[6] HEP 🌟

519 25 2
                                    


tengok video tu pls sebelum baca hehehe . Author suka lagu nii , lagu ni buat author rasa semangat 😁😁😁

   😘😘😘😘

"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

Aileen POV

Cepat sungguh masa berlalu sedar tak sedar lagi sebulan je aku nak SPM. Tidakkkk someone please cakap ini hanyalah mimpi huhuhu . Poyolah kau Aileen. hehehe

'Oi cik kak menung apa lagi tu ?' tegur Eqa

'No mana ada aku menung , aku memikirkan masa depan aku yang akan tiba tak lama lagi.'

'Ceh banyak la kau. Petang ni nak study sama-sama tak ?'

'Nak la. Siapa lagi yang join ?'

'Furqan dengan Syahrin je kot.'

'Syahrin ? Syahrin mana ek ?'

'Syahrin budak kelas sebelah. Dia budak akaun'

'Ohh , Syahrin Amri ek nama dia ? Yang kadang-kadang time rehat lepak dengan Furqan tu ?'

'Haah yang tu lah.'

'Kat mana nak buat ?'

'Dekat cafe mummy. Aku dah cakap dekat mummy pagi tadi.' kata Furqan yang muncul secara tiba-tiba.

'Ohh ok' jawabku pendek.

Selepas sahaja habis kelas aku terus ke cafe mummy memandangkan aku bendera merah harini lagipun ibu bekerja di cafe mummy. Macam mana ibu boleh bekerja di cafe mummy ? Ibu dengan mummy rupanya saling mengenali , kawan sekolah dulu katanya. Mummy yang pelawa ibu kerja di cafe mummy memandangkan ibu hanya menjadi suri rumah. Ayah pun membenarkan sebab sudah lama ibu tak bekerja kadang-kadang ibu ada juga merungut bosan duduk dirumah katanya kerana Aimeen sudah sambung belajar disebuah universiti di Johor.

'Ibuuuu' panggilku lantas memeluk ibu yang sedang membuat kek di dapur.

'Ish terkejut ibu Leen ni. Dah makan ke belum ? Tu ibu ada simpankan kek coklat dalam peti.'

'Belum. Ni yang sayang ibu ni'kataku dan mengucup pipi ibu.

'Amboi manjanya menantu mummy ni.' tegur mummy

Eh apa mummy ni dia main menantu pulak. Alah ni yang tak suka ni.Lantas aku ke peti sejuk untuk mengambil kek coklat.

'Eh Leen simpan sikit untuk Furqan tau. Furqan pesan tadi suruh simpankan sikit  kek coklat' pesan mummy

Aku mengambil tempat di meja di hujung sudut cafe. Aku menikmati kek coklat dengan riang hehehe. 

'Wah sedapnya ! Nak sikit boleh ?' tegur Syahrin.

'Eh Syahrin awalnya sampai ?'

'Saja nak datang awal harini.' jawab Syahrin lalu melabuhkan punggung di sebelahku.

'Aileen nak sikit kek tu , macam sedap je.' gurau Syahrin

'No ! Tak boleh. Kalau kau nak pergi kat kaunter tu then order ok.' balasku

'Aku gurau jelah cik kak' kata Syahrin lalu tertawa

Syahrin ni peramah so tak adalah kekok sangat bila nak borak.

Furqan POV

Masuk sahaja di cafe aku terus ke dapur untuk bertemu mummy dan ibu. 

'Haa Furqan kek coklat kamu ada tu pada bakal isteri kamu.' kata ibu

'Bakal isteri ?' soalku pelik

'Pada Aileen lah. Pergi share dengan dia ibu dengan mummy simpan untuk korang berdua je tau.' balas ibu lalu tersenyum manis

Pipiku memerah. Aduh ada-ada sajalah ibu ni. Aku terus mencari kelibat Aileen di dalam cafe yang agak ramai pelanggan tu. Sakit mataku melihat Aileen yang sedang bergurau dengan Syahrin. Lantas aku membuka langkah ke arah mereka lalu aku mengambil suapan yang Aileen cuba menyuap pada Syahrin. Aileen tergamam dengan perlakuanku.

