[14] HEP 🌸

379 22 3
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞 💞

Aileen Pov

Kejadian semalam masih berlegar-legar di ruang fikiranku. Bukan kejadian semalam yang masih bermain di minda tetapi yang lebih tepatnya wajah lelaki semalam. Aku rasa dejavu bila melihat wajah lelaki itu. Macam pernah aku kenal dan aku yakin dengan rasa hati aku yang mengatakan aku pernah mengenali lelaki itu dulu.

'Akak ! Ibu panggil makan ! ' jerit Aifar.

Jeritan Aifar mematikan lamunanku. Kacau betul la budak ni.

'Ye ! Jap lagi akak turun !' balasku semula dengan jeritan.

'Cepat ! Ada orang tunggu akak dekat bawah ni !'

Haih siapa pula yang menunggu dibawah tu. Aku dengan malasnya membuka langkah ke dapur. Sudah hampir separuh jalan aku teringat sesuatu , aku meraba kepalaku. Allahu lupa nak sarung tudung buatnya orang tu lelaki , bukan mahram aku sia-sia je dapat dosa free. Aku kembali ke bilikku , tudung bawal hitam dan cardigan berwarna hazel aku sarung.

'Bah !'

'Oh cik anggur kau jatuh meletop !'

'Oi ! sejak bila Leen melatah ni ? hahaha' ketawanya terbahak-bahak.

'Abang Effy !!!!! Apahal jahat sangat ni !!!' jeritku sambil menumbuk lengan Abang Effy yang tak berapa nak sado tu.

'Aduh , aduh sorry Leen !.'

'Tahu pun sakit. Siapa suruh terkejutkan orang , dah la datang pun tak bagitahu.'

'Laa , Aifar tak bagitahu Leen ke ?' soal Effy.

'Takde pun. Ni pehal datang ?'

'Belagaknya , orang datang nak jumpa ibu dengan ayah je bukannya nak jumpa Leen.'

'Effyazid Aziz bin Effyzal Wafie !'

Alamak macam mana pulak la Aimeen boleh balik pulak harini ? Habis la bergegar satu rumah ni apabila seketul Aimeen Adurrah dan seketul Effyazid Aziz bertemu.

'Leen pergi dapur dulu ! Bye !' aku melarikan diri sebelum aku terlibat dalam pertemuan yang sangat seram tu.

'Ye Nur Aimeen Adurrah binti Saharul Adi.' Jawab Effy.

'Kau buat apa kat sini ? Siapa suruh kau datang sini ?' soal Aimeen dingin.

'Dah ibu jemput aku suruh datang , katanya dia rindu aku. Aku datang jelah dah ada orang rindu.'

'Menyemak jela kau datang sini.'

'Eleh menyemak konon , ntah-ntah kau yang rindu akukan ?'

'Eii please la sikit pun aku tak rindu kau , ingat dekat kau apatah lagi.'

'Aimeen ! Effy ! Buat apa lagi tu ?! Meh turun cepat makan !' laungan ibu mematikan perbualan dingin antara Effy dan Aimeen.

Pelik betul aku dengan Aimeen ni. Apalah yang dia benci sangat dengan abang Effy tu. Sejak pertama kali jumpa dengan abang Effy tu mana pernah nak berbaik , asyik bergaduh je.

Selepas makan tengahari aku melepak di buaian di laman rumah. Abang Effy pula berbual dengan ibu dan ayah , malas nak menyibuk jadi aku duduk di luar.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now