"Bincang apa?"

"Adalah..."

"Papa bagitahu la..." Hana terus merengek. Sengaja mahu memancing belas kasihan papanya.

"Hmm..." En Hasnol mengalah. "Nak bincang hal kahwin adik dengan Fakhrul la."

Hana terdiam.

"Dik..."

"Tak nak lah pa."

"Balik dulu. Nanti kita bincang." En Hasnol sememangnya sudah dapat mengagak bantahan dari anak bongsunya itu.

Hana mengeluh. Talian akhirnya ditamatkan. Terus dia bersiap siap untuk ke kelas.

"Hana." Kedengaran suara memanggilnya di pertengahan jalan.

Hana menoleh. Kening dikerutkan melihat Nuh mendekatinya.

"What? Hana?" Hana bertanya dengan membulatkan matanya.

"Yes, Hana. Why? Tak boleh?" Nuh menjawab selamba.

"Tak boleh. Kita kat kolej. Semua orang panggil saya cik Hana, dah kenapa awak nak panggil saya Hana pula?" Keras suaranya namun masih perlahan.

"Em, entahlah. Kenapa ya? Sebab saya special kut?" Nuh angkat kening beberapa kali.

"Jangan perasan. Awak tu sama saja dengan student saya yang lain." Hana berpaling pergi dan Nuh terus mengekorinya dari belakang.

Masuk ke dalam bengkel, semua pelajar di bawah seliaannya sudah berada di situ termasuklah Nuh yang baru saja melangkah masuk.

"Saya nak ingatkan awak semua. Awak ada masa lebih kurang sebulan saja lagi untuk siapkan semua projek termasuk tesis. Jadi, saya nak tengok progress awak setakat ni. Bentangkan hasil kerja awak depan kawan kawan. Paling tak, awak boleh bersedia untuk final presentation nanti."

Pelajarnya mula bising berbisik sesama sendiri. Kalut dengan permintaan tiba tiba dari Hana.

"Ada sesiapa nak volunteer?" Hana ambil tempat di sisi kelas. Tempat paling depan.

Nasib baik ada juga yang berani menjadi pembentang yang pertama. Seorang demi seorang akhirnya hanya Nuh yang belum tampil ke depan.

"Nuh Ziyad..." Hana memanggil nama penuh lelaki itu.

Nuh mengangkat muka memandang Hana. Perlahan lahan dia bangun. Berbekalkan sehelai kertas di tangan, dia keluar ke depan. Draf projeknya semua terlakar ringkas pada kertas itu.

Hana menjongket kening memandangnya. Tangan bersilang ke dada, seolah olah sedang mencabarnya.

"Apa yang aku buat..."

"Use formal language, Nuh. Awak bukan bentangkan pada kawan kawan awak saja. Your lecturer is here." Hana menegur belum sempat pun Nuh habiskan ayat pertama.

Nuh menunduk seketika. Di hujung bibir terukir senyuman sinis. Hana direnungnya.

"All of my friends are here, including you, Hana." Perlahan saja Hana berbicara pada Hana. Dia tidak pasti sama ada rakan rakan yang lain sempat menangkap bicaranya itu atau tidak.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now