'Thanks. Kek ni ibu dengan mummy simpan untuk aku dengan kau so jangan nak share dengan orang lain.' kataku dingin

Entah mengapa aku sakit hati melihat Aileen dengan si Syahrin ni. Menyesal pelawa si Syahrin ni untuk study sekali. Aileen hanya mendiamkan diri dan tak membalas kata-kataku.

Kami meneruskan study seperti biasa. Tapi aku tak boleh study macam biasa selagi si Syahrin ni ada dekat sini. Hati aku tak tenang. Aileen pun dok menggedik dengan dia dah kenapa. Suruh dia ajar math la apa la. Menyampah.

Habis sahaja study group semua sudah pulang kecuali aku dengan Aileen.

'Furqan boleh tak aku tumpang kau balik ? Hujan lebat la.' kata Aileen memecahkan kecanggungan antara kami.

'Kenapa tak balik dengan Syahrin tadi ?' tanyaku dingin

'Apa bendalah kau ni Syahrin tu rumah dia dekat mana cik abang oi ?' balas Aileen

'Ahh takde , takde kau tunggu sampai hujan berhenti. Balik naik motor sendiri ok Miss Aileen Aldariya.' balasku kejam

Aileen POV

Aikk pelik la Furqan petang ni. Aku yang period ke dia yang period ? Pagi tadi elok je. Sampai hati la Furqan tinggal aku macam ni je. Tak guna betul. Nak tak nak aku kena redah jugaklah hujan ni walaupun lebat. Nak tunggu ibu lambat lagi , aku dah la period ni tak selesa. Hujan lebatku redah juga dengan motor kesayanganku. Cehh kesayangan konon.

Sampai sahaja disimpang taman rumah ku aku ingin membelok tiba-tiba ada sebuah kereta lalu disebelahku dan melanggar lopak berdekatan dengan simpang. Air lopak itu terpecik kepadaku entah macam mana aku hilang keseimbangan semasa membelok aku terjatuh. Aduih ! Mataku mula kabur. Ibu , ayah , abang tolong Aileen . . . 

'Aileen ?! Kau ok tak ni ? Hey Aileen wake up.' 

Dalam keadaan mataku kabur aku masih boleh mengecam figura yang memangil namaku.

'Furqan . . ' Panggilku lemah lalu pandanganku terus gelap.

Kepalaku terasa sakit. Aku cuba membuka mata tapi perbuatanku itu terbantut kerana mendengar kata-kata seseorang.

'Aileen aku minta maaf kalau aku bagi kau tumpang aku tadi mesti tak jadi macam ni. Kau pun satu degil pergi redah hujan tu jugak kenapa Leen ? Nasib baik la aku tadi singgah kedai sekejap sebelum balik rumah lepastu aku nampak orang jatuh motor. Aku tak sangka tu kau. Aku sebenarnya bukan tak nak bagi kau tumpang aku tapi aku marah kat kau sebab kau tu menggedik je dengan si Syahrin tu.Entah kenapa aku rasa macam tu. Menyesal pulak aku ajak dia join sekali tadi. Lepasni aku tak nak ajak dia join sekali dah. Kau kalau nak tanya apa-apa pasal math yang kau tak faham tanya je aku. Aku ni handal math tau kau je yang tak tahu huh.'

Furqan ke ni ? Apa yang dia cuba sampaikan ? Nak tergelak pun ada . Ni kalau aku buka mata ni confirm dapat tengok udang kena bakar. hahahahaha. Honestly aku ok je cuma aku terhantuk dekat bahu jalan tadi tu yang pentoi sikit sampai pengsan yang si Furqan over macam aku koma ni dah kenapa ? Rasa nak tergelakku tahan dari tadi demi mendengar luahan hati si encik pemalu. hahahaha bukan senang nak dengar luahan si encik pemalu kita , Muhamad Furqan Al-Rad Bin Ahmad Imran Areef putera kepada Encik Ahmad Imran Areef bin Ahmad Haniff dan Puan Najwa Ameena binti Muhamad Nazrin. Eh lebih-lebih pulak aku ni sampai sebut nama panjang mummy dengan daddy hahahaha.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now