"Kita akan mula dengan gotong royong dulu. Lepas tu kami akan buat sedikit perkongsian ilmu untuk masyarakat kat sini. Akhir sekali, ada persembahan sikit dari pelajar kami." Kamal menerangkan.

Tok batin hanya mengangguk. "Kalau macam tu sarapan dulu la sebelum mula. Kami dah sediakan sarapan."

"Terima kasih tok. Buat susah saja."

"Tetamu datang, kena raikan."

Selesai menikmati sarapan, tok batin membawa mereka ke sebuah dewan serbaguna yang telah lama terbiar. Mereka akan membaiki bahagian yang rosak serta mengecat kembali dewan itu.

Hampir 5 jam membersihkan dewan, meraka diberikan rehat selama 2 jam. Selepas ini, mereka akan memulakan perkongsian ilmu pula.

Hana melangkah ke sebuah kawasan berdekatan dewan yang digunakan untuk mereka berehat. Di situ, dia melihat beberapa orang kanak kanak sedang berlari berkejaran. Hana tersenyum melihat kegembiraan mereka.

Perlahan lahan Hana mendekati membuatkan mereka menghentikan larian.

"Hai." Hana menegur.

Mereka sudah tersipu malu. Hana mengeluarkan pek biskut dari beg sandangnya sebelum dihulurkan kepada kanak kanak itu. Namun, mereka semakin menjauhi Hana.

"Eh, sini lah. Kakak ada biskut." Hana memujuk. Kanak kanak itu kelihatan segan.

"Mereka tak biasa dengan orang luar."

Hana menoleh. Nuh di situ, menyandang beg gitarnya.

"Kalau awak bagi biskut tu, mereka tak termakan pujuk." Nuh membalas renungan Hana.

"Habis tu, nak bagi apa?" Hana menjongket kening. Macam pandai sangat!

Nuh menjongket kening. Dia mengeluarkan gitar dari dalam beg. "Hei, sini. Tengok apa yang abang bawa." Nuh memanggil kanak kanak yang ada di situ.

Hana hampir ketawa namun dia terus terdiam apabila kanak kanak itu menunjukkan minat. Hana kembali memandang Nuh yang sudah mula memetik gitarnya. Lagilah kanak kanak di situ kelihatan teruja.

"Suka tak?" Nuh bertanya kepada mereka. Mereka mengangguk dengan sengih di bibir.

"Kalau suka, mari sini dekat abang. Abang mainkan muzik untuk adik adik." Nuh menggamit.

Hana terus tersenyum lebar apabila kanak kanak di situ merapati Nuh. Nuh duduk di atas batang pokok yang tumbang di antara mereka. Hana turut duduk namun sedikit jauh di belakang Nuh.

Bunyi petikan gitar dari Nuh kedengaran. Hana turut menghayati alunan dari gitar itu. Sebentar kemudian, dia mendengar Nuh menyanyikan lagu kanak kanak untuk mereka. Hana senyum lagi. Betapa dia menyukai sisi Nuh yang ini.

Sekejap saja, kepala digelengkan. Sedar diri, Hana! Jangan ikutkan perasaan!

Gelak tawa kanak kanak menarik kembali Hana untuk memandang ke arah mereka. Kanak kanak yang ada di situ sedang bermain main dengan gitar Nuh. Mereka hanya menyentuh nyentuh tali tansi pada gitar itu untuk menghasilkan bunyi.

"Hana?"

Hana menoleh ke arah Nuh yang sudah memandangnya. "Saya ingat awak dah pergi."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now