🎸🎸🎸





Hana keluar dari rumah dengan beg pakaian di tangan. Dahi berkerut apabila melihat Nuh di depan pagar rumahnya.

Tersenyum padanya. "Good morning." Tegur Nuh ketika Hana memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta.

Hana pandang Nuh. Hatinya masih sakit, Nuh boleh selamba menegurnya. Siap ucap selamat pagi lagi!

"Amboi. Pagi pagi dah mencuka macam tu. Mulakan pagi anda dengan senyuman cik Hana." Nuh mengusik, tangan bertongkat pada pagar.

"Happy saja awak kan? Macam tak ada apa apa masalah!" Hana menyindir.

Nuh tersengih. "Dulu memang tak ada sebab saya nak tersenyum macam ni. Sekarang, walau apa pun masalah yang saya hadapi, saya ada awak. Saya ada sebab untuk saya senyum."

Hana terdiam. Mengerling sekilas pada Nuh, dia masuk ke dalam kereta. Kereta dihidupkan namun dia masih tidak menutup pintu.

"Hana..." Nuh memanggil.

Hana keluar namun bukan kerana panggilan dari Nuh. Dia mahu membuka pagar rumah. Mahu cepat cepat pulang ke rumah papanya.

"Senyumlah sikit. Kesian lah saya..." Nuh memujuk.

"Tak ada sebab saya nak senyum pada awak." Hana membalas.

Nuh terus mencebik. "Sombong!"

Hana tidak mempedulikan selaan Nuh. Dia masuk ke dalam kereta, pintu ditutup kuat. Kereta diundur keluar dari pagar namun Nuh tak berganjak. Hanya bertenggek di atas motosikalnya.

Hana mengetap bibir. Cermin tingkap kereta dibuka, dia menjenguk ke luar. "Tepi Nuh. Saya nak keluar ni. Awak nak kena langgar ke?"

"Langgar la kalau awak sanggup."

Hana menghela nafas kasar. Brek tangan ditarik, dia keluar dari kereta mendekati Nuh.

"Awak nak apa!?"

"Your smile. Saya tak nampak hari ni. Mana dia?" Nuh turun dari motosikal.

Hana pegang kepala. Senyuman terpaksa diukir selebar mungkin. "Dah? Puas hati?"

Nuh tergelak. Menggeleng. "Comel la tu macam tu?"

"Saya tak cakap pun saya comel. Memang saya tak cantik macam perempuan perempuan awak yang lain tu."

"Ish, mana ada perempuan lain. Awak seorang saja Hana." Nuh meyakinkan. Dia menolak masuk motosikalnya ke dalam pagar rumah Hana.

Siap dikunci, dia masuk ke dalam kereta Hana. Gadis itu terpinga pinga.

"Awak buat apa?"

"Nak balik Ipoh la. Apa lagi? Cepat masuk. Dah lewat ni."

Hana hampir ternganga. "Awak... nak hantarkan saya?"

Nuh hanya mengangguk.

"Ann macam mana? Ibu awak?" Hana bertanya tidak berpuas hati.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now