Nuh hanya memandang sekilas ke arah gelanggang. Sebaik saja ternampak kelibat Wan, dia terus mendekati lelaki itu.

"Nuh, awal sampai." Wan menegur. Di tangannya beberapa keping kertas dipegang.

"Hmm."

"Apa hal? Kau okey ke tak ni."

"Okey." Tanpa riak dia berkata. "Siapa lawan aku?" Nuh mula memandang Wan.

"Jep."

Nuh mengeluh. "Tak ada dengan orang lain ke?"

"Tak ada. Kau pun tahu kan diorang ni mana nak kalau lawan dengan Jep. Kau jangan risau la. Aku tahu kau boleh." Wan menepuk nepuk bahu Nuh.

Nuh hanya mengerling. Dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah bilik yang disediakan untuk peserta. Beberapa minit kemudian, Wan masuk mendekati.

"Nuh, turn kau lepas ni. Ready!" Wan mengingatkan.

Nuh mengangkat ibu jarinya kepada Wan. Beg dibuka, mengeluarkan  bandage. Tangannya dibalut dengan bandage. Nuh mula memanaskan badan sehingga namanya dilaung untuk memasuki gelanggang.

Noah!

Sorakan orang ramai memenuhi sekitar gelanggang. Namanya dan Jep dilaung membingitkan suasana di situ.

Nafas dihela perlahan. Langkah diatur masuk ke gelanggang. Jep sudah berada di tengah gelanggang menantinya.

Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel, Jep mula menyerang. Tumbukan dilepaskan berkali kali ke wajah dan perutnya. Nuh tersentak. Dia langsung tidak mendapat peluang penyerang Jep. Lelaki itu terus menendangnya sehingga jatuh tersungkur.

Jep naik ke atas badannya. Bertubi tubi pukulan dilepaskan ke wajahnya. Pengadil akhirnya menahan Jep daripada meneruskan pukulan.

"Noah! Noah! Noah!" Sorakan di sekelilingnya membuatkan dia menarik nafas kasar, cuba mengembalikan aturan nafasnya.

Wajah ibunya bermain di mata. Perlahan lahan dia bangun. Langkah diperkemaskan. Apabila Jep kembali menyerang, langkah Jep dipatahkan. Mereka mula bergelut dan bertumbuk hampir 10 minit.

Bump!

Tubuh Jep jatuh ke tengah gelanggang. Nafas Nuh tercungap cungap menahan lelah.

"And the winner is Noah!" Namanya dilaung serentak dengan sorakan orang ramai.

Terus Nuh keluar dari gelanggang menuju kembali ke bilik peserta. Wan mendekatinya menyerahkan sampul surat berisi wang.

"Aku dah cakap, mesti kau menang punya la."

"Menang tu menang tapi kau tengok lah." Nuh menunjukkan ke arah wajahnya yang lebam dan luka.

Wan hanya tersengih.

"Wan, nanti aturkan game untuk aku dalam 2-3 game lagi ya." Sampul surat yang diberikan oleh Wan dibuka. Beberapa keping not RM50 dikeluarkan dari situ.

"Ni untuk yuran malam ni dengan satu game lagi. Nanti untuk game seterusnya aku bayar kemudian."

Wan mencapai wang yang berikan. Wajah Nuh merenung. "Kau perlukan duit ke?"

"Macam biasa lah." Nuh bangun. Beg disangkut ke bahu.

"Nanti apa apa roger aku." Bahu Wan ditepuk sebelum dia melangkah keluar dari situ.

Matanya tertumpu ke tengah gelanggang. Pertandingan masih diteruskan di situ.

Jam di pergelangan tangan dipandang. Masih awal. Akhirnya, Nuh mengambil tempat di kerusi penonton paling hujung. Jauh dari penonton yang lain.

Kala itu seorang gadis menghampirinya. Tempat kosong si sebelah Nuh diduduki.

"Hey..."

Nuh kalih pandang. Kening diangkat pada gadis di sebelahnya itu.

"Luka kau nampak teruk." Serentak itu, beberapa keping plaster dihulurkan pada Nuh.

Lambat lambat Nuh mengambilnya dari tangan gadis itu. "Thanks."

"Aku Lianna. Boleh panggil aku Ann."

Nuh hanya mengangguk. Mata kembali ke tengah gelanggang. Fokusnya mula terganggu dengan kehadiran gadis yang bernama Lianna ini.

"Aku selalu nampak kau kat sini."

Nuh menoleh pada Lianna. "Kau datang tengok orang bertumbuk?" Gadis itu dipandang sekilas. Atas bawah.

Jeans, siap koyak di lutut lagi, jaket kulit membalut tubuh dan rambut lurus separas dada diikat kemas.

"Kenapa? Aku tak boleh tengok orang bertumbuk ke?" Soal Lianna selamba. Duduk dibetulkan menghadap Nuh.

Nuh tersenyum nipis. "Orang perempuan, malam malam macam ni, baik duduk rumah." Dia terus bangun namun masih memandang Lianna.

"Anyway, tu hak kau. See you."

Lianna mencebik dalam senyuman. Matanya mengekori langkah Nuh yang berlalu pergi dari situ.






🎸🎸🎸





Pintu rumah yang tidak berkunci ditolak perlahan. Ruang yang gelap gelita menjadi terang benderang setelah suis lampu ditekan.

Nuh menjongket kening. Keluhan dilepaskan.

Keadaan rumah berselerak. Ayahnya yang sedang tidur di sofa dipandang meluat. Terus sahaja kaki dihala ke dalam biliknya.

"Woi, kenapa kau buka lampu." Norman menjerit kasar dengan suara tersekat sekat.

"Bangunlah ayah. Bersihkan diri tu dulu. Masuk tidur dalam bilik." Dingin Nuh menjawab.

"Kau jangan nak mengajar aku!" Norman bangun dengan keadaan terhuyung hayang ke arah Nuh.

"Kau tu sama macam mak kau. Bodoh! Tak guna!" Norman meracau racau dengan menepuk bahu Nuh.

Nuh merengus. Tangan ayahnya ditolak kasar. Tidak mempedulikan si ayah yany masih meracau, dia berpaling dan terus masuk ke dalam bilik.

Pintu dikunci. Beg dilemparkan ke atas katil. Tubuh turut dilambung di situ.

Mukanya yang sudah kelihatan lebam disentuh lembut. Wajahnya berkerut kerut menahan pedih.

"Nuh, Nuh!" Dari luar kedengaran suara Norman menjerit dengan mengetuk ngetuk pintu biliknya.

"Nuh, bagi aku duit! Bagi aku duit! Woi, buka pintu ni."

Nuh bangun dari katil menuju ke bilik air. Jeritan ayahnya langsung tidak dihiraukan. Bukan tidak biasa ayahnya mabuk begitu. Sudah jemu dengan perangai Norman. Masih tak berubah sampai sekarang.

Ibu yang terlalu baik, masih memberi peluang kepada ayah. Sedangkan ayah, sedikit pun tidak pernah memikirkan tentang keluarga mereka.

Wajah dibersihkan. Pantulan wajahnya dari dalam cermin dipandang lama.

Semakin jelas kesan lebam. Menunduk, tangan ditongkatkan di sinki. Mata dipejamkan rapat.

'Ibu hanya ada Nuh. Hanya Nuh tempat ibu berharap. Ibu tak tahu apa akan jadi pada ibu kalau Nuh tak ada. Terima kasih anak ibu.'

Mata dibuka. Kata kata ibunya yang menguatkan. Ya. Hanya kerana ibunya dia masih bertahan.






❄❄❄

I Like You | ✔Where stories live. Discover now