Berkerut dahi gadis itu memandangnya.

"Kenapa? Kalau saya bukan lecturer awak, apa awak nak buat? Awak nak pukul saya? Awak takkan hormatkan saya? Macam tu? Do as you wish Nuh Ziyad. Saya dah tak peduli."

Hana menyeluk ke dalam beg tangan mencari kunci kereta. Nuh menarik nafas kasar, cuba menenangkan diri.

Sebaik saja Hana mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg tangan, Nuh terus merampasnya. Hana tercengang. Terjegil matanya memandang Nuh.

"Apa lagi Nuh? Saya dah penat. Saya nak balik. Bagi kunci kereta saya." Masih keras suara Hana meminta.

"Saya bawa cik pergi makan dulu." Nuh berkata lembut. Memujuk. Hana kelihatan marah benar padanya.

"Awak masih nak makan dalam keadaan macam ni?" Makin berapi api hatinya dengan tingkah selamba Nuh.

Susah sangat ke mahu faham. Dia hanya mahu pulang. Sekurang kurangnya hanya itu yang dirasakan dapat meredakan kemarahannya ketika ini.

"Hari tu, nurse cakap cik ada gastrik. Masuk sekarang. Saya drive. Kita pergi makan." Pintu kereta, Nuh buka.

"No! Saya tak nak."

"Jangan degil boleh tak?"

"Awak yang degil. Saya cakap saya tak nak, tak nak lah."

"This kiddo..." Nuh merungut, menjeling geram pada Hana.

"Apa?" Hana mencerlung memandang Nuh. Tanpa berkata apa apa, Nuh masuk ke tempat pemandu.

"Suit yourself. Saya nak pergi makan. Tak nak ikut sudah." Nuh berkata selamba. Enjin kereta dihidupkan tanpa menutup pintu kereta.

"Hey, this is my car!"

"Siapa cakap ni kereta saya?"

"Kalau awak tahu bukan kereta awak, keluar sekarang!" Hana sudah menjerit.

"Bising." Sepatah Nuh berkata, pintu kereta terus ditutup.

Hana membuntangkan mata. Keluhan kecil dilepaskan. Dahinya dipegang kasar. Berkira kira seketika, Hana masuk ke tempat duduk belakang.

"Kenapa duduk belakang?" Nuh menegur, tidak berpuas hati. Hana dipandangnya.

"Suka hati sayalah. Kereta saya."

Nuh mengangkat kening dengan senyuman di hujung bibir. Kereta diundur keluar dari parking lot menuju ke sebuah restoran.

Hana langsung tidak bercakap. Nuh menjeling melalui cermin pandang belakang. Mencuka wajah Hana memandang ke luar jendela.

Sampai sahaja, Nuh terus keluar dari kereta. Hana hanya membatukan diri di dalam kereta.

Pintu kereta, Nuh bukakan untuk Hana. "Keluarlah. Dah sampai ni."

Senyap. Wajah kelat.

"Keluar, cik Hana. Ke cik nak saya dukungkan? Bukan saya tak pernah dukung cik..."

Hana menoleh. Tajam. "Kenapa awak cari pasal dengan saya!?"

"Sorry, okey? Jomlah, makan dulu." Nuh memujuk. Hana tetap berkeras di dalam kereta. Apabila dia mengacah, cuba mencapai tangan itu, barulah lekas lekas Hana keluar dari kereta.

"Mana kunci?"

"Saya pegang dulu."

"Tak payah lah. Bagi balik."

Tanpa mempedulikan Hana, Nuh menutup pintu kereta dan menguncinya. Dia melangkah ke pintu masuk restoran.

"Hey, Nuh!" Hana mengejar langkah Nuh apabila lelaki itu sedikit pun tidak mengendahkannya.

Setelah mengambil tempat di sebuah meja, seorang pelayan datang menghulurkan menu.

"Nak makan apa?" Nuh bertanya pada Hana yang duduk di depannya.

Gadis itu langsung tidak menyentuh buku menu di hadapannya. Pandangan dihala ke luar restoran.

"Cik Hana..."

"Saya cakap saya tak nak makan."

"Jangan degil boleh tak?" Nuh mengeraskan suaranya. Perlahan saja, tidak mahu didengari oleh pelayan restoran yang masih tercegat di sisi meja.

Hana mendiamkan diri. Dia langsung tidak memandang Nuh.

"Kejap lagi kami order ya." Nuh berkata membuatkan pelayan itu berlalu dari situ.

Tumpuannya kembali pada Hana. "Susah sangat ke nak suruh makan?"

"Kan saya cakap saya tak nak." Membentak, Nuh dipandangnya.

"Cik tu belum makan. Ni dah pukul 6 petang. Tolonglah jangan degil. Kalau marahkan saya sekalipun, jangan sampai sakit. Kalau lapar, makan dulu. Then, kalau masih nak marahkan saja juga, silakan."

Hana merengus. Buku meni di depannya dibelek dengan kasar. Setelah memberitahu pilihannya pada Nuh, terus saja Nuh memanggil pelayan di situ untuk membuat pesanan.

Wajah Hana yang kelat dipandang.

"Saya minta maaf. Jangan marah lagi."

Diam.

"Saya minta maaf."

Diam.

"Saya minta maaf."

Hana memandangnya sebelum mengeluh kecil.

"Tak payah minta maaf. Saya yang salah." Hana berkata dingin, terus melarikan pandangannya.

"Hana..."

Terus Hana memandang Nuh. "Suka hati awak je kan. Boleh tak jangan melampau sangat. Saya pensyarah awak."

"Tadi awak cakap, do as I wish. Awak dah tak peduli. Sekarang, I do as I wish. I'll call you by your name from now on."

"Nuh!" Bergetar suara Hana menjerit.

"Yes, Hana."

Hana mengetap bibir kasar.

"Awak buat ni sebab awak dah tahu saya lebih muda dari awak kan? Sebab tu awak dah tak hormat saya walaupun saya ni pensyarah awak."

"Bila saya panggil nama, tak semestinya saya tak hormatkan awak. Di kolej, ya. Awak pensyarah. Tapi kat luar tak. Awak bukan pensyarah saya."

"Siapa cakap saya bukan pensyarah awak kat luar kolej? You're still my student."

"Saya yang cakap. Saya yang tetapkan. Dan awak, Hana Nadeera perlu ikut apa yang dah saya tetapkan."

"Gila!" Geram sangat, terluah padanya perkataan itu. Difikir Nuh akan tersentak namun lelaki itu hanya tergelak kecil.

Sebaik hidangan tiba, mereka diam menikmatinya. Selesai menjamu selera, Nuh membuat pembayaran sebelum melangkah ke arah kereta.

"Bagi kunci saya." Hana meminta.

"Saya hantar awak balik."

"Tak nak lah, Nuh. Saya nak balik sendiri"

Nuh tersenyum dan terus masuk ke tempat pemandu. Hana mengeluh.

Seperti tadi, Hana masuk ke tempat duduk belakang. Dia menyilangkan tangan ke dada, membalas tajam renungan Nuh melalui cermin pandang belakang.

Sedang memandu, Hana terdengar Nuh menyanyi kecil. Mula mula perlahan dan makin lama makin kuat pula.

"Diamlah, Nuh." Hana memberi amaran.

Tergelak sedikit, Nuh meneruskan nyanyian.

Dinda jangan marah marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan

Hana menjeling pada Nuh dan apabila Nuh menoleh memandangnya, terus saja dilarikan wajahnya.





❄❄❄

I Like You | ✔Där berättelser lever. Upptäck nu