"Ann!" Nuh memanggil. Pintu rumah yang tidak berkunci ditolak kasar.

Mereka masuk. Mata terpaku melihat keadaan rumah yang agak berselerak.

"Nuh..." Hana memegang lengan baju Nuh. "Ada orang ke?" Dia hampir berbisik.

Ketika itu, sayup sayup kedengaran suara tangisan seseorang dari arah bilik air.

Nuh melangkah ke bilik air. Semakin lama semakin jelas suara tangisan itu. Cengkaman Hana pada lengan bajunya terasa semakin kemas.

Pintu bilik air ditolak. Bungkam. Nuh meluru masuk ke dalam bilik air. Pili air ditutup.

"Ann!" Dia memaut tubuh Lianna. Pakaian gadis itu sudah basah lencun.

"Argh, aku nak mati! Biar aku mati! Kenapa mereka tak bunuh aku! Aku nak mati!" Lianna menjerit.

Hana terpaku di depan pintu bilik air. Dia hanya memandang tubuh gadis itu yang sudah berada dalam pelukan Nuh.




🎸🎸🎸






Hana mendiamkan diri. Sesekali dia menjeling pada Nuh di sisinya. Kosong riak wajah lelaki itu, dia sendiri tidak mengerti apa yang ada dalam fikiran Nuh.

Mereka baru saja selesai membuat laporan polis. Sekarang, menanti Lianna yang masih berada dalam bilik rawatan.

"Siapa yang buat dia macam tu?" Hana bertanya perlahan.

Nuh tidak terus menjawab. Dibiarkan seketika soalan Hana. Keluhan dilepaskan. "Mungkin along yang bunuh ibu dia dulu."

Hana terdiam memandang Nuh.

"It's such a long story, Hana."

"Can I know?"

Nuh diam. Tidak memandang Hana yang terus menunduk. Mungkin dia tak patut masuk campur.

Seorang doktor menghampiri mereka setelah itu. Nuh bangun, diikuti dengan Hana.

"Saya dah buat pemeriksaan. Betul seperti dakwaan encik. Pesakit... dirogol."

Hana menekup mulutnya dengan tangan. Dadanya berdegup kencang.

"Buat masa sekarang, keadaan mental pesakit agak tak stabil. Kami akan terus buat pemantauan."

Nuh mendiamkan diri setelah doktor itu berlalu meninggalkan mereka.

"Nuh..."

"Apa kita nak buat sekarang?"

Hana tidak senang melihat Nuh yang agak susah hati. "Dia tak ada saudara mara yang lain?"

Nuh menggeleng. "Ayah dia yang berhutang dengan along. Tinggalkan rumah sampai mak dia terbunuh. Sekarang dia pula yang jadi mangsa."

Hana diam.

"Awak baliklah. Saya boleh uruskan Ann. Dah lewat ni. Esok awak nak balik Ipoh lagi."

Hana pandang Nuh. Serius lelaki itu mahu dia meninggalkan Nuh bersama Lianna?

"Awak tak suka saya temankan awak kat sini?"

I Like You | ✔Where stories live. Discover now