[9] HEP 🍃

427 27 3
                                    

"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

Tolong !

Furqan POV

Aku mencari dari mana datangnya jeritan tu. Aku risaukan Aileen. Sedang aku mencari di mana datangnya jeritan tu aku ternampak kasut berdekatan dengan semak di taman. Aku pergi ke arah semak itu dan . . .  Ahh tak guna punya jantan ! Aku menendang Izzul yang sedang menimpa Aileen.

'Furqan !' jerit Aileen

Dan Izzul pun bergegas lari dari tempat itu sebelum sempat aku memukulnya dengan lebih teruk. Hancur hati aku tengok Aileen dalam keadaan macam ni. Tudungnya sudah hilang dan bajunya terkoyak pada bahagian bahu. 

'Aileen . . .'  panggilku dan aku mendekati Aileen. Lantas Aileen terus memelukku.

'Aku takut . . .'  kata Aileen sambil menangis teresak-esak.

'Shh . . . aku ada dekat sini. Sorry , kalau aku tak datang lambat mesti kau tak jadi macam ni.'

Sumpah aku rasa serba-salah gila. Semua sebab aku Aileen jadi macam ni. Kalaulah aku tak terlambat mesti Aileen selamat. Aileen masih menangis didalam dakapanku. Macam mana Aileen nak balik bilik dia kalau macam ni ? Suruh Eqa turun bawa tudung dengan jacket la untuk Aileen.

'Hello , Qa boleh tolong tak ?'

'Tolong apa ?' soalnya

'Kau turun dekat taman sebelah cafe muamalat ni bawa tudung dengan jacket Aileen. Sekarang tau. Cepat'

'Why ? Apa jadi dekat Aileen ?' tanyanya panik.

'Nanti aku ceritalah.Sekarang kau bawa je barang tu turun. Cepat'

Aku memapah Aileen dan duduk di kerusi yang disediakan di taman itu.Nasiblah masa tu tak ada orang sangat. Aku menyarungkan hoodie ku pada Aileen. Nanti orang lihat pulak aurat dia. Eh yang kau lihat tu tak apa pulak ? hehehe darurat uhuk.

'Aileen kau ok tak ni ? Kau kenapa ?' soal Eqa sebaik sahaja dia sampai.

Tak menyempat betul budak ni.

'Kau pakaikan dia tudung tu. Bawa dia naik atas , jangan tanya dia macam-macam. Nanti aku call kau suruh turun ambik makanan eh. Aku pergi beli makanan jap , dia tu tak makan dari siang tadi. Papah dia , aku rasa kaki dia tu terseliuh.'

'Ok jom Leen kita naik dulu eh.' ajak Eqa

Sebaik sahaja bayang Aileen dan Eqa hilang , aku mendail nombor abang Aidan.

'Assalamualaikum bang , esok free tak ?' soalku

'Waalaikumsalam , esok aku cuti. Asal ni ?'

'Aku nak minta kau datang sini ambik aku dengan Aileen boleh ?'

'Eh asal ? Ada apa-apa yang jadi ke ni ?'

'Hm , jantan tak guna tu dah melampau so aku rasa lebih baik bawa Aileen balik sebelum dia buat apa-apa lagi teruk dekat Aileen. Esoklah aku cerita dekat kau. Aku nak pergi beli makanan untuk adik kau , dia tak makan dari siang tadi ni.' terangku

'Ok , kau siap jelah esok. Lepas subuh aku gerak dalam pukul 10 macam tu aku sampailah.'

Setelah berbincang dengan abang Aidan aku ke kafe untuk membeli makanan dan aku ternampak Puan Syaheera dan Encik Syaqeer di kafe sedang berborak. Cun ah boleh aku cakap aku nak balik esok terus. Tak payah susah-susah aku cari diorang.

'Assalamuaikum cikgu'

'Waalaikumsalam , haa Furqan ada apa ni ?' soal Encik Syaqeer

'Esok saya dan Aileen nak balik. Abang Aileen akan datang ambil kami esok.Kami ada hal keluarga.' kelentongku.

'Ohh. Mak ayah korang tahu tak korang balik dengan abang Aileen ? Saya izinkan tapi kalau ada jadi apa-apa pada kamu kami tak bertanggungjawab sebab itu pilihan kamu. Saya tak mahu nanti ibu bapa kamu berdua salahkan kami pula.' terangnya panjang.

'Tahu cikgu. Ok cikgu , terima kasih.' ucapku dan aku beredar dari kafe.

Setelah menelefon Eqa aku menunggu kehadiran Eqa . . . 

'Oi !' tegur Eqa

'Haa nah ni ada bubur untuk Leen and nasi ayam untuk kau. Ais ni nanti kau tuam dekat kaki Aileen eh pastu balut kaki dia dengan bandage ni.'

'Waa sayang jugak kau kat aku ingatkan sayang dekat Aileen je.' perlinya

'Apa-apa jelah kau ni. Hm , esok aku dengan Aileen nak balik nak ikut tak ?' tanyaku

'Balik ? Naik apa nak balik ?' soalnya kembali

'Abang Aidan ambik tapi kitorang balik rumah abang Aidan kot.'

'Oh , tak mau la. Aku stay sini dengan Syahrin je.' jawabnya.

'Hm ok. Nanti kau bagi tahu Aileen eh.'

Eqa hanya mengangguk dan berlalu pergi.

  🌸  🌸   🌸    🌸

Aileen POV

Lega aku rasa setelah ketemu sama abang. Abang tak tanya macam-macam pada aku. Dia mesti tanya pada Furqan ni.Dirumah abang aku asyik berkepit dengan abang je. Kesian juga dekat Furqan sorang-sorang mesti bosan. hahahaha.

Aku mengambil keputusan untuk stay sini dengan abang dan sambung belajar dekat sini mungkin. Furqan terpaksalah cari tiket dan balik Melaka naik bas. 

'Furqan nah ni jacket aku. Kau pakailah dulu sebab jacket kau aku tak basuh lagi , aku pakai tidur haritu.' kataku sebelum Furqan bertolak ke Melaka.

'Ok , takpe. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi eh. Take care.' balasnya

'Take care jugak , kirim salam dekat mummy , daddy , Fariz , along and tolong kisskan cutie Aleeysa untuk aku eh.' kataku.

'Ok' katanya dan dia bersalaman dengan abang.

Setelah berbulan-bulan duduk dengan abang dan juga menggangur aku buat kerja part time dekat tempat abang bekerja. Itu pun dengan bantuan abang aku dapat bekerja disitu. Ada juga yang tak senang melihat aku rapat dengan abang dan ada juga yang buat mulut tentang aku dengan abang. Biarlah diorang nak kata apa tentang aku dengan abang asalkan aku bahagia hahahaha.

'Oit ! Leen , menung apa tu ? Ingat kat Furqan ke ?' tegur abang

'Tak ada maknanya Leen nak ingat kat dia. Abang , kalau Leen nak duduk sini dengan abang boleh ? Leen nak sambung belajar dekat-dekat sini je , boleh duduk dengan abang.'

'Boleh je , abang lagi suka. At least ada orang yang temankan abang kat sini. Aileen dah sedia esok ?'

'Ntahlah. Takut nak pergi la esok. Abang teman Leen eh ?' 

'Ok boleh je . Pergi siap barang k ?'

'Ok byee , Leen naik dulu' pamitku

Esok nak pergi ambik result haih takutnya aku and dalam masa yang sama aku excited jugak nak jumpa Zahrien Faheeqah serta Furqan Al-Rad sahabat kesayangan ayeee.

Hai Encik Pemalu !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora