[3] HEP ✨

628 29 0
                                    

"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞 💞 

'Assalamualaikum'

'Eh balik dah anak ibu ? Tu siapa tu ? Ajaklah kawan tu masuk'

Aileen POV 

Ibu ni kenapa tiba-tiba baik hati suruh ajak kawan masuk la apa la.

'Furq , masuklah dulu. Ibu aku ajak masuk'

'Alaa , takpe la aku segan.'

'Leen ! Cepatlah masuk ajak kawan tu. Ibu dah siap makan tengahari ni. Ajak dia makan sekali. Ayah pun ada ni tunggu Meen je balik dari ambik Aifar' 

'Cepatlah Furqan. Malu kau tu tolak tepi dulu boleh tak ? Nanti ibu aku bebel macam machine gun kau tahu tak.'

'Tak mahu la. Cakap je dekat ibu kau aku ada hal.'

'Sebelum aku sentuh tangan kau macam tadi untuk heret kau keluar baik kau keluar dari kereta tu cepat dan lunch dengan family aku.'

Furqan POV

Aduh minah ni main ugut-ugut pulak. Dia nak bagi aku mati ke apa. Dia tak tahu ke kalau dia sentuh aku jantung aku ni macam apa je berdegup.Terpaksa la aku ikut cakap dia ni sebelum aku mati terkejut dia buat macam macam kat aku.

'Cepatlah Furq' dia menarik bajuku.

Fuhh nasib baik tarik baju bukan tangan. Mahu aku mati kejung kat sini jugak kang.

'Assalamualaikum'

'Haa meh la sini duduk makan sekali.'

Aku hanya tersenyum mendengar pelawaan ibu Aileen. Aku melihat Aileen membuka langkah cepat-cepat aku menarik tali beg sekolahnya.

'Kau nak pergi mana weh ? Jangan tinggal aku please. Aku malu.' bisikku kepadanya.

'Ya Allah Furq aku nak pegi letak beg dengan tukar baju je. Ye , ye aku tahu kau malu.'

'Meh la sini kawan Aileen ni nama siapa ?' tanya ayah

'Furqan pakcik hehehe' 

'Oh Furqan namanya. Eh panggil ayah je tak payah panggil pakcik'

Hai Encik Pemalu !Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