Mengeluh kecil. "Saya tunggu cik semalam. Saya ingat cik datang. Banyak benda tertangguh, saya tak tahu buat sendiri."

"Hujung minggu memang saya tak datang, Nuh. Saya boleh pantau awak kalau hari biasa. Petang pun boleh but not in weekend." Hana akhirnya berterus terang.

Bersalah pula melihat wajah Nuh yang bersungguh sungguh.

"Awak boleh datang siapkan kerja hujung minggu. Hari isnin tu saya akan tengok. Okey?" Hana membuat kata putus namun wajah Nuh masih tidak berpuas hati.

"Kalau ada yang tak kena, saya kena buat semula? Membazir masa saya lah cik. Kalau cik ada, cik boleh terus betulkan yang mana silap." Nuh berterusan merungut.

Hana menggeleng. "Dan kenapa saya perlu beri keistimewaan tu pada awak? Kawan kawan awak yang lain pun perlukan bantuan saya juga."

"Cik cakap saya dah ketinggalan jauh."

Hana terdiam. Kemudian mengeluh. "Awak yang kena bantu diri awak sendiri, Nuh. Takkan nak harapkan saya?"

"Cik tak sudi tolong saya?"

Hana hela nafas. Nuh dipandang tanpa kata.

"Please... saya tak boleh buat sendiri. Saya betul betul tak ada masa." Nuh bersuara lagi bagaikan merayu.

"Fine." Sepatah kata itu membuatkan wajah Nuh berubah ceria.

"I'll make some time." Hana berpaling dari Nuh.

"Cik!" Nuh memanggil apabila Hana sudah membelakanginya.

"Apa lagi?"

"Terima kasih."

Hana mengangguk. Tersenyum nipis.






🎸🎸🎸







Hana berjalan ke taman di belakang bangunan kolej. Nuh katakan mahu menyiapkan kerjanya di situ.

Masuk saja ke taman, telinganya dapat mendengar bunyi petikan gitar dari situ. Nuh sedang leka dengan gitar. Kaki selamba diletakkan di atas meja.

"Amboi, kaki tu. Turunkan." Hana menegur mengejutkan Nuh.

Kakinya terus dijatuhkan. Gitar diletakkan di tepi. Hana sudah duduk berhadapan dengan Nuh.

"Mana kerja awak?"

Nuh tersengih. Barulah kalut kalut membuka komputer ribanya. Hana menggeleng.

Wajah Nuh dipandang. Elok pula dia tengok dengan rambut yang berikat bagai. Sebelum ni asyik dilepaskan saja sehingga ke paras bahu.

"Ikat macam ni kan kemas rambut tu. Ni tak, dah macam perempuan saya tengok." Hana bersuara.

Nuh angkat muka. Rambutnya disentuh sekilas. "Apa yang macam perempuannya, cik. Berjanggut ni macam perempuan ke?"

Hana terlepas gelak. Nuh hanya jongket kening. Macam tu pun terhibur ke?

"Ni, yang saya dah siapkan." Nuh tolak komputer ribanya.

"Apa ni? Salah ni, Nuh." Hana mengomel setelah lama meneliti hasil kerja Nuh.

"Apa yang salah?" Nuh bangun dari bangku. Dia berdiri di sisi kerusi Hana. Tubuh menunduk sedikit ke arah skrin komputer.

"Tengok ni. Tally ke tak dengan data awak? Tengok draf pun dah tahu tak tally. Ni dari mana datang ni?"

Nuh mengeluh. "Susah lah."

Hana menoleh. Gigi diketap geram. Dan dan pula Nuh turut menoleh padanya.

Namun hanya sejenak, Nuh segera menjauh. Wajah Hana terlalu dekat dengannya. Dia hanya mengerling sekilas pada Hana yang jelas memerah wajahnya.

"Sini saya tunjukkan." Hana ketap kuat bibirnya. Kertas dan pen dicapai.

Nuh kembali fokus. Dia mula mendengar setiap penerangan yang Hana berikan.

"Faham tak ni."

"Ya faham."

"Cuba buat semula."

Nuh tarik komputer ribanya. Senyap menyelesaikan kerjanya namun sesekali dia bertanya kepada Hana.

"Saya rasa setakat ni awak dah boleh buat sendiri." Hana berkata setelah hampir ke sejam setengah mereka di situ.

Nuh angguk. "Cik dah nak balik?"

"Em, dah lewat ni." Tali beg disangkut ke bahu.

Nuh kerling jam di pergelangan tangan. "Saya pun dah nak kena pergi. Malam ni saya cuba siapkan, esok saya jumpa cik ya?"

"Okey."

Hana menanti Nuh yang sedang mengemaskan barang barangnya.

"Thanks sebab luangkan masa cik, datang sini ajar saya." Nuh berkata tanpa memandang Hana.

Hana mencebik. Tidak membalas kata kata Nuh. Matanya memandang gitar yang Nuh masukkan ke dalam beg gitar.

"Awak nak ke mana lepas ni?"

Nuh menjeling. "Adalah..."

"Tu pun nak berahsia." Hana mencebik lagi. Dia ikut bangun apabila Nuh bangun dan melangkah keluar dari taman itu.

"Kereta cik kat mana?"

"Tempat biasa la. Kenapa?"

"Saya hantarkan. Sunyi ni, dah tak ada student."

Hana hanya mengekori Nuh dari belakang.

"Nuh..." Hana memanggil.

"Em?" Nuh menyahut tanpa menghentikan langkahnya.

"Mak dengan ayah awak ada lagi?"

Nuh mendiamkan diri seketika. Langkah kaki masih dihala perlahan ke parkir.

"Ada." Sepatah Nuh menjawab.

"Sihat?"

Nuh menghentikan langkah. Hampir hampir saja Hana terlanggar bahu Nuh. Apabila Nuh berpaling menghadapnya, Hana mengundur ke belakang.

"Saya tak suka bercakap pasal keluarga saya."

Hana terdiam. Dia mengalihkan wajah ke arah lain. "Okey. Sorry."

Hana meneruskan langkah. Kali ini Nuh menyaingi langkahnya.

"Kenapa tiba tiba cik tanya pasal family saya?"

"Em... saja."

"Saja?"

"Saja nak tahu. Tak boleh?" Hana menjeling pada Nuh di sisi.

"Tak payah la cik tahu. Saya rasa tu lagi baik." Perlahan Nuh membalas.

Hana bungkam. Pelbagai rasa bergayut di hati. "Kereta saya kat sini. Thanks temankan saya."

Dia tidak memandang Nuh. Kunci kereta dibuka.

Nuh masih berada di situ. "Saya minta maaf kalau cik rasa tak senang dengan saya. Percayalah, saya hargai sangat pertolongan cik."

Hana menoleh. Cuba tersenyum. "Tak apa Nuh. Saya faham. Saya okey lah. Jangan risau."

Nuh tersenyum lega. "Em, saya busking lepas ni." Tiba tiba dia berkata apabila Hana sudah membuka pintu kereta.

Hana jongket kening. "Oh ya? Kat mana? Kalau tahu awak busking, saya dah minta awak belanja lagu untuk saya tadi."

Nuh tersengih. "Kalau cik ada masa datanglah. Saya nyanyikan untuk cik."

"Betul?" Bulat mata Hana bertanya.

"Datang lah kalau nak tahu."

"Ni mesti nak kenakan saya."

Nuh tergelak menerima cebikan dari Hana. "Tak lah. Takkan saya nk buat macam tu."

Kecilkan mata, Hana masuk ke dalam kereta. Nuh masih dipandang. "Okey, saya cari awak kat sana."

"Saya tunggu cik." Pintu kereta, Nuh tutupkan untuk Hana. Tersenyum nipis, dia berlalu dari situ.





❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now