Nuh hela nafas perlahan. "Bukan macam tu. Saya tak nak awak penat. Esok nak drive kan?" Lembut Nuh berkata.

"Saya tak nak tinggalkan awak dengan Ann." Hana menunduk.

Nuh merenung wajah itu. Dilirik ke tangan Hana yang tergenggam sesama sendiri. Dirasakan mahu saja diraih tangan itu ke dalam genggamannya.

"Hana..."

Hana angkat wajah, memandang Nuh. Lelaki itu tersenyum padanya.

"Awak sayangkan saya?"

Wajah Hana terasa berbahang dengan soalan tiba tiba lelaki itu. Sempat lagi waktu waktu begini!

Hana terkumat kamit sendiri membuatkan Nuh melebarkan senyuman. "I take it as yes."

Hana diam. Entahlah. Hati masih berasa tidak senang. "Ann dalam keadaan macam ni, saya pula kena balik kampung esok."

Nuh dipandang. "Awak takkan temankan saya esok kan?"

Jeda. Nuh masih memandangnya. "Awak yang tak nak saya temankan awak."

Hana mengangguk. Kecewa. "Lagipun Fakhrul takkan apa apakan saya lagi dah. Dia kat hospital sekarang."

Nuh kaku. Tersentak. Dirasakan pandangan Hana berubah tajam serta merta.

"Awak pukul Fakhrul?"

Diam. Nuh menelan liur.

"Kenapa buat macam tu?"

Nuh mengeluh. "Dia pukul awak." Ringkas jawapannya.

Hana menggeleng kesal. "Boleh tak awak fikir dulu sebelum buat apa apa? Tak pasal pasal jadi kes polis, tak dapat grad. Macam mana?"

"Saya dah fikir banyak kali Hana. Dia pukul awak. Awak ingat saya nak biarkan. Biar dia tahu macam mana rasanya kena pukul. Lagipun, ada bukti ke yang saya pukul dia? Tak ada kan?" Nuh mempertahankan tindakannya.

Hana mengalihkan wajah. Memang dia takkan menang kalau dengan lelaki ini.

"Saya minta maaf kalau awak tak suka cara saya. Tapi saya tak boleh berdiam diri lepas tahu apa yang dia dah buat pada awak."

Hana hanya diam.

"Hana..."

"Lupakanlah."

Nuh melepaskan helaan nafas perlahan. "Esok macam mana? Awak balik sendiri ke?"

"Habis tu? Awak sanggup ke tinggalkan Ann?" Sinis Hana bertanya.

"Hana..."

Diam. Wajah kelat. Tangan bersilang ke dada. "Saya ingat lagi Ann pernah beritahu, awak tumpangkan dia tidur rumah awak. Baguslah. Tumpangkan dia tidur kat rumah, temankan dia kat hospital. Lepas ni awak kahwinlah dengan dia. Takut takut dia mengandung ke apa kan?"

"Hana!" Nuh meninggikan suara.

Hana terdiam. Sangkut beg ke bahu, dia terus bangun dari kerusi.

"Hey..." Lengan Hana, Nuh pegang. Menahan gadis itu dari meneruskan langkah. Dia bangun, berdiri dekat dengan gadis itu.

"You being too sensitive. It's not going to happen. Kenapa nak fikir yang bukan bukan ni?"

Hana menarik lengannya, terlepas dari pegangan Nuh. "Hati saya sakit. Orang yang saya suka berikan perhatian pada perempuan lain."

Nuh terpegun.

"Tak apalah. Bertepuk sebelah tangan, memang macam ni kan? Saya pergi dululah." Macam macam yang terjadi, dia malas mahu menyorokkan perasaannya lagi.

Tiada apa yang nak diselindungkan. Nuh sememangnya sudah mengetahui perasaannya. Jadi untuk apa berdolak dalih. Lebih baik dia berterus terang.

Kalau Nuh juga punya perasaan yang sama sepertinya, lelaki itulah yang patut memulakan tindakan. Pertunangannya dengan Fakhrul pun bakal terputus bila bila masa saja.

"Arghh! Pergi! Pergi...!"

Tiba tiba jeritan nyaring kedengaran dari dalam bilik di depan mereka. Hana yang baru mula melangkah serta merta menoleh pada Nuh.

Teragak agak namun Nuh tetap membuka pintu di depannya dan terus masuk.

Hana mengetap bibir. Dia menghampiri pintu, ditolak perlahan. Tanpa masuk ke dalamnya, Hana hanya berdiri di muka pintu.

Lianna teresak esak menangis, memeluk erat tubuh Nuh yang berusaha menenangkan Lianna.

"Jangan tinggal aku, Noah. Jangan tinggal aku. Aku takut. Mereka datang lagi. Mereka akan datang lagi..."

Nuh mengeluh. Hana di muka pintu dipandang. Merah padam wajah gadis itu. Sekejap saja, pintu kembali tertutup, menghilangkan susuk tubuh itu dari pandangannya.







❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now