[28] HEP

353 17 3
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞


Aku masuk ke kerja seperti biasa. Setelah hampir sebulan aku hidup berumah tangga ni rasa makin bahagia pulak. Tapi harini aku pelik kenapa semua orang asyik tersenyum apabila melihat aku ? Adakah aku terlalu cantik harini ? Muka aku ni berseri-seri , bercahaya ke sebab bahagia sangat ? Ceit perasan sungguh kau ni Aileen. Aku tidak terus ke mejaku , aku melencong seketika ke meja kak Aina.

'Kak , asal semua orang tengok Leen lepastu senyum-senyum ?'soalku pelik.

'Kau nak tahu kenapa ?' soal kak Aina.

'Nak la kak , sebab tu orang tanya ni.' Aish kak Aina ni aku cepuk kang.

'Kau pergi duduk dekat tempat kau dulu , baru kau tahu kenapa.' Ujar kak Aina.

Mendengarkan kata-kata kak Aina aku membawa diri ke tempatku. Terbeliak mataku saat aku sampai sahaja di mejaku. Siapa punya kerja ni weh ? Terharu gila rasanya.

'Happy Birthday to you . . . Happy birthday to you . . . . Happy birthday to my one and only pretty wife. Happy birthday to you ~ Happy birthday sayang !'

Air mataku bergenang saat mendengar suara garau yang merdu itu. Aku sendiri lupa birthday aku harini. Aku melihat Qiu yang berdiri dihadapanku sambil memegang sebiji kek.

'Happy birthday Aileen. Untung la Encik Hubby romantis siap datang ofis buat surprise birthday lagi tu.' Ujar officemateku.

Hangat pipiku saat mendengar kata-kata officemateku itu. Haduh Qiu mana belajar sweet muit ni ?

'Dah pi balik. Jangan nak buat drama diabetes dekat sini. Bos bagi cuti dekat kau. Ni haa cik hubby kau ni suruh akak applykan cuti seminggu untuk kau.' Ujar kak Aina pulak.

What ? Kantoi sudah komplot dengan kak Aina. Qiu hanya menayang sengihan saat mendengar kata-kata kak Aina.

'Balik la eh Leen. Pi buat apa yang patut dekat rumah tu. Aku nak anak sedara banyak-banyak tau.' Ujar kak Fira pula.

Merah padam mukaku apabila mendengar kata-kata kak Fira itu. Cis kak Fira ni mulut tak berlapik langsung. Dah la cakap macam pakai mikrofon je. Aku menjeling Qiu yang sudah merah padam itu mengusap tengkuknya saat mendengar usikan kak Fira.

Setelah selesai majlis kecil-kecilan di tempat kerjaku , aku dihalau pulang oleh semua warga kerjaku.

'Kenapa buat macam tu ?' soalku kepada Qiu semasa dalam perjalanan pulang.

'Kenapa tak suka ke ?' soalnya kembali seperti berjauh hati.

'Bukannya saya tak suka cuma saya segan dengan kawan-kawan saya.' Jelasku lembut.

'Oh lepas ni saya tak buat dah.' Balasnya.

'Alaa sorry la. Jangan la merajuk , jangan salah faham k hubby. Saya suka sangat awak buat macam tu , perempuan mana je yang tak suka bila orang yang dia sayang buat dekat dia macam tu.' Pujukku.

'Mana ada hubby awak ni merajuk sayang. Kita dah sampai ni , jom turun.'

'Eh ? Bukan nak balik rumah ke ? Ni dekat mana pulak ni ?'

'Nak beli barang sekejap. Sayang tunggu dalam kereta eh. Lock tau ! Kalau ada apa-apa call hubby cepat-cepat !' kata Qiu sebelum bayangnya hilang dari pandangan mata Aileen.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now