Hana terkaku. Dadanya berdegup kencang mendengar cerita dari Pn Zayana. Sebelum ini, Nuh tidak pernah memberitahu apa apa padanya.

"Dah la, Hana. Semua tu kisah lama. Mak cik dah berpisah dengan ayah Nuh." Pn Zayana menarik nafas panjang.

"Hana doakan mak cik dengan Nuh sentiasa bahagia lepas ni." Tangan Pn Zayana digenggam. Sungguh tabah wanita ini.

Pn Zayana tersenyum. "Amin." Tangan Hana ditepuk tepuk.

"Hana duduk kejap ya. Mak cik nak masuk solat maghrib. Tadi pun memang tengah tunggu maghrib. Nanti bila Nuh dah keluar, suruh dia ambilkan telekung untuk Hana dalam almari."

Hana mengangguk dan Pn Zayana terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Nafas dihela perlahan. Tidak disangka perkara itu yang disorokkan oleh Nuh mengenai ayahnya.

Nuh yang baru keluar dari bilik air yang berada di bahagian dapur dipandang. Nuh hanya berkain pelekat, t-shirt berlengan panjang yang disinsing sehingga ke paras bawah siku dan tuala yang tersangkut pada leher.

Nuh memegang tombol pintu biliknya sebelum memandang Hana. "Kenapa pandang macam tu?"

Hana menggeleng. Tiada senyuman di wajahnya. "Tak ada apa."

Mata Hana masih memandang Nuh. Dia perasan Nuh selalu memakai baju yang menutup lengannya. Mungkin Nuh mahu menutup parut kesan pukulan ayahnya.

"Ibu mana?" Nuh bertanya apabila melihat Hana berseorangan di ruang tamu.

"Masuk solat. Dia suruh awak ambilkan telekung untuk saya."

"Oh kejap ya. Saya solat dulu. Awak guna la bilik air dulu. Bilik air kat dapur. " Nuh terus masuk ke biliknya.

Perlahan lahan Hana menuju ke bilik air. Dia memandang sekeliling rumah itu. Walaupun kecil, namun keadaan di dalam rumah itu cukup kemas dan teratur.

Keluar dari bilik air, Hana kembali ke ruang tamu. Seketika di situ, Nuh keluar menuju ke sebuah almari di laluan sebelum masuk ke dapur. Sepasang telekung dicapai dan dihulurkan untuk Hana.

"Biasa ibu akan solat sunat dan baca al-Quran lepas maghrib. Awak solat dalam bilik saya ya?"

"Bilik awak?" Hana membulatkan mata.

"Maaflah, Hana. Rumah ni cuma ada dua bilik. Awak tak kisah kan solat dalam bilik saya. Awak kunci la pintu tu. Ya?"

Perlahan lahan Hana mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik Nuh. Pintu ditutup dan dikunci. Matanya meneroka ke seluruh bilik itu.

Kemas dan teratur. Itu saja yang bermain di fikirannya. Satu katil bujang berada di hujung bilik. Meja belajar dan sebuah almari pakaian di satu sudut. Hana juga melihat gitar Nuh di tepi pintu.

Ringkas saja bilik itu. Haruman lelaki itu memenuhi bilik. Senang, bau yang menyenangkan.

Tanpa membuang masa, telekung disarung. Sejadah dibentangkan.

"Aduh, lupa nak tanya arah kiblat." Hana keluar dari bilik. Kakinya dihala ke dapur apabila mendengar bunyi dari situ.

Nuh yang sedang membelakanginya dipandang. Lelaki itu sedang membasuh ayam di singki.

"Nuh." Hana memanggil.

Nuh menoleh dan matanya terus melekat pada Hana yang bertelekung.

"Nuh?"

"Hah? Em, ya. Apa? Dah solat ke?" Kelam kabut Nuh menjawab.

"Belum. Kiblat arah mana?"

"Kiblat? Sini." Nuh menunjuk dengan tangan. "Lurus saja."

"Okey." Hana tersengih sebelum berlalu dari situ.

Nuh pula masih mengintai langkah Hana. Kepalanya digelengkan. "Hana, Hana. Kenapalah lawa sangat?"

Terus dia menyambung kerjanya. Seketika kemudian, Hana masuk ke dapur.

"Nuh, nak saya tolong apa apa?"

"Tak payah. Duduk saja kat luar." Nuh langsung tidak memandangnya.

Hana mencebik. "Masak apa?"

Nuh tersenyum sebelum memandang Hana. "Tom yam campur, telur dadar, siakap 3 rasa, sambal belacan."

Hana membulatkan mata. "Sedapnya. Semua favourite saya." Hana kelihatan teruja.

"Memang la semua favorite awak. Dah awak tu suka makan." Nuh tergelak bersama kata katanya.

"Ishh, awak ni." Muncung ditarik.

"Alah, gurau saja. Bila lagi nak tengok muncung itik awak tu." Nuh berterusan mengusik.

Hana perlahan lahan mengetap bibir. Menjegil mata pada lelaki itu. "Nak tolong apa ni?"

"Tolong teman saya saja. Duduk jauh jauh sikit. Panas ni." Sempat Nuh berpesan.

"Betul betul la Nuh. Saya nak tolong apa ni?"

"Em, gorengkan telur dadar tu. Reti tak." Nuh menduga.

"Reti lah. Tengok kaki la." Hana menepuk kakinya membuatkan Nuh ketawa lagi.

"Amboi, meriahnya dapur. Masak apa Nuh?" Pn Zayana masuk ke dapur.

Sekali lagi Nuh mengulang menu mereka pada malam itu kepada ibunya. Hana hanya tergelak.

Kali ini, makin kecoh dapur dengan celoteh mereka bertiga apabila Pn Zayana turut bersama di dapur itu. Pn Zayana tidak turut memasak. Nuh hanya menyuruh ibunya menunggu di kerusi.

Selesai juadah makan malam mereka dihidangkan, terus saja masing masing menikmati hidangan itu. Hana agak terkejut dengan masakan Nuh yang betul betul menambat seleranya. Menambah juga dia makan sebelum Nuh menghantarnya pulang.

Nuh yang menghantarnya pulang tapi menggunakan kereta kesayangannya itulah. Nuh pula, menahan teksi setelah itu untuk pulang ke rumah.

Malam itu, Hana tidur dengan senyuman di bibir setelah beberapa malam sukar melelapkan mata disebabkan Fakhrul. Dia gembira meluangkan masa bersama Nuh dan ibunya. Apatah lagi, layanan Pn Zayana yang terlalu baik padanya, menghapus rindunya pada arwah mamanya.

Dia berharap akan ada lagi pertemuan dengan Nuh bersama keluarga kecil lelaki itu.









❄❄❄

I Like You | ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora