[2] HEP 🌸

762 34 2
                                    

"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞 💞 

'Hi Furqan ! Furqan kan nama kau ?'

'Haah nama aku Furqan. Aileen kan ?'

Aku sekadar mengangguk untuk menjawab pertanyaannya.

Furqan Al-Rad POV

Aduh kenapa la perempuan  tak tahu malu ni tegur aku pagi-pagi ni. Aku dah la tak biasa dengan perempuan. Aku bukan nak acah-acah alim ke apa tapi aku memang tak biasa dengan perempuan. Aku malu hehehe.

'Eh Furqan ! dengar tak apa aku cakap ni ?'

'Haa ? Kau cakap dengan aku ke ?'

'Ye dengan kau. Kau asal ni muka merah semacam ni ? Tak sihat ke?'

'Err . . .'

'Hi Leen , hi Furq !'

Nasib baiklah si Eqa ni datang. Fuhh terlepas aku. Dengan Eqa takdelah aku malu sangat sebab aku kenal dia dari kecil lagi.

'Aku pergi dululah. Bye' pamitku

'Qa , kenapa ek dengan Furqan tu ?'

'Kenapa apa ?'

'Yelah tadi aku cakap dengan dia je pastu dia mengelamun. Aku tanyalah dengar tak apa aku cakap. Pastu aku tengok muka dia dah merah.'

Eqa hanya tertawa mendengar kata-kataku.

'Kau asal ketawa ha? Aku tanya ni.'

'Kau tak kenal lagi Furqan tu. Pemalu dia ya Allah mengalahkan perempuan. Aku yang dah lama kawan dengan dia ni pun dia still malu dengan aku.'

'Lah yeke ? Patutlah semalam aku tegur dia nak share buku sebab aku tak dapat buku lagi dia jawab slow je. Pandang muka aku pun tak. Ni yang seronok ni. hahahaha'

'Apa yang seronok ?'

'Seronok nak sakat dia.'

'Kau ni ada-ada je'

   🌸 🌸 🌸 🌸   

Aileen POV

Bosannya lahai kelas sejarah ni. Selain subjek math , sejarah juga masuk dalam list subjek yang dibenci oleh seorang manusia bernama Aileen Aldariya. Aku mengantuk gila ni. Kalau aku kecundang habis la kena denda , malu aku nanti dah la budak baru. Haa ! timbul satu idea nakal dalam kepala aku. 

'Furq' kataku sambil menyiku lengannya.

Furqan langsung tak menjawab. Mataku masih lagi tertumpu ke arah Cikgu Ayu yang sedang mengajar didepan. Acah-acah fokus padahal otak ke lain.

'Furqan' panggilku lagi

Aish pelik aku budak ni tak dengar ke apa aku panggil. Aku memandang ke arah Furqan yang sudah kecundang. Kepalanya elok sahaja terletak di atas meja dan matanya terpejam.  Amboi mamat ni sedap nau tidur ye. Eh kenapa pulak la hidung dia tu merah. Tak sihat ke ? Tangan gatalku terus melekap di dahinya. Eh panasnya . . .

'Don't touch me. Kita bukan mahram. keep your hands off from my forehead please' Furqan bersuara lemah tapi tegas.

'Oh sorry tak sengaja. Kau kenapa ? Demam ke ?'

Belum sempat Furqan menjawab tiba-tiba . . . 

'Muhamad Furqan Al-Rad , Nur Aileen Aldariya ! Kamu berdua buat apa kat belakang tu ? Berdiri dekat luar kelas sekarang !' Cikgu Ayu bersuara lantang.

Hai Encik Pemalu !Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang