Bryan mengerutkan dahinya. "Aku kacak."

Bibir aku juihkan. Mengadanya dia. Lengannya aku tepuk perlahan. "Ain dan Lina tak datang lagi?"

"Mereka dah dalam perjalanan. Aku pun kena balik ke balai lepas ni. Aku tak boleh skip latihan."

"Kena ke? Temankan sayalah."

"Tak boleh, sayang." Hidung aku dicuitnya. "Ni pun aku dah lambat. Patutnya aku cuma keluar untuk sejam je, tapi sekarang dah empat jam. Banyak gila hukuman yang aku kena nanti."

Aku membulatkan mata. Aku ingatkan dia tenang sejak tadi, dia dah dapat pelepasan daripada pihak atasan. Habislah, aku tak boleh bantu dia lagi. Dia sendiri tak bagitahu aku tentang tu jadi aku tak salah.

"Okey, janji balik nanti jenguk saya."

Bryan menganguk. "Janji."

"Awak, nak namakan dia apa?"

Bryan terdiam seketika sebelum mengusap rambut si kecil yang masih terlena di sebelahku. "Nama dia Muhammad Amin."

Aku tersenyum lebar. "Saya tak sabar untuk ubah nama saya juga."

Bryan tergelak kecil. "Kita mulakan hidup baru dengan perjalanan yang lebih indah."

Aku mengangguk. Pipinya aku usap lembut. "Saya sayangkan awak."

Bryan tak membalas sebaliknya memandang aku untuk waktu yang lama tanpa bicara. Tapi dari pergerakan anak matanya, aku tahu dia sedang mengungkapkan rasa terima kasihnya kepada aku. Aku faham, dia bukanlah lelaki yang romantik dan manis berkata-kata. Sebab itu dia lebih banyak menunjukkan daripada berjanji dengan aku. Dia ego tapi penyayang. Dia kasar tapi manja bila dengan aku. Dia selalu buat tak endah tapi dia jugalah yang selalu ada bila aku perlukan. Dia segala-galanya untuk aku. Dan aku juga amat berterima kasih sebab dia sudah melakukan yang terbaik buat aku. Dia tak pernah tinggalkan aku sejak aku dimasukkan ke bilik bersalin tadi, bahkan dia juga yang menyambut aku ketika aku dipindahkan ke wad aku semula. Dia lelaki yang sempurna, dan aku mahu menjadi yang terakhir buat dia.

"I love you." Bryan berbisik perlahan sebelum mencium bibir aku lama. Kemudian dahinya disandarkan pada dahi aku sambil merenung mata aku. "Thanks for everything, Qis."

Aku mengangguk. "I love you too, hubby."

Dia tergelak kecil mendengar panggilan baharu aku untuk dia. Aku turut tergelak, agak malu kerana tak berapa biasa untuk mengungkapkan panggilan itu. Tapi aku tahu dia suka.

***

Aku mengesat hujung mata yang berair sambil tersenyum lebar. Kepala aku ditutup menggunakan selendang hitam oleh seorang wanita sebelum dia mencium kedua belah pipi aku sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, selamat menjadi saudari baru kami, Nur Evelyn Qistina." Dia bersuara lunak sambil mengangguk.

Aku turut mengangguk. Hati aku benar-benar lega dan terasa nyaman. Perasaan ini aku tak pernah alami seumur hidup aku. Seolah-olah aku baru dilahirkan semula tanpa memiliki sebarang kecacatan mahu pun dosa. Aku berasa hiba tetapi gembira dalam masa yang sama. Setiap langkah yang aku atur seperti sedang berjalan di atas jalan yang amat bersih dan suci. Inilah nikmatnya memilih jalan suci ini.

Islam adalah agama aku. Rasulullah S.A.W adalah nabi aku. Al-Quran adalah panduan hidup aku. Selama-lamanya. Alhamdulillah.

Setelah menyudahkan urusan, aku berlari menggamit Bryan yang sedang menunggu di hadapan pagar. Dia begitu kacak, amat kacak sehingga aku hampir tersadung jatuh kerana penampilannya yang begitu segak. Nasib baik dia cepat mengangkap tubuhku dari terjatuh, kalau tak dah buat tayangan percuma kepada orang lain. Fuh!

"Kau cantik sangat." Selendang di kepala aku dibetulkannya sebelum memeluk bahu aku sambil berjalan.

Aku tergelak kecil. Malu mendengar pujiannya. "Awak pun kacak."

"Aku tahu. Aku tak pernah tak kacak."

Pinggangnya aku cuit geram. "Perasan."

"Dah kau dulu yang cakap aku kacak."

Bencinya tengok perangai dia ni. Mengada betul. Tapi disebabkan rasa kagum aku melebihi rasa mahu mengusiknya, jadi aku hanya mendiamkan diri sehingga tiba di kereta. Dahulunya aku lebih suka melihat dia dengan berpakaian seragam bombanya, tetapi sekarang aku lebih suka melihat dia berpakaian seperti ini. Berjubah dan memakai serban seperti Syamsul Yusof. Aww, patutlah aku dapat rasakan jantung aku asyik berdegup laju, rupanya aku dah temukan bidadara aku.

***

Tiba saja di rumah, kelihatan Lina, Mary, Sam dan Zikry sudah menanti di hadapan pagar. Bising je mulut diorang membebel sebab kami lambat sampai. Memanglah kami lambat sebab singgah rumah Ain kejap untuk ambil si kecil dan sekali gus menjemput Ain sekali.

"Sabar peminat. Aku tahu korang dah tak sabar nak tengok aku." Ain bersuara riang sambil mendukung si kecil keluar dari kereta.

Mereka semua tergelak termasuk aku. Ni lagi seorang ni, tak pernah hilang sikap perasan dia. Bryan membuka pintu lalu menjemput mereka masuk. Aku dan Lina pula segera membancuh air untuk dihidangkan. Setelah itu, kami duduk bersama-sama di ruang tamu sambil berbual. Mia pula asyik nak berkepit dengan aku. Nasib baik dia comel.

Sungguh aku berasa terharu sebab semua urusan kami dipermudahkan. Mereka amat memahami dan menyokong kami. Malah Lina dan Ain juga sudah menawarkan diri untuk membantu aku belajar mengaji dan berpakaian. Zikry juga menawarkan diri untuk mengajar Bryan, jadi alhamdulillah kerana mereka amat membantu kami.

Hidup aku kini begitu terasa lengkap dengan kehadiran si kecil dan mereka semua. Terutamanya Bryan. Aku berpandangan dengan Bryan untuk beberapa ketika sebelum masing-masing tergelak. Jemarinya dicantumkan dengan jemariku erat.

"Weh Muhammad Daniel Bryan, kau dah sedia ke kena sunat?"

Serentak suasana menjadi sunyi sepi dengan semua anak mata memandang Bryan, termasuk aku mendengar pertanyaan Sam. Bibir aku kemam apabila bayangan itu menjamah minda aku. Tak sanggup dan tak rela, nasib baik bukan aku. Fuh!

"Kena ke?" Suara Bryan menjadi begitu perlahan.

"Lebih afdal kau tahu." Zikry mencelah sambil tergelak mengusik.

Bryan tersengih. "Tak sakit, kan?"

Ain dan Lina menggelengkan kepalanya dengan riak sebaliknya. Manakala Sam dan Zikry membuat riak ketakutan. Tak guna punya kawan, seharusnya mereka menenangkan suami aku. Hmm

"Aku kacak, mesti boleh tahan nanti."

Mendengar jawapan Bryan itu kami semua tergelak. Ya Allah, harap-haraplah semuanya akan baik-baik saja. InsyaAllah.

Syukur ya Allah, kerana Engkau mengurniakan begitu banyak kebahagiaan untuk kami.

Alhamdulillah.




Untuk pembaca PLM, e-book kini sudah bersedia untuk dijual. Saya ada menyatakan caranya melalui part terbaru PLM. Kalau korang curious, e-book ialah file yg hanya perlu dimuat turun dan bersedia untuk dibaca.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now