[16] HEP ☺️

382 22 0
                                    

"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞



Titt !!! Titt !!! Titt !!!

Bunyi alarm membingit di telingaku. Haduh kacau la alarm ni , aku tengah syok mimpi dating dengan Lee Sung Kyung masa-masa ni la dia nak berbunyi pun. Jam di meja kecil di sisiku dikerling. Allahu dah 7.45 weh ! Harini dah la aku ada meeting pukul 8.30 !!! Tu la syok sangat mimpi Lee Sung Kyung sampai subuh pun terbabas.

Usai sahaja mandi aku mengambil baju dari wardrobe yang telah diseterika. Nasib la aku jenis yang iron baju untuk seminggu terus. Setelah memastikan penampilanku kemas , segak dan bergaya aku turun ke dapur untuk menjamah sedikit makanan.

'Haa Furq meh sini makan dulu. Mummy dah cedok makanan untuk Furq dah ni.' Pelawa mummy.

'Takpelah mummy Furq makan roti je. Furq dah lambat ni.' Ujarku.

'Furq kau boleh tolong tengokkan Afif dengan Leeysa tak ? Aku ada hal dengan mummy daddy la. Nak settle passport mummy dengan daddy nak berangkat pergi umrah nanti.'

'Alaa aku busy la. Aku angkut diorang pergi office lah eh.'

'Kau bawak je , office tu kau punya tak ada siapa nak marah.'

'Haa yelah. Aku nak pergi dah ni. Leeysa , Afif jom ikut ayah.'

Leeysa dan Afif bersorak gembira apabila mendengar aku mengajak mereka. Aku hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Hailah budak-budak ni. Tangan mummy dan daddy aku kucup , tidak lupa juga along dan abang long.

Aku masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta kesayanganku. Aku lihat ke sebelahku. Eh ? Mana Leeysa dengan Afif ? Allahu Afif dengan Leeysa manalah sampai nak buka pintu kereta ni. Aku tepuk dahi sendiri dan bergegas keluar mendapatkan mereka berdua.

'Ingatkan ayah nak tinggal Leeysa dengan Afif tadi.' Ujar Leeysa dengan muka monyoknya.

'Sorrylah sayang , ayah lupa yang Leeysa dengan Afif tak sampai nak buka pintu kereta ayah ni.' Aku meminta maaf pada buah hati aku seorang ni.

Sebaik sahaja sampai di pejabat aku terus meluru masuk ke bilikku.

'Leeysa dengan Afif kena behave duduk dalam bilik ayah tau. Ayah ada kerja so Leeysa dengan Afif kena duduk sini diam-diam. Kalau Leeysa dengan Afif dengar cakap ayah , ayah belanja makan nanti ok ?'

Tokk !! Tokk ! Tokk !!

'Masuk !'

'Tuan meeting dah nak mula.' Ujar Mira , personal assistant yang dilantik oleh abang long dulu.

'Ok , saya akan masuk sekejap lagi. By the way , Mira lepas ni saya ada apa-apa ke ?' soalku.

'Untuk harini hanya ada meeting pagi ni jelah.'

'Ok , thanks. Tolong tengokkan budak-budak ni boleh tak ?' pintaku.

'My pleasure. Boleh Tuan.'

Aku masuk ke dalam bilik mesyuarat dan aku terpandang wajah seseorang. Dia kerja sini ke ? Apasal aku tak tahu ?

'Tuan ? Boleh kita mula meeting sekarang ?' soal seorang pekerjaku.

'Sure' jawabku pendek.

Meeting itu hanyalah perbincangan untuk family day yang bakal diadakan 2 minggu dari sekarang.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now