"Jangan mengarut la, Fakhrul." Hana memarahi sebelum terdengar Fakhrul tergelak.

"Hana, marah I pun jangan sampai berkerut sangat muka tu."

"Hah?" Hana terkeliru dan sejenak barulah dia melihat Fakhrul yang melambai ke arahnya.

Telefon dimatikan. Fakhrul dihampiri. "Nak apa?"

"Lunch jom."

"Tak nak. I dah makan."

"Jangan nak kelentong. Tadi you cakap ada kelas. Bila masa you makan?" Fakhrul angkat kening.

"I dah makan sebelum kelas la. Sibuk je. Pergi balik lah."

"Cik..." Nuh memotong pertelingkahan mereka. Hana berpaling. Baru teringat tentang Nuh.

"Eh, lupa. Maaf Nuh. Boleh tak awak letak atas meja saya. Lepas tu tolong ambil fail merah. Ada dekat rak kecil tepi meja."

"Okey."

Nuh menghilang ke dalam pejabat. Kemudian kembali dengan fail merah seperti yang diberitahu Hana.

"Sorry Fakhrul, student I dah buat appointment untuk jumpa. Ni..." Hana mengangkat fail yang diberi oleh Nuh. "I ada kerja. Lain kali nak jumpa I buat appointment ya. Jangan main sergah saja."

"Hana..." Fakhrul merungut.

"Balik lah. I kerja ni. Jom Nuh." Hana terus meninggalkan Fakhrul yang sudah kelat wajahnya.

Nuh hanya mengekori tanpa kata. Sempat juga berpandangan dengan lelaki yang bernama Fakhrul itu.

"Cik..."

Hana berpaling ke arah Nuh. Mereka masih meneruskan langkah.

"Cik gunakan saya untuk lari dari lelaki tu ke?" Nuh mengejek.

Hana hanya diam. Nuh dijeling. "Saya tak boleh buat macam tu ke? Saya tak boleh minta tolong dari pelajar saya dalam situasi macam tu?"

Nuh berdehem kecil. Sinis pula Hana bertanya. "Siapa tu cik?"

"Tak payah sibuk lah." Senada saja suara Hana.

"Cik..." Mendayu Nuh memanggil.

Hana sekali lagi mengerling pada Nuh.

"Jom, ke taman belakang."

"Saya nak pergi makan la."

"Tadi cik kata dah makan." Nuh menyekat langkah Hana apabila melihat gadis itu makin memperlahankan langkah.

"Saya tipu dia. Yang awak percaya tu kenapa? Saya bukan tipu awak." Tangan memeluk fail di tangan.

"Kenapa cik tipu?"

"Saya tak nak jumpa dia."

"Siapa dia tu?"

Hana menghela nafas perlahan. "Jangan sibuk, Nuh. Dia tu hal peribadi saya. Macam awak yang ada hal peribadi awak, samalah macam saya. Awak tak perlu tahu."

Nuh terdiam. Bibirnya diketap lembut.

"Dah la. Malas nak layan awak ni. Saya nak ke kafe." Hana kembali melangkah.

"Cik."

"Apa lagi?" Langkah terhenti lagi.

"Mari la kejap. Taman belakang." Nuh terus berlalu dari situ tanpa mahu mendengar pernolakan dari Hana.

Nak tak nak, Hana turut mengorak langkah ke taman.

Nuh sudah duduk di bangku ketika Hana masuk ke taman itu.

I Like You | ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon