"Adik nak balik esok, merajuk macam ni dengan papa." En Hasnol bersuara ketika mereka sedang menikmati makan malam.

"Papa tu buat adik macam ni. Adik tak suka Fakhrul, pa..." Hana buat muka kesian, cuba menagih simpati papanya.

En Hasnol diam, meneruskan suapan.

"Papa..."

"Adik dah ada kawan lelaki ke?" En Hasnol bertanya tiba tiba.

Hana kelu. Ketika itu, dia teringatkan Nuh. Tapi, dia tidak mempunyai apa apa hubungan yang istimewa dengan lelaki itu.

Mungkin hanya dia... yang beria ia.

Hana menggeleng pada En Hasnol. "Tak ada..."

"Kalau macam tu, tak salah adik bagi Fakhrul peluang kan? Dia serius. Papa nampak yang dia betul betul sukakan adik." Lembut En Hasnol memujuk.

Hana diam. Menguis nasi di dalam pinggan.

"Nanti sampai sana, adik jumpa Fakhrul. Bincang dari hati ke hati. Ya?"

Hana tersenyum nipis. Kepala dianggukkan lambat.

Seperti kemahuan papanya, setelah kembali dari kampung, dia mengatur temu janji untuk berjumpa dengan Fakhrul.

Hari itu Fakhrul yang mengambilnya di rumah sewa. Dan seperti kebiasaannya, dia yang menunggu lelaki itu. Sampai sahaja, Fakhrul hanya tersengih, mengetahui kesalahannya.

"Again?" Hana bersilang tangan di dada.

"Sorry dear." Pintu kereta dibuka untuk Hana.

Hana mencebik, terus masuk ke dalam kereta. Fakhrul membawanya ke sebuah restoran.

"Disebabkan you lambat, I lewat makan hari ni. Dah la pagi tadi I makan biskut je." Hana menjeling jam di tangan yang sudah beranjak ke angka tiga.

"Sorry Hana. Sampai nanti you makan puas puas. My treat." Fakhrul sudah terkekeh ketawa.

"Yang ni la I nak dengar. Nanti la you, I makan sampai you pokai."

"Badan kecil macam ni banyak mana you boleh makan?" Fakhrul menyindir, melirik pada Hana di sisinya.

Hana menyilangkan tangan ke dada. "Selera I besar okey."

"Okey lah cik Hana."

Sampai saja di restoran, mereka segera memesan makanan. Fakhrul memulakan bicara.

"Umi dengan walid I cakap diorang dah bagi cincin merisik pada you."

"Em." Hana mengangguk.

"Jadi, maksudnya you terima la kan?"

Hana menjeling tajam pada Fakhrul. "Papa yang terima bukan I." Dia menegaskan, memberi isyarat bahawa pintu hatinya masih belum terbuka sepenuhnya untuk lelaki itu.

"Hana, I nak kahwin dengan you. Bukan papa you." Fakhrul berkata geram.

"Eh, kesitu pula. Takkan lah you nak kahwin dengan papa I pula."

"Habis tu? I perlukan persetujuan dari you juga. Tak best la kalau I saja yang beria nakkan you."

Hana menghela nafas perlahan. "Lambat lagi la."

"Dear, merisik dah, lepas ni nak masuk meminang, bertunang and kahwin. Apa yang lambat lagi? Kejap saja. Kalau you terus nak main tarik tali macam ni susahlah."

I Like You | ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon