orang lain."

Hana terus memandang Nuh. Mata menjegil pada lelaki itu.

Nuh garu kepala. "Please, Ann. Jangan susahkan aku macam ni. Aku ada kerja. Dah settle semua, aku jumpa kau okey."

Suara Lianna tenggelam. Hanya tangisan yang kedengaran. "Lebih baik aku mati kalau macam ni. Tak ada orang pedulikan aku."

"Ann..."

"Singgah la sekejap." Hana menyuruh dalam keterpaksaan.

Lama Nuh terdiam. "Ann, kejap lagi aku sampai. Jangan buat yang bukan bukan."

Talian terputus dan mereka hanya berdiam diri. Wajah masing masing tegang.

Kereta membelok masuk ke dalam kawasan hospital.

"Tunggu saya kat sini. Kejap saja saya jumpa Ann." Nuh berpesan.

"Okey. Pergilah. Peluk cium dulu. Takut rindu pula. Lama juga nak tinggal ni."

Nuh terdiam. Dalam keluhan, dia keluar dari kereta.

Hana mengetap bibir. Menjeling tajam pada Nuh yang semakin menjauh.

Bum!

Hana terperanjat. Dia menoleh ke belakang kereta. Tercengang seketika sebelum dia menyedari keretanya sudah dilanggar dari belakang.

Dia keluar dari kereta, berjalan ke belakang. Melopong mulutnya melihat bumper belakang yang sudah kemik.

"Dik, maaf dik. Saya tak sengaja." Seorang lelaki keluar dari kereta yang sudah melanggar keretanya itu.

"Macam mana boleh tak sengaja? Kuat awak langgar ni?" Hana merungut, menunduk melihat Jazz kesayangannya yang sudah tercedera itu.

"Sikit saja lah, dik." Hana angkat muka mendengarkan suara lelaki itu yang agak lain.

Tersenyum sinis, lelaki itu capai tangannya. Hana terpaku. Tubuhnya didorong untuk masuk ke dalam kereta.

Baru nak menjerit, mulutnya ditutup. Hana memejamkan mata.

'Kalau ada orang peluk awak dari belakang, awak hentak dagu dia dengan kepala awak. Kemudian pijak kaki dia. Bila dah terlepas, cepat cepat menjerit minta tolong. Larikan diri.'

Mata dibuka. Dia lakukan seperti mana yang Nuh pernah ajarkan pada dia. Sekelip mata, dia mendengar erangan kasar dari lelaki itu.

Tubuhnya terlepas. Pantas dia berlari masuk ke dalam kereta. Pintu dikunci. Tangannya teraba raba mencari telefon di dalam beg tangan. Dalam menggigil, nombor Nuh didail.

"Nuh, tolong." Cemas suaranya.

"Kenapa ni?" Suara Nuh kedengaran panik.

"Datang cepat! Ada orang jahat!" Hana hampir menangis.

Talian terputus dan Hana hanya memejamkan mata. Telinga ditekup apabila lelaki tadi menghentak tingkap kereta.

Seketika, keadaan senyap sunyi. Hana membuka mata dan dia dapat melihat Nuh menghampiri. Nuh tidak terus datang kepadanya, malah melangkah ke belakang kereta.

Hana menoleh ke belakang, dia dapat melihat lelaki tadi sudah memecut kereta, pergi dari situ.

Pintu dibuka. "Nuh..."

"Awak okey?" Nuh segera mendapatkannya.

"Saya takut." Perlahan Hana berbisik. Lengan Nuh dipegang. Mata melilau memerhati kalau kalau lelaki tadi datang lagi.

"Maaf saya tinggalkan awak. Awak dah selamat. Jangan risau."

Hana pandang Nuh. Wajah masih beriak sugul.

"Sorry, Hana."

Hana tersenyum nipis. "It's okay."

"Siapa tadi tu?"

Hana hanya menggeleng tidak tahu.

"Tak apalah. Jom." Pintu kereta dibukakan untuk Hana.

Dia merenung ke bangunan hospital. Apa pun yang berlaku selepas ini, hanya Hana yang menjadi keutamaannya.





❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now