"Sini tempat saya. Saya tak suka sesiapa terutamanya perempuan duduk sini masa saya ada. So, can you please help yourself?" Nuh mengerling ke luar taman itu, mengarahkan Hana untuk meninggalkannya di situ.

Hana tegak di bangku. "Mulai hari ni, saya claim taman ni sebagai tempat saya. Awak nak buat apa?"

Nuh mengetap rahang. Cari pasal betul pensyarah ni. Nuh bangun, begnya diangkat dan masih merenung tajam wajah Hana, dia melangkah untuk pergi.

"Nanti!" Hana menghalang. "Saya nak cakap dengan awak sekejap."

Nuh mengeluh. Bosan dengan tingkah Hana. "Apa?"

Hana tersenyum. Nuh masih boleh mendengar katanya walau dalam memberontak.

"Duduk la dulu."

Nafas dihela perlahan, Nuh kembali duduk. "Hmm, apa?"

"Pasal semalam."

Nuh pandang Hana. "Kenapa dengan semalam?"

"Asri dah janji dengan saya, dia takkan cari gaduh dengan awak lagi."

Nuh hanya tergelak kecil. Menggeleng dalam senyum sinis.

"Nuh, belajar kawal kemarahan awak tu. Jangan cepat marah dan cepat sangat naik tangan."

Nuh mendiamkan diri.

"Okey. Saya akan cuba faham awak. Tapi boleh kan awak cuba faham kawan kawan awak juga? Awak tak tahu apa yang jadi pada dia sampai dia sanggup cakap macam tu pada awak."

Menunduk. Nuh hanya mendengar. Kali ini, riak wajah Nuh hanya bersahaja. Tidak menunjukkan wajah bosan atau tidak senang dengan kata katanya.

"Boleh janji dengan saya? Awak takkan bergaduh macam tu lagi?" Hana mengangkat kening.

"Okey."

"Okey apa?"

Nuh angkat wajah. "Okey. Saya takkan bergaduh dalam kelas cik lagi."

"And outside too." Hana mencerlung ke arah Nuh.

"Nope. Saya kena 'bergaduh' untuk survive." Nuh berkata penuh makna.

Hana terdiam seketika. "Apa maksud awak?"

"Cik, tak semua pasal saya cik perlu tahu dan tak semua benda cik boleh suruh saya buat. Saya hanya buat bila saya nak saja."

"Okey, fine." Hana mengalah.

Tanpa sedar, Nuh tersenyum kemenangan. Raut wajah Hana diteliti.

Manis. Makin dipandang makin manis.

"You look younger than me." Nuh tiba tiba memberi komen.

Hana terkedip kedip memandang Nuh. Terpaku. "Oh, ya?"

Nuh hanya tersenyum. Masih memandangnya.

Hana menelan liur. Seram! Rasa meremang bulu romanya.

"Berapa umur awak?" Aduh! Rasa nak hempuk kepala sendiri. Dah kenapa suaranya bergetar.

"26." Nuh mendekatkan tubuh pada meja. Tangan disilang ke dada.

"Oh, awak lagi muda dari saya. 2 tahun lagi muda." Menipu! Sengaja dia menipu. Nak cakap dia lagi muda dari Nuh, mahunya lelaki itu membulinya pula.

"Tu la, Nuh. Lain kali banyakkan senyum. Ni tak, muka ketat saja. Senyum. Barulah nampak muda selalu. Ni tips untuk awet muda tau. Amalkan kalau nak nampak muda."

Hana bangun dan terus mengorak langkah.

"Oh, ya." Hana berpaling ke arah Nuh.

"Esok datang jumpa saya. Saya akan buatkan jadual untuk awak."

Nuh berkerut kening. "Jadual apa?"

"Jadual projek awak. Awak ni kalau dibiarkan, sampai ke sudah tak siap awak punya projek tu. Cubalah contohi kawan kawan yang lain. Ada usaha untuk buat sendiri."

Nuh membuat muka apabila Hana mula berleter.

"Untung saya nak bantu. Tu pun masih merungut." Hana mengomel perlahan dan tanpa menunggu balasan Nuh, Hana pergi dari situ.





