[12] HEP 😢

405 24 3
                                    


"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

'Leen cepat sikit siap dah pukul berapa dah ni !' laung Aidan

'Japlah tengah betul tudung ni.' jawab Aileen pula.

'Abang tunggu kat luar.' 

Sebaik sahaja selesai bersiap Aileen mengucup tangan Puan Aisyah dan Encik Saharul.

'Jom gerak.' Aileen mengajak Aidan.

'Ibu , ayah kami gerak dulu ye.' kata Aidan sambil mengucup tangan kedua orang tuanya.

'Nak balik malam ni juga ke ? Balik la esok , dah lewat malam ni bahaya la kalau abang drive.' pujuk Puan Aisyah.

'Tak boleh ibu esok abang kerja , lagipun abang dah biasa drive malam. Ibu jangan risau eh.' kata Aidan dengan nada memujuk ibunya.

'Yelah, yelah drive elok-elok. Kalau mengantuk berhenti tidur dulu jangan ngantuk-ngantuk tu drive lagi. Nanti selalu la balik , ibu sunyi kat rumah ni bila tak ada geng dah. Aileen ikut kamu , Aimeen dekat johor , tinggalah ibu dengan Aifar je.'

'Ye ibu , nanti kalau orang free orang ajak abang balik rumah ibu eh.' kata Aileen pula.

Aileen memeluk ibu dan ayahnya , begitu juga Aidan.

'Hati-hati nanti dah sampai call ibu tau !'

Aileen melambai Puan Aisyah dan Encik Saharul dari dalam kereta. 

'Abang , saya rasa tak sedap hatilah.' luah Puan Aisyah selepas kereta yang dipandu Aidan hilang dari pandangan.

'Awak jangan risaulah. Doakan mereka selamat sampai. In shaa Allah , Allah lindungi mereka.' pujuk Encik Saharul Adi.

Setelah hampir 1 jam dalam kereta Aileen membuka mulutnya untuk bertanya kepada Aidan.

'Abang ok tak ni ? Kalau ngantuk berhenti la dulu.' tanya Aileen prihatin.

Walaupun Aileen teramat mengantuk , banyak syaitan yang sedang berpesta bergayut di kelopak matanya tetapi dia melawan agar tidak tewas. Dia mahu meneman Aidan yang sedang memandu untuk menghilangkan kantuk yang sedang melanda abangnya itu.

'Abang oklah. Kalau abang ngantuk nanti abang berhenti eh. Aileen kalau mengantuk tidurlah dulu. Nanti kalau abang nak berhenti abang bagitahu Aileen eh.'

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now