🎸🎸🎸






Nuh meneliti jadual yang Hana berikan. Berkali kali sehingga wajahnya berkerut kerut.

Hana dipandang. "Saya tak free petang." Kertas kembali diletakkan di atas meja kerja Hana.

"Saya tak minta persetujuan awak dan saya tak nak dengar alasan awak. Awak kena datang dan buat kerja awak. Sampai bila nak bertangguh. Banyak kerja lagi nak kena buat, Nuh."

"Saya cakap saya tak free." Nuh menegaskan.

"Apa awak buat petang petang? Tidur? Rehat? Riadah?" Hana bertanya.

"Pastikan awak datang." Hana memutuskan apabila Nuh hanya berdiam diri. Dia menarik fail di hadapannya sebelum dibukanya.

"Saya kerja."

Hana terus memandang Nuh. "Awak kerja apa?"

"Saya kerja kat bengkel. Mekanik."

Hana terdiam. Patutlah Nuh sangat cekap menukar tayar keretanya tempoh hari.

"Dah berapa lama awak kerja?"

Pada mulanya Nuh hanya mendiamkan diri. Namun, apabila Hana menunggu jawapannya, dia membuka mulut.

"Dah lama. Lepas habis sekolah." Nuh memberitahu ringkas.

Hana menunduk seketika. "Habis tu, bila awak free?" Dia kembali bertanya.

"Perlu ke cik?"

Hana mencerlung memandang Nuh. "Perlu lah. Awak rasa sempat ke awak nak siapkan kerja awak dalam waktu kelas? Awak dah jauh ketinggalan. Awak sedar ke tak, Nuh Ziyad?"

Nuh mengeluh. "Saya sentiasa sibuk. Tak ada masa."

"Awak ingat saya tak busy. Saya nak tolong awak ni pun banyak pula alasan awak. Ni soal masa depan awak juga. Awak nak mengulang ke? Tak boleh ke berkorban sikit? Tahun akhir dah ni..."

Nuh mendiamkan diri.

"Suka hati awak lah. Dah, keluar." Hana sudah menghalau. Bengang juga. Dia saja yang beria, pelajarnya hanya ambil lewa.

"Cik..." Tidak sempat Nuh berkata apa apa, seorang pensyarah memanggil Hana.

Terus sahaja Hana bangun meninggalkannya.

Kembali sahaja ke meja, Nuh sudah tidak kelihatan. Hana mengeluh juga. Jam di tangan ditilik. Hampir ke waktu makan tengahari.

Beg tangan diambil sebelum dia keluar dari pejabat. Tempat parkir kereta dituju.

Hana mengerutkan kening. Dari jauh dia melihat susuk Nuh sedang bersandar pada keretanya. Perlahan lahan Hana mendekati.

"Nak apa, Nuh." Hana menegur.

Nuh mengangkat muka. "Weekend. Saya free." Sepatah sepatah Nuh memberitahu.

Hana berusaha menyorokkan senyumannya.

"Awak buat sajalah sendiri. Lagipun tu kerja awak. Awak siap atau tak, lulus atau tak, gaji saya masih berjalan. Saya tak rugi apa apa. Awak yang rugi." Pintu kereta dibuka, Hana masuk ke dalam kereta.

Baru saja dia ingin menutup pintu, Nuh menahan.

"Okey, saya minta maaf. Saya silap. Saya perlukan bantuan cik." Wajah Nuh jelas serba salah.

"Kalau macam tu, tunjukkan usaha yang awak betul betul perlukan bantuan saya."

"Hah?" Nuh terpinga pinga.

"Saya tak terima student macam tu saja. I'm quite demanding. So, shows your efforts that you really deserve my help."

"Cik..."

Hana buat muka mengejek. Pintu kereta ditarik dan ditutup kuat. Puas hatinya dapat mengenakan Nuh.

Kereta diundur keluar dari lot parkir. Wajah Nuh yang sudah cemberut dijeling sekilas sebelum dia memecut laju meninggalkan lelaki itu.






❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